Biasa dengar daging bakar harimau menangis, kali ini harimau meraunglah pulak. Lengkap dengan resipi pencicahnya sekali. Sedap sungguh bila semua dah bersatu di tekak, terbaiklah resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi ini.
Cara buatnya, taklah rumit sangat, kuantiti sos dan kicapnya kena betul ramuannya, barulah menjadi kesedapannya. Ni sukatan asas Cikgu Afy, terpulanglah kalau nak ikut selera masing-masing. Ditambah dengan bahan tumbuk pasti meleleh air liur.
Sambal pencicah yang dikongsikan pun memang mantap dengan gula nisan, sos ikan dan pastinya cili padi. Jom cuba masak, berbaloi untuk dicuba.
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG
BAHAN-BAHAN :
Ads
500gm daging | basuh bersih, perapkan dengan bahan di bawah :
1 senduk kecil sos blackpepper
1 senduk kecil kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam kisar
Secubit dua serbuk kunyit
Sedikit serbuk perasa
Tambahkan bahan tumbuk:
1 batang serai
sehiris nipis halia
1 ulas bawang putih
*Gaul mesra kesemuanya. *Perapkan selama setengah jam.
.
CARA MEMASAK :
Cara masak daging : 1. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak. 2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. 3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. *baki sos perapan tadi jangan dibuang* 4. Daging yang dibakar jangan terlebih masak. (Sebab nanti rasa daging kering) *nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar itu tanpa air darah okay dah* 4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya. 5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan tumiskan (saute) seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
RESIPI SAMBAL PENCICAH
.
BAHAN-BAHAN :
.
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisan / gula melaka
4 sudu besar sos ikan
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong. 2. Masukkan dalam mangkuk. 3. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus. 4. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, kacau. 5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Bagi penggemar sajian yang ringkas dan mudah, menu Telur Masak Tomato ni antara yang perlu anda cuba. Ia merupakan sajian masyarakat Cina yang sedap dan mudah yang dimasak tanpa menggunakan bawang. Sesuai sangatlah untuk anda yang tak suka makan bawang tu. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom try!
RESIPI TELUR MASAK TOMATO YANG SANGAT RINGKAS & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur ayam – kocak
2 biji tomato – potong
2 batang daun bawang – hiris
2 sudu makan sos pencicah Thai – boleh gantikan dengan sos cili/sos tomato (beli online disini)
Ada peminat tauhu tak kat sini?Nah..resepi tauhu hancur pedas bawang putih atau bahasa jawanya Tauhu Bodo.Tauhu digoreng terlebih dahulu.Ditumbuk bersama bawang putih,cili padi,perasakan garam gula dan last perah asam limau.Siap!! Sukatan campak2 aje lagi sedap bak kata Adamdidam . Cer try mudah dan sedap weyh!
TAUHU HANCUR
Hidangan untuk 3 orang
BAHAN-BAHAN:
2 biji tauhu petak
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji limau nipis/kasturi
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1.Goreng tauhu petak hingga garing dan ketepikan dulu
2.Tumbuk bawang putih dan cili padi
3.Masukkan gula dan garam dan serbuk perasa
4.Masukkan tauhu yang digoreng tadi dan tumbuk bersama bahan tumbuk yang mula tadi
5.Perah asam limau
6.Siap tuk dihidangkan
Sekali sekala, anda hidangkan Gulai Tulang Kambing di pagi raya dimakan bersama nasi impit atau boleh juga dihidangkan dengan nasi bertumis seperti nasi minyak. Tak pedas dan anak-anak pun boleh makan. Kalau nak cuba, resipinya macam biasa, RASA sharekan di bawah.
GULAI TULANG KAMBING BAHAN-BAHAN: 1kg tulang kamping 1 liter santan cair 300ml santan pekat 2 batang serai, memarkan 2 cm lengkuas, memarkan 2 lembar daun salam 5 lembar daun jeruk 1 sudu makan gula melaka Secukupnya garam BAHAN REBUSAN TULANG:
2 batang serai | titik
3 helai daun salam
2cm lengkuas | titik
2cm halia |titik BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar | sangai
2cm kunyit hidup
2cm halia
1 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh jintan manis BAHAN REMPAH RATUS: 1 batang kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 5 ulas buah pelaga
CARA MEMBUAT:
Didihkan air dalam periuk dan renehkan atas dapur.
Masukkan tulang kambing bersama bahan rebusannya. Rebus 10-15 minit.
Tutup api dan buang air rebusannya.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak, masukkan bahan rempah ratus.
Kacau seketika, masukkan pula tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan santan cair. Masak hingga empuk.
Masukkan pula santan pekat, masak sambil terus kacau supaya santan tidak pecah.
Sesuaikan rasa dengan tambahkan garam dan gula melaka.
Tutup api, dan sedia dihidangkan.
INFO: Jika ingin pedas boleh tambah cili padi dalam bahan kisar. By @susie.agung
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.