Karipap boleh dikatakan kuih kegemaran ramai. Di mana-mana sahaja gerai yang menjual sarapan atau minum petang, lazimnya ada menyediakan karipap untuk jualan. Pastinya, kuih ini memang laris habis terjual.
Antara karipap berintikan kentang dan sardin, mana satu pilihan ramai? Untuk resipi kali ini, Zaza Rahman sudi berkongsikan cara-cara membuat karipap sardin yang sangat sedap. Kalau nak tahu betapa sedapnya, jom kita buat.
Enaknya jika dapat menikmati Kuih Jongkong yang sedap. Lemak lembut, memang tidak puas dimakan. Bagi anda yang menggemari kuih tradisional ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Kia Cater. Sangat mudah. Pasti puas hati bila lihat hasilnya. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN LAIN: Gula merah secukupnya – beli online disini Daun pisang – dibersihkan dan dilayur
CARA MEMASAK: 1. ADUNAN PANDAN: Satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut. 2. Kacau mesra adunan dan masak guna api sederhana hingga pekat. 3. Pastikan tekstur adunan agak lembut. Jika keras, tambah air panas. 4. ADUNAN SANTAN: Satukan semua bahan-bahan untuk adunan santan. Sebatikan dan masak atas api. Jika adunan keras, tambah sedikit air panas. Paling sedap jia adunan lembut-lembut sahaja dan tidak keras. 5. AIR GULA: Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk. 6. Untuk membuat Kuih Jongkong, ambil daun pisang yang telah dilayurkan dan sudukan gula merah. 7. Kemudian letak adunan pandan diikuti adunan santan dengan secukupnya.
8. Bungkus Kuih Jongkong dengan kemas dan kukus selama 15 minit.
9. Tunggu kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. Tuang air gula sewaktu dinikmati.
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan masa berbuka. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap utk di hidang
Kredit: Hamidah
Fb : Resepi Sedap Mudah Buat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian Opah Mas Cotekni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
CARA BUAT KUIH LEPAT LIAT SEDAP
BAHAN A:
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
BAHAN B:
Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul. 2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan. 3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. 6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan. 7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!