
Apam persis aiskrim ni sangat menarik. Teksturnya yang lembut dan gebu serta dihiasi coklat berkacang yang enak. Memang unik!
BAHAN-BAHAN:
- 190gm tepung gandum | diayak
- 2 biji telur
- 60gm gula
- 90ml aiskrim soda
- 1/2 sudu teh ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna kegemaran
- Kon kertas secukupnya
- 100gm coklat masakan | dicairkan
- Badam panggang cincang | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan telur sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
- Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda.
- Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan.
- Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda.
- Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk.
- Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya.
- Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat.
- Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Ketika mengukus, pastikan kon diisi dalam bekas kukusan paling atas manakala bekas kukusan lapisan kedua dibiarkan kosong bagi mengelakkan acuan basah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Muih Daripada Pulut, Siap Resipi Tapai Pulut Sedap Melampau

Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
- Bahan pulut :
- 100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
500 gm kacang hijau
- Bahan inti :
- Air secukupnya
- 200 gm gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
Bahan Kuih:
- 500 gm tepung pulut
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
- 1/2 biji ragi
- Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Lepat Sagu Tanpa Tepung Gandum, Tak Perlu Kukus. Mudah & Sedap!

Lepat Sagu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK KUIH LEPAT SAGU YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung jagung – beli online disini
- 2 sudu makan tepung Hoen Kwe – beli online disini
- 1 cawan gula
- 5 ½ cawan santan – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan sagu – beli online disini
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Daun pisang secukupnya – untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sagu.
2.Masak sagu hingga jernih. Kemudian tos, basuh dan ketepikan.
3. Satukan tepung jagung, tepung Hoen Kwe, santan, gula dan garam. Sebatikan.
4. Masukkan daun pandan. Masak guna api perlahan hingga adunan jadi berkilat (letup-letup).
5. Masukkan sagu. Sebatikan dan terus tutup api.
6. Ambil daun pisang dan bungkus adunan Lepat Sagu tadi ketika masih panas. Lakukan hingga habis.
7. Sejukkan Lepat Sagu dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kuih Sagu Kukus Menggunakan Acuan Lompang

Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!
RESIPI KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan sagu – beli online DISINI
- 2 1/2 cawan air
- 3/4 cawan gula pasir – beli online DISINI
- 1/2 sudu teh pewarna merah @ hijau
- 1/2 biji kelapa parut – kukus terlebih dahulu supaya tahan lama
- Sedikit garam halus – beli online DISINI
- Sedikit minyak untuk sapu acuan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan pewarna. Kacau rata.
2. Bila mendidih, masukkan sagu dan gula. Kacau serta masak hingga kembang dan likat.
3. Padamkan api dan masukkan sagu ke dalam acuan-acuan kecil atau acuan lompang. Boleh juga guna loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus sagu sekali lagi selama 15-20 minit.
5. Sejukkan sagu seketika sebelum dikeluarkan dari acuan.
6. Tabur kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam halus.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sitihawa Ahmad
Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal & Sedap, Yang Penting Halal
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: