Andai tak ada idea nak masak apa, menu Ikan Selar Masak Rendang Padang yang min kongsikan dari saudari Nor Shafinaz Radzuanni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.
CARA MASAK IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
1 keping asam gelugur @ keping
CARA MEMASAK:
1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.
2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan asam keping.
5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !
Tidak perlu pening jika stok serbuk kari habis sebab mudah sahaja untuk buat rempah kari ikan sendiri. Kita boleh ubah resipi ikut selera sendiri bila buat rempah kari sendiri seperti lebihkan cili jika ingin pedas atau lebihkan kunyit untuk warna yang lebih terang.
REMPAH KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Sambal bilis kacang ini boleh jadi lauk tapi sedap juga diratah begitu saja. Kalau dapat yang rangup boleh habis sebekas.
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan digoreng garing
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut cita rasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yang dikisar. Masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, matikan api.
5. Biarkan sambal sejuk kemudian masukkan bahan yang digoreng. Kacau sebati. Siap!
Tip sambal kacang kekal rangup
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain) waktu tumisan sudah terbit minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilis, kacang dan hidupkan kembali api.
Cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.