Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni, kalau dulu suka buat yang rebus juga yang pedas. Boleh olah resipi ini menjadi versi manis juga. Nampak menarik, rangup walaupun bersira. Perkongsian dari Zana Mokhtar boleh jadi panduan buat yang ingin mencuba.

KACANG KUDA BERSIRA

Bahan A:

Kacang Kuda- rendam semalaman

Tepung bestari

Bahan B (kisar):

Cili kering

Bawang putih

Serbuk kunyit

Bahan C:

Serbuk jintan manis

Serbuk jintan putih

Serbuk ketumbar

Serbuk kari

IKLAN

Garam

Gula

Cara memasak:

1.Kacang kuda tu toskan air dia dan salutkan dengan tepung bestari tu ye. Lepas tu gorengkan dan letak tepi dulu hokey.

2.Tumiskan bahan B sampai wangi. Lepas tu baru masukkan bahan C.

3.Biarkan masak sampai wangi, garing dan kering. Baru masukkan kacang kuda yang dah goreng tadi.

4.Gaulkan bagi rata dan biarkan seketika betul betul kering ye.

5.Angkat dan sejukkan dulu. Lepas tu baru masuk dekat balang ye.

Selamat mencuba..

Kongsi resipi: Zana Mokhtar

Maklumat Pemakanan Untuk Kacang Kuda

Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut maklumat pemakanan untuk kacang kuda.


Khasiat-Kacang-Kuda-kepada-kesihatan-300×200.

Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi

-269 kalori

-45 gram karbohidrat

-15 gram protein

-13 gram serat

-4 gram lemak

-0 gram kolesterol

Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengandungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.

Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resepi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa denga doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.

Sumber: Kusihat.com

Cara Mudah Buat Bebola Udang, Sedap & Jimat.

Cara Buat Scone Sedap & Mudah.