Tiada masakan lebih sedap di tekak selain daripada masakan seorang ibu. Walaupun ibu kita bukanlah seorang tukang masak profesional tapi masakannya tetap buat kita teringat-ingat. Ini kerana seorang ibu memasak penuh dengan rasa kasih sayang. Itulah rahsianya.
Kali ni RASA nak kongsikan satu lauk yang dah cukup untuk sedap dimakan dengan nasi. Lauk itu adalah daging goreng masak cili api dengan terung. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya. Inilah gaya seorang ibu memasak.
DAGING GORENG MASAK SAMBAL CILI API DENGAN TERUNG
Ads
BAHAN A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato (BELI DI SINI)
2 biji terung pendek (hiris lebar)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Daging black pepper ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular. Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi, rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia.
Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung (dicampur air) jika mahu kuah yang likat. Sesuai dibuat berbuka tetapi standby air manis atau jus buah ya, biar cepat hilang pedasnya.
DAGING BLACK PEPPER BERAPI
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg daging lembu |dipotong nipis
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar bawang besar+putih blend
2 sudu teh serbuk black paper
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
*Dikacau dan gaul sebati semua bahan
Bahan tabur kemudian :
1 biji bawang besar hiris
10 biji cili padi | ikut kepedasan
2sm halia | dimayang
CARA MEMASAK :
1. Kacau semua bahan sehingga sebati .Gaul semua bahan.
2.Tambahkan dengan air.Tutup kuali dgn penutup dan biarkan daging tu empuk
3. Bila daging sudah kering air, masukkan bawang besar dan halia yang di mayang, cili padi, terpulang sama ada nak potong cili padi atau letak sebiji-biji.
Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yang sejuk menggunakan buah laici dalam tin ini. Tapi tahukah anda bahawa buah laici ini juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan, terutamanya dalam menu yang rasa masam manis. Dengan sedikit kreativiti anda boleh pelbagaikan laici dalam masakan anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba beberapa menu yang RASA kongsikan ini, selain sedap ia mudah disediakan.
AYAM MENTEGA LAICI
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam | potong dadu
6-8 biji laici dalam tin
3 sudu makan mentega
1 cawan susu cair
1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
5 biji cili padi | hiris
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi hingga wangi.
Masukkan isi ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
Perasakan dengan serbuk perasa ayam, garam.
Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.
IKAN BAWALTIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
4 biji laici | hiris kecil
1/2 biji tomato | potong dadu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 pokok akar & batang ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan tadi dengan garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Perasakan dengan sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Terus kacau hingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
Tutup api dan gaul rata.
Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
FILLET IKAN DORI LEMON LAICI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK IKAN DORI
300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam halus
1 mangkuk tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
5 biji laici dalam tin | potong dadu
Sedikit cili banggala kuning dan merah | potong dadu
1 biji lemon | jus sahaja
2 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
1 sudu makan pati sanqick
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung dan letakkan atas kertas tisu.
Sementara itu, panaskan minyak masak dalam kuali.
Goreng fillet ikan hingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
Sediakan pula sos lemon.
Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata dan tutup api.
Tuangkan sos atas fillet ikan yang telah digoreng tadi.
Fillet ikan sedia dihidangkan.
UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
350gm udang saiz XL| bersih dan tos
6 biji laici dalam tin | belah dua
Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda hingga wangi.
Tambahkan dengan sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu makan air.
Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8, Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.
KERABU SOTONG NANAS LAICI
BAHAN-BAHAN:
350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
4 biji laici dalam tin | hiris
1 keping nanas dalam tin | hiris halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 biji limau nipis | jus sahaja
1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
1 biji cili merah | cincang halus
5 ulas cili padi | hiris halus
Garam dan garam | pelengkap rasa
CARA MEMASAK:
Sotong yang telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Celur sotong seketika, angkat dan tos.
Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dalam mangkuk salad.
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.