Kek Gulung memang enak dan mempunyai rupa yang menarik. Andai ke bakeri, pasti mata tertumpu pada aneka Kek Gulung comel yang berwarna warni dan pelbagai perisa.
Ramai yang tak berani nak cuba buat kek ini kerana khuatir akan prosesnya yang sukar. ‘Baking’ kek mungkin mudah. Tapi proses untuk menggulung, ramai yang gagal. Antara masalah yang dihadapi adalah kek terlalu tebal, kek keras, bila gulung kek patah dan pecah serta bermacam-macam lagi.
Janganlah susah hati. Meh cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Semuanya ‘simple’. Malah untuk menyediakannya juga tidaklah sukar seperti yang dibayangkan. Bagi anda yang gemar membuat kek, bolehlah cuba aneka resipi kek gulung ni. Pasti puas hati.
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190-200C. Oles loyang bersaiz 20x20cm atau 22x22cm dengan marjerin kemudian alaskan dengan baking paper. Sapu lagi marjerin di keseluruhan kertas. Ketepikan. 2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum. Kaup balikkan menggunakan spatula. 3. Masukkan mentega. Adun lagi hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit ( 8 minit menggunakan api atas & 7 minit menggunakan api bawah) hingga kek masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jangan terlebih masak kerana kek akan kering dan mudah patah apabila digulung. Angkat kek dan keluarkan dari loyang. 5. Biar kek sejuk barulah disapukan inti yang bersesuaian. Gulung dengan padat. Kemudian bolehlah dipotong dan dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Oles loyang bersaiz 30×30 dengan menggunakan marjerin. Letak baking paper dan oles sekali lagi menggunakan marjerin. Ketepikan. 2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian campurkan dengan semua bahan lain kecuali mentega cair. Pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang dan adunan menjadi kental. 3. Tambahkan mentega cair. Kaup balikkan menggunakan spatula hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200C hingga masak, permukaan berkulit kecoklatan dan terasa kering bila disentuh. 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sapukan buttercream dan gulung dengan sempurna. Sapukan lagi krim dan parut keju dengan secukupnya hingga rata. 6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: @ rickeindriani_ordinarykitchen ( sumber) & dicuba oleh @icha.irawan
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ayak. 2. Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang dan kental. 3. Tambahkan mentega cair dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata. 4. Asingkan sedikit adunan asal dan campurkan pewarna biru dalam adunan adunan asal. 5. Ambil loyang bersaiz 20×20 yang telah dioles dengan marjerin dan baking paper. Tuang adunan warna putih dan bentukkan bulat. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 minit. Keluarkan. 6. Tuang adunan biru diatasnya. Ratakan dan hentak perlahan-lahan supaya tiada gelembung udara. 7. Bakar kek sekali lagi pada suhu 170C selama 15 minit. 8. Angkat dan gulung kek ( tanpa sapu buttercream). Biarkan hingga sejuk. Boleh juga simpan dalam peti sejuk selama 10 minit) 9. Setelah sejuk, buka gulungan kek dan sapukan buttercream. Gulung sekali lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. 10. Boleh dipoting dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: @tintinrayner ( sumber) & dicuba oleh @aniktriwina
Jem strawberi atau apa-apa inti yang menjadi kegemaran – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. BAHAN A (Corak): Pukul putih telur hingga kembang lalu masukkan gula pasir. Pukul lagi hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adun sebati. Tambahkan pewarna ikut corak yang anda nak hasilkan. 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan lukiskan corak yang diingini diatas loyang yang telah dialas dengan baking paper bersaiz 35 x 25cm. Bakar guna api bawah menggunakan suhu 180C selama 4 minit. Angkat. 4. BAHAN B: Pukul kuning telur dan gula sampai putih dan kental lalu masukkan minyak dan susu cair sedikit demi sedikit. Pukul guna lajuan rendah dan masukkan tepung gandum. Adun rata 5. BAHAN C: Pukul putih telur hingga mengembang lalu masukkan gula sedikit demi sedikit. 6. Masukkan tepung jagung. Pukul hingga sebati. 7. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan C. Adun rata. 8. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang mengangungi corak yang telah dibakar tadi. Ketuk loyang agar udara keluar. 9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit. 10. Isikan inti, gulung pelahan-lahan dan padatkan. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan A dan adun sebati sehingga tidak berketul. 2. Seterusnya untuk bahan B, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang dan kental. 3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga sebati. 4. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan dan hentakkan sedikit bagi membuang gelembung udara. 5. Bakar kek dalam ketuhar pada suhu 120C selama 20 minit. Kemudian naikkan suhu 150C dan bakar selama 8 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada saiz dan jenis ketuhar. Pastikan juga sebelum dimasukkan, ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu. 6. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sebentar di dalam loyang sebelum dikeluarkan. 7. Bila kek telah sejuk, barulah disapu buttercream dan digulung menggunakan baking paper. Biarkan kek selama 20 minit supaya gulungannya melekat sempurna.
Kredit: michael lim (sumber) & dicuba oleh Jessica Putri
Sekali lagi kita kembalikan nostalgia lama dengan membuat biskut lejen ni. Orang dulu panggil biskut buah pinggang mungkin sebab bentuknya. Kalau dah rasa pasti susah nak henti makan. Boleh buat banyak-banyak dan makan sebagai kudapan. Sedap biskut ni, kanak-kanak pun suka.
BISKUT BUAH PINGGANG Bahan-bahan: 250gram buttercup 1 cawan gula aising (saya letak 3/4 je)-BELI ONLINE DI SINI 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung naik sendiri – self raising-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung jagung 1 cawan biskut marie yang dikisar halus (saya guna biskut marie munchy’s) 1 cawan cornflakes yang dikisar halus 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung gandum cap ros)
Cara membuat: 1)Pukul buttercup dengan gula.Bila kembang masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. 2)Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau guna senduk saja atau spatula. 3)Masukkan biskut marie dan cornflakes yang dikisar tadi ke dalam adunan. 4)Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit-sikit sampai jadi doh yang boleh dicanai. 5)Dah siap uli, canaikan doh dan terap guna acuan. 6)Sapu kuning telur sikit di atas biskut dan ditabur dengan cornflakes yang dah diramas. Bakar ikut kepanasan oven masing-masing ye.
Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Pasti Aidlfitri anda kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Selamat mencuba. Ini baru betul-betul raya!
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin
380gm gula halus
500gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin
285gm cawan gula halus
5 biji telur
185gm cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
130gm susu pekat
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
285gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
90gm minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH KERING
BAHAN-BAHAN:
250gm tepun gandum | diayak
190gm gula perang
185gm mentega
180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
40gm kulit limau campuran
60gm ceri | dipotong kecil
5 biji telur | asingkan kuning dan putih
1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
Tambahkan golden syrupdan kaup balikkan lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
185gm tepung gandum
4 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu makan ovalette | jika suka
1/4 sudu teh garam
7 sudu makan susu sejat
1 sudu teh esen vanilla
60gm minyak jagung
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN
BAHAN-BAHAN:
310gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
230gm mentega
190gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
260gm susu pekat manis
80gm buah prun | dicincang kasar
Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak
190gm gula pasir
90gm mentega | dicairkan
180ml air suam
1/2 bungkus yis segera
5 biji telur
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
230gm mentega
260gm susu pekat
380gm gula
375 tepung gandum
85gm serbuk koko
310gm milo
Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
130gm susu pekat
90gm marjerin
5 biji telur
190gm gula pasir
250ml air
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
10. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin
190gm gula halus
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen ros
Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.
Mood kuih raya dah mari. Ini antara yang menjadi kegemaran ramai, Strawberry Swiss Tart. Mudah guna acuan samperit saja. Buat banyak boleh beri pada ibu bapa bila pulang ke kampung nanti.
Strawberry Swiss Tart
Bahan-bahan:
250gm butter(saya guna jenama twin cows)
1/2 cawan gula aising(saya blend gula pasir)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan corn flakes(blend hingga hancur)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Filling strawberry secukupnya
Cara membuat:
1.Satukan butter,gula aising dengan esen vanila.Kacau sebati.Saya guna senduk kayu.
2.Masukkan corn flakes hancur,diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.Gaul sebati.Adun hingga jadi doh.Jika doh masih lembik,boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.Akhir sekali, masukkan coklat rice.Gaul sebati.
3.Saya guna acuan semperit, tekan sikit di tengah biskut.Tekan guna jari,supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti.
4.Isi filling strawberry dalam piping bag.Gunting di bawahnya dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut.
5.Bakar selama 20 minit @ hingga masak. Guna api atas bawah. Suhu 180c.Suhu ni kena ikut oven masing-masing.