Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
Ads
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
Ads
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
Ads
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Zalila Mohamad.
RESIPI PUTU HALBA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2.5kg ubi kayu 2-3 sudu makan halba – beli online disini Sedikit garam 3 sudu makan tepung beras – beli online disini Gula melaka @nise kerek yang diparut – beli online disini Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu hingga habis. Lagi halus parutan lagi cantik hasil kuihnya nanti. Jika parutan nampak kasar, lebih baik dikisar dengan blender.
2. Perah parutan ubi tadi menggunakan tuala bersih. Ia bertujuan mengeringkan air pada parutan ubi. 3. Leraikan ubi yang siap diperah tadi supa halus dan cantik. 4. Gaul parutan ubi bersama halba dan sedikit garam. 5. Masukkan juga tepung beras. Gaul sebati. 6. Panaskan periuk kukusan. Sediakan acuan, terpulang nak guna acuan apa. Paling mudah, guna acuan lompang. 7. Letakkan sedikit parutan ubi ke dalam acuan lompang. 8. Kemudian letakkan gula melaka @nise kerek yang diparut. Jumlah gula bergantung pada selera msing-masing. Namun disarankan jangan letak terlalu banyak kerana nanti putu akan jadi tidak cantik dan melekat.
9. Selepas diletak gula, letakkan pula parutan ubi sampai penuh acuan. 10. Kukus dalam pengukus selama 10 hingga 15 minit atau sampai kuih masak sempurna. Tutup acuan dengan kain semasa mengukus. 11. Angkat dan hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!
Memasak adalah satu skill yang unik. Apatah lagi skill memasak kuih-muih tradisional yang memerlukan ketelitian dan kesabaran. Walau nampak mudah, tidak semua yang memasak kuih tradisional boleh berpuas hati dengan kualiti rupa dan rasanya.
Bagi CEO Fadeco Group Sdn Bhd merangkap Pengarah Rekaan (Design) di Fabello Interior, Fara Mustapa, minat memasak yang dimiliki membuatkan beliau kerap memasak terutama kuih tradisional.
“Saya suka buat kuih tradisional sebab saya rasa kuih Melayu ni sebenarnya sangat mudah cuma perlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk dapatkan hasil kuih yang cantik. Selain karipap, kuih lain yang saya suka buat adalah kuih seri muka, kuih lapis, donat, kuih keria, kuih bingka pandan, apam nasi sejuk dan bingka ubi. Tapi kuih seri muka antara kuih yang saya sangat suka buat sebab mencabar. Berkali-kali saya buat try and error untuk dapatkan tekstur yang cantik dan sempurna serta rasa yang sedap,” katanya memulakan bicara.
Walaupun pada hari ini menyaksikan banyak resipi kuih tradisional yang dimodenkan, Fara mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Misalnya kuih karipap yang diletakkan keju sebagai intinya.
“Pada pandangan saya, saya lebih suka mengekalkan rasa asli resipi tradisional itu sendiri tetapi boleh dimodenkan dari segi rupa bentuk ataupun warna. Jika rasa kuih itu telah dimodenkan, ianya tidak lagi menjadi kuih tradisional.
Jom kita lihat resipi karipap yang dikongsikan oleh Fara.
BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun kari
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili (tidak perlu jika tidak mahu pedas)
1 cawan daging (dipotong dadu/kisar)
1 cawan ubi kentang (dipotong dadu)
2 cawan ubi keledek oren (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris)
BAHAN KISAR
3 sudu besar udang kering (rendam sekejap supaya lembut)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dicampurkan dengan sedikit air (sehingga menjadi pes). Masak pes kari sekejap sehingga sedikit garing.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan ubi kentang, ubi keledek dan air sedikit. Masak sehingga ubi kentang dan ubi keledek empuk.
6. Masukkan sedikit garam, gula, daun sup dan daun bawang. Kemudian masak sehingga kering.
7. Ketepikan dahulu dan sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh untuk kulit karipap pula.
BAHAN KULIT KARIPAP
160 ml minyak jagung
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 biji jus limau kasturi (perah dan buang biji)
200 ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas adunan.
3. Tuang minyak jagung panas tadi ke dalam adunan tepung.
4. Gaul sebati guna senduk kayu perlahan-lahan kerana minyak masih panas. Kacau adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi ke dalam air sejuk dari peti ais dan tuang sikit demi sedikit.
6. Uli adunan sehingga lembut dan adunan tidak melekat di tangan. Boleh taburkan sedikit tepung dan sambung uli jika adunan lembik atau tambahkan sedikit air jika rasa adunan keras.
7. Kemudian masukkan doh ke dalam beg plastik yang bersih atau boleh balut dengan wrapping plastic. Bungkus kedap dan perap doh selama 15-30minit.
8. Biar sehingga doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut serta elastik.
CARA PENYEDIAAN KARIPAP
1. Apabila doh telah lembut dan elastik, keluarkan dari plastik dan canai.
2. Boleh terap adunan yang dicanai tadi menggunakan acuan bulat atau cawan. Boleh juga ketipkan karipap menggunakan acuan karipap.
3. Susun karipap yang telah diletakkan inti tadi ke atas dulang yang telah disapukan sedikit minyak masak atau ditabur tepung agar kulit karipap tadi tidak rosak atau terkoyak ketika diangkat untuk digoreng.
4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Kemudian bolehlah mula menggoreng karipap sehingga kekuningan.
TIP PENTING KETIKA MENGGORENG
1. Panaskan minyak masak kemudian perlahan semula api sebelum masukkan karipap.
2. Minyak masak tidak boleh terlalu panas bagi mengelakkan kulit karipap menggerutu atau berbonjol.
3. Kulit karipap juga jangan dicanai terlalu nipis bagi menghasilkan kulit karipap yang cantik dan licin ketika digoreng.
4. Minyak masak juga jangan terlalu tidak panas kerana nanti kulit karipap akan menyerap minyak yang banyak ketika goreng. Jadi perlu sesuaikan api dan kepanasan minyak masak ikut dapur masing-masing.
Setiap kali ke pasar malam, menu yang tak boleh dilepaskan ialah murtabak. Aroma baunya yang harum seakan memanggil. Namun tidak semuanya enak, ada yang isi sedap, kulitnya pula terlalu garing dimasak. Lalu bila makan pasti hampa. Lagi puas dapat membuatnya dengan citarasa sendiri. Buat yang ingin mencuba dikongsi resipi yang buat korang puas makan.
Bahan-bahan:
1 pek kulit popia(40pcs)
6 bj telur
Bhn inti(utk 40bj)
10 bj kentang potong dadu
2 pek kecil rempah kari daging dan ayam Baba’s
1 paket(400g) daging kisar brand Ramly (brand lain pon boleh) di hancur2kan. ..
2 labu bwg besar hiris
1/2 sdb garam
2 sdb gula
Air secukupnya
1/2 senduk myk utk menumis
Cara memasak:
Tumis bwg..naik bau masukkan rempah kari yg di bancuh dgn sedikit air. ..bila naik myk masukkan dgg kisar…agak empuk masuk kentang dan air…tggu hgga kentang empuk…masukkan gula dan garam…tekan2kan sedikit kentang biar agak hancur…tambah air jika terlalu pekat ..da masak tutup api dan sejukkan. …
Panaskan kuali leper atau kuali non-stick..ltk myk sikit…
Amik 5-6bj tlo…kocakkan dan masukkan dlm inti…gaul sebati. ..
Amik satu keping kulit popia…masukkan inti..lipat..dan masukkan dlm kuali…terbalik2kan hgg masak
( BAGI YANG TAK PANDAI TEBAR ROTI CANAI… GUNAKAN KULIT POPIA SAJA )
Kredit resepi: Selebriti Chef
Kredit Video Resepi: Umi Azah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara pilih ketam segar dengan 10 tip mudah untuk mendapatkan isi yang padat, manis dan berkualiti. Panduan lengkap sebelum membeli ketam di pasar atau pasar raya.