Bila sayang sangat nak makan biskut Raya yang sedap sebab takut takde stok lagi di kedai untuk di beli, kalau boleh nak simpan untuk makan bila betul-betul teringin. Masalahnya kadang terlupa ada simpan lepastu dah masuk angin pula. terpaksa buang sebab dah tak sedap untuk di makan. Tapi sebenarnya ada cara nak rangupkan semula biskut Raya yang dah masuk angin. Jom cuba tip mudah ni.
Tapi sebelum tu, jangan guna tip ni untuk biskut Raya tahun lepas pula! Tu dah bukan masuk angin, kalau macam tu dah expired.
- Letak biskut raya yang masuk angin/lemau ke dalam dulang oven.
- Susun dalam keadaan terbalik setiap biskut yang diletak.
- Masukkan dalam oven selama 10-15 minit dalam kadar suhu 120 darjah celcius – 150 darjah celcius.
- Biskut yang lemau akan kembali rangup dan sedap.
Kredit: n_iyliamarz
SELAMAT MENCUBA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea Bakeri & Pastri Enak, The Pearl Hotel, KL. Roti Tu Guna Ramuan Makanan Sunnah.
Menu bakeri dan pastri dari The Pearl Hotel, KL ini memang super enak.. Aroma harum dan ‘food presentation’ yang hebat sudah pun membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya.
Ramuan tepung bermutu tinggi, kekacang, coklat, dan buatan roti yang gebu cukup menggambarkan betapa mahir dan seni sentuhan dari Pastri Chef Wan Kaisa Ibrahim dan Pembantu Chef Muhammad Syamsul Fitri Abdul Jalil. Jom cuba buat…
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
- 800gm tepung roti | diayak
- 200gm kentang | direbus dan dilecek
- 40gm yis
- 20gm garam
- 20gm gula
- 6gm oregano
- 500ml susu segar
- 150ml minyak zaitun
- Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK :
- Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.
- Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.
- Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.
- Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.
- Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya
- Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
CINNAMON APPLE FRIES
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji epal hijau | dikupas kulitnya
- 50gm tepung
- 100gm gula
- 20gm serbuk kulit kayu manis
- Minyak masak secukupnya
- Krim segar secukupnya
CARA MEMASAK :
- Kupas kulit epal dan potong memanjang. Buang bijinya
- Salutkan dengan tepung
- Goreng dalam minyak penuh, hingga perang keemasan
- Kemudian salutkan dengan serbuk kulit kayu manis dan gula
- Hidangkan dengan krim segar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan manis
Keistimewaan : Tekstur rangup dan manis epal yang lazat
INFO CHEF : Gunakan epal rangup granny smith untuk tekstur lebih rangup. Dan goreng dalam minyak penuh supaya gorengan tidak melekat.
CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate mousse :
- 456gm krim
- 116gm gula
- 349gm coklat gelap
- 40gm serbuk gelatin
- 100gm krim putar | dikaup balik
Bahan coffee custard :
- 110ml susu
- 100ml kopi espresso
- 100gm kuning telur
- 40gm gula
- *500gm coffee custard dimasukkan ke dalam :
- 250gm coklat gelap
- 10gm serbuk gelatin
CARA MEMASAK :
Cara masak chocolate mousse :
- Didihkan krim dengan gula.
- Masukkan coklat dan gelatin yang dicairkan
- Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk beku selama 20 minit
- Masukkan krim putar, kaup balikkan.
Cara masak coffee custard :
- Didihkan susu dan kopi
- Masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan putih telur dan gula, kacau hingga sebati
- Tuangkan larutan susu kopi mendidih tadi ke dalam campuran telur. Biarkan masak hingga pekat dan masukkan pula coklat dan gelatin
- Kacau hingga sebati, masukkan dalam acuan bulat dan bekukan selama 1 jam
*Anda boleh sapukan topping coklat untuk melazatkan mousse bila dikeluarkan dari peti sejuk
Saiz hidangan : 1.2 kg
Waktu memasak: 2 jam termasuk tempoh sejuk beku
Cara memasak : Dingin dan beku
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Lemak berkrim dan kaya dengan rasa coklat dan kopi
INFO CHEF : Gunakan biji kopi segar dan coklat berkualiti untuk memastikan rasa yang lebih enak.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung roti
- 20gm gula perang
- 8gm garam
- 10gm yis kering
- 30ml madu
- 50gm mentega
- 250ml air
- 150gm kismis kuning
CARA MEMASAK :
- Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
- Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
- Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
- Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
- Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
- Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
- Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
SUGAR DOUGH (TART SHELL)
BAHAN-BAHAN :
Bahan sugar dough :
- 1000gm tepung gandum
- 250gm gula
- 250gm mentega
- 3 biji telur
Bahan inti badam :
- 300gm mentega
- 300gm gula
- 300gm serbuk badam
- 5ml esen vanilla
- 100gm tepung kek
- Pistachio panggang secukupnya | hiasan
- Krim segar secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK :
Cara buat sugar dough :
- Campurkan tepung dan gula dan tambahkan tepung.
- Kemudian masukkan mentega, adunkan jadi doh
- Masukkan dalam acuan tart dan tekan rata doh dan di sekeliling acuan
- Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar 15 minit.
Cara buat inti badam:
- Pukul gula dan mentega selama 5 minit.
- Tambahkan serbuk badam, esen vanila dan tepung kek
- Panaskan oven dan tuangkan dalam acuan tart berisi doh dan bakar selama 20 minit.
- Hiaskan dengan pistachio panggang atau badam panggang
Saiz hidangan : 3 acuan tat, 8 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Tat
Keistimewaan: Sesuai dimakan sebagai sajian petang, doh rapuh dan inti badam yang enak.
INFO CHEF : Anda boleh juga meletakkan hirisan nenas atau epal di atasnya sebelum membakar.
RESIPI : CHEF WAN KAISA IBRAHIM DAN ASST CHEF MUHAMMAD SYAMSYUL FITRI ABDUL JALIL
Terima kasih : NORA ISMAIL, THE PEARL HOTEL KL, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Milkey Oreo Cookies Sedap & Rangup, Ini Cara Buatnya.
Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.
MILKEY OREO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam
BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar
HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar
CARA MEMBUAT:
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
- Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
- Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit : masam manis
Petua Buat Kek Kukus 3 Bahan Tak Bantat. Ini Cara Perlu Ikut Kalau Nak Kek Lembut & Gebu.
Kek Milo Kukus 3 Bahan ni antara kek viral yang menjadi kegilaan ramai. Namun ada kisah disebalik popularitinya. Bila dicuba, ada yang menjadi, ada yang tidak. Ada yang kata hasilnya gebu dan lembut, namun ada yang kata, kek yang dimasak menjadi bantat! Kenapa ya?
Menerusi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat, beliau telah berkongsi resipi Kek Milo 3 Bahan yang dicuba dan juga petua untuk mendapatkan hasil kek yang lembut dan gebu tanpa menggunakan tepung kek. Jom tengok cara-cara penghasilannya.
RESIPI KEK MILO KUKUS 3 BAHAN YANG GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
Nak beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK? Pilih DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar dan ‘blend’ hingga sebati.
2. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan kukus selama 1 jam sehingga kek masak.
3. Bila kek masak, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah dihias dengan topping dan chocolate rice atau boleh dinikmati begitu sahaja.
PETUA SUPAYA KEK KUKUS LEMBUT, GEBU & TAK BANTAT
Untuk mendapatkan kek kukus yang sempurna, lembut, gebu dan tidak bantat, petuanya ialah:
1. Semasa kukus kek, pastikan bekas atau loyang kek ditutup. Ia bertujuan untuk elak airmenitis diatas adunan.
2. Titisan air yang menitis akan menjadikan adunan kek tidak naik dan bantat.
3. Jika guna bekas berpenutup (empunya resipi guna bekas kaca bertutup), tutup sahaja guna penutup tersebut dan kukus seperti biasa.
4. Jika guna loyang, boleh balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Roti Kering Homemade Untuk Cicah Kopi. Sedap Tak Terkata.
Dapat 29K Share Di FB. Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official