Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
250gm mentega atau marjerin
½ cawan gula perang halus
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan madu
BAHAN B:
1 sudu teh baking
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C:
1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN D:
2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
½ cawan nestum
½ cawan cip coklat
½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips)
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
IKLAN
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
IKLAN
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
Ada individu gemar makan kek, namun tidak dapat menikmatinya kerana alah dengan gluten. Apa itu gluten? Gluten adalah sejenis protein lekit yang terdapat dalam tepung gandum.
Justeru, bagaimana individu yang ada alahan sebegini hendak menikmati kek?
Melalui seorang pejuang Thalassemia, Nurul Nadia, telah berkongsi resipi Kek Orange Zest Premium. Menariknya, kek ini sesuai dinikmati oleh individu yang alah dengan gluten termasuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.
“Sebenarnya yang mula buat gluten free ni, suami saya. Dia memang amalkan pantang pelbagai makanan sebab dia ada masalah GERD. Orang yang ada GERD ni automatik ada anxiety dan gandum boleh triggered badan dia jadi tak sihat,” kata Nurul Nadia.
Akhirnya, Nadia juga turut amalkan gluten free apabila anak sulung mereka pun ada anemia teruk dan ada masa tantrum luar kawal. Anak kedua pula ada masalah sembelit sejak kecil. Kedua-duanya memang gemar makan roti dan selepas ditukar kepada roti tanpa gluten, memang nampak banyak perubahan pada kesihatan.
“Sebelum ini saya makan gandum kerana kesan tak seteruk suami. Suami saya kalau makan gandum akan jadi mata kabur, badan terasa melayang dan letih. Tapi sekarang saya dapat rasa susah nak kawal emosi contohnya marah anak sebab mereka bising. Namun apabila saya elakkan gandum, saya dapat rasa emosi cepat marah itu lebih terkawal,” kata Nurul Nadia lagi.
Jom kita lihat resipinya.
KEK TANPA GANDUM ORANGE ZET PREMIUM
BAHAN-BAHAN
1 biji buah oren (kulitnya disagat dan isinya dikisar)
226 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
226 gram gula tebu organik (boleh kurangkan jika tak suka manis)
283 gram tepung tanpa gluten (tepung beras dan kanji kentang dicampur)
5 sudu besar jus oren (pilihan kalau suka rasa masam)
3 biji telur ayam
3 sudu teh baking powder
¼ sudu teh baking soda
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 160°C
2. Kisarkan buah oren sampai halus.
3. Campurkan mentega dan gula di dalam mesin pengadun.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda.
5. Masukkan buah oren yang dikisar, kulit yang disagat dan jus berserta tepung, telur ayam, baking powder dan baking soda ke dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga tidak berketul.
6. Bancuhan dimasukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 160°C (bergantung kepada jenis oven).
7. Apabila siap, sejukkan selama 10 minit sebelum keluarkan kek daripada loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Tetap gebu walau tanpa gandum.
Apa Istimewanya Kek Ini?
1) Tanpa gandum. Sesuai untuk mereka yang alah dengan gluten.
2) Rasa buah oren sebenar.
3) Tanpa pewarna tiruan.
INFO MENGENAI GLUTEN
1) Gluten adalah sejenis protein yang ada dalam gandum. Apabila sebut gandum, bukan saja tepung tapi termasuk jugalah barli dan yang seangkatan dengannya.
2) Gluten free adalah istilah pola pemakanan bagi individu yang alah kepada gluten atau bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan bagi tempoh masa lebih lama.
3) Sesetengah individu tidak dapat mencerna gluten yang masuk dalam badan walaupun sedikit. Ada yang 10 tahun makan masih baik tapi tiba-tiba selepas tahun ke-11 terdapat alergi dan reaksi badan. Apabila gluten tidak dapat dicerna oleh perut, tubuh memberi respon antibodi bahawa ada ancaman pada tubuh (daripada gluten tadi) dan menyerang lapisan dinding usus sehingga mengakibatkan pembengkakan atau kata lain disebut sebagai radang.
Kek marbel ni boleh dikatakan sebagai kek lejen. Orang tua-tua memang suka makan kek macam ni berbanding kek-kek moden yang semakin mewah dengan coklat dan keju. Kek marbel rasanya lemak-lemak manis dan simple je. Kalau pandai buat, memang sangat sedap dan cukup cita rasanya.
Cara membuat
1. Pukul gula kastor dan mentega sampai putih gebu.
2. Masukkan esen vanila dam baking powder. Pukul sekata.
3. Masukkan sebiji telur ayam dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum sikit dan pukul lagi.
5. Ulang step 3 dan 4 sampai habis.
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambah serbuk koko / emulco.
7. Dalam loyang 7X7 inci, sendukkan adunan berselang seli secara bertindih.
8. Lorek bahagian atas. Dan hentak sedikit loyang.
9. Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit.
10. Tunggu sejuk baru terbalikkan dan potong.