Bila hidangkan sandwich tebal dan macam makan di restoran atau hotel, mesti suami dan anak-anak akan suka.
Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Resipi dan cara yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, boleh dijadikan bekal sebagai minum petang atau sarapan buat suami dan anak-anak.
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang.
SANDWICH TEBAL 3 LAPIS
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti mil wholemeal bread 2 keping lof daging ayam 6 hirisan timun jepun 6 hirisan lobak merah – beli online di sini 2 helai daun salad (basuh dan keringkan) 1 keping keju Sos bijan panggang
1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti. 2. Goreng lof daging ayam di atas kuali sehingga masak. Ketepikan.
3. Timun setelah dihiris, mesti dilapkan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun. Ketepikan. 4. Lobak merah dihiris lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
Ads
5. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad. Letakkan satu kepingan lof daging ayam. 6. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin. Letakkan satu kepingan keju.
7. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga. 8. Susun hirisan timun jepun. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
9. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir). Siap sandwich 3 tingkat.
Ads
10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Untuk memasak Pulut Kuning dan juga Rendang Ayam, ada kalanya kita tidak pasti sukatan yang tepat. Sukatan sebegini penting supaya masakan yang dihasilkan boleh diagak jumlahnya dan juga bagi mengelakkan kerja memasak perlu dilakukan berulang kali. Menerusi perkongsian saudari Puteri Hana Sofia, beliau berkongsi resipi Pulut Kuning dan Rendang Ayam dari ibunya yang bagi sukatan 30 bekas makanan. Nah… Barulah mudah nak anggar kan? Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan. 2. Kukus beras pulut selama 30 minit. Letak daun pandan untuk aroma wangi. (empunya resipi alas dengan daun pisang). Angkat pulut dan letak dalam bekas. 3. Masukkan garam dan gula ke dalam santan. Masak sekejap kemudian masukkan ke dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan. 4. Masukkan kembali pulut tadi ke dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10 minit. 5. Jika mahu pulut nampak berkilat cantik, letak sedikit minyak masak dan gaulkan bersama pulut sebelum dikukus kali kedua.
BAHAN KISAR: 1 peket kecik serbuk kari – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit 4 batang serai – hiris 6 biji bawang merah – beli online disini 2 labu bawang putih – beli online disini 10 biji cili merah 2 sudu makan biji ketumbar – beli online disini 2 sudu makan jintan putih – beli online disini 3 inci lengkuas 3 inci halia 4 sudu makan cili kisar – ikut kepedasan masing-masing (tidak perlu kisar bersama bahan lain) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Masukkan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan kisar sampai naik bau. 2.Masukan cili kisar dan tumis lagi sampai cili betul-betul masak. 3. Letak sedikit air dan masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, garam dan juga gula dengan secukupnya. 4. Akhir sekali masukkan kerisik dan santan. Masak dalam 10 minit dan taburkan daun kunyit. 5. Rendang Ayam siap dihidang bersama Pulut Kuning.
Kari ni rasanya seperti kari Melayu. Rasanya lebih kurang kari yang kita biasa makan dengan roti jala tu. Tak terlalu berempah. Lebih kepada berlemak. Sedap makan dengan roti dan nasi panas.
Mudah disediakan, 15-20 minit dah siap. Itu pun mereneh yang lama sikit. Penyediaan bahan pun tak sampai 5 minit.Bahan asas ada 4 sahaja, tapi bolehlah tambah ikut kemampuan atau situasi.
Kari Ekspres Rahmah
Bahan-bahan:
6-8 orang makan
1 ekor ayam
1 kotak santan (200ml)
4 kiub Kari Maggi
1 keping asam gelugur
Cara memasak:
1.Masukkan santan dalam kuali. Reneh sehingga menggelegak. Saya tak gunakan minyak. Nanti sebahagian santan ni akan pecahkan minyak. Lemak ayam pun akan jadi minyak.
2.Masukkan kiub kari. Formulanya, ½ ekor ayam = 2 kiub kari. Saya masak seekor ayam, maka kena pakai 4 kiub. Satu kotak kiub kari ni, ada 6 kiub di dalamnya.
3.Tumis campuran santan dan kiub kari tadi sampai terbit minyak. Gunakan api kecil atau sederhana. Jangan gunakan api yang besar. Waktu ni saya tak ada tambah air lagi.
4.Dah terbit minyak, masukkan ayam, besarkan api dan gaul sampai sebati. Air ayam akan mula keluar,kemudian lemak ayam akan mula mencair menjadi minyak.
5.Tambah 500-1000ml air masak atau sehingga ketulan ayam tenggelam. Kalau nak cepat, masukkan air panas. Kuatkan api dan reneh ayam.
6.Masukkan asam gelugur. Kalau nak guna asam jawa pun boleh.
7.Masukkan daun kari, kentang dan lobak merah kalau ada. Ada orang suka letak daun limau purut dan serai dalam kari. Boleh sahaja, tak salah. Tambah air jika perlu. Reneh sampai ayam masak.
8.Akhir sekali, masukkan tomato. Siap! Senang,kan? Tak perlu letak garam. Kiub kari tu dah ada garam. Kecuali kalau kalian buat kari yang kuahnya banyak, maka kena tambah garam.
Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.