Churros menjadi kegemaran anak-anak. Bila dimakan panas memang sedap tambah pula dicelup dengan coklat. Kalau tak pandai membuatnya, tekstur menjadi keras. Jika nak mendapatkan hasil yang gebu dan lembut, boleh ikut resepi yang dikongsi ini. Guna acuan yang besar, luar rangup dalam gebu lembut. Kalau guna acuan yang kurus sikit, churros jadi keras.
CHURROS
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
Ads
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1.Didihkan air, masuk butter, gula, garam dan esen vanila. Tutup api.
2.Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
3.Masukkan telur, kacau juga sampai sebati.
4.Masuk adunan dalam piping bag dan guna nozzle bunga.
5.Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang untuk dapat saiz yang sama.
Sedap Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Fazilah Malik. Pasti puas hati.
CARA MASAK TAUHU BERLAUK SEDAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 paket tauhu telur / tofu telur
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih – beli online disini
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur.
2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah Nugget Nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri guna lebihan nasi ni pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
Apa kudapan yang mudah buat untuk sekeluarga makan? Boleh cuba cucur balak ni. Sangat mudah membuatnya dan bahan-bahan pun mudah didapati. Makan dengan kuah kacang memang layan. Nak tahu kesedapannya, kenalah buat nanti.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.