Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ads
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Ads
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan protein serta sangat baik untuk kesihatan. Malah ia juga tidak mengandungi lemak. Oleh yang demikian, kita disarankan agar mengambil lebih banyak ikan berbanding sumber protein lain seperti daging dan juga ayam.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di pasaran. Antara jenis-jenis yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah ikan merah, siakap, tenggiri, pari, kembung, mabung, pelaling, kerisi, selar dan banyak lagi. Ikan-ikan ini sangat sedap dimasak dengan pelbagai gaya masakan.
Pernahkan anda rasa hidangan ikan yang hanya digoreng kunyit atau dibakar ringkas, tetapi rasanya sangat enak? Haa…kalau nak tahu, rahsianya terletak pada kesegaran ikan itu sendiri. Setiap sajian pasti mempunyai rasa lebih enak jika dihasilkan menggunakan sumber yang segar serta baru. Ikan yang baru ditangkap mempunyai isi yang lebih lembut, berjus dan manis.
Rasanya sangat berbeza dengan ikan sejuk beku yang telah dicairkan aisnya. Ini kerana, ikan sejuk beku biasanya adalah ikan yang telah ditangkap dalam tempoh masa yang lama. Andai dimasak, rasa isinya lebih keras, tawar dan rasa hambar. Kurang sedap!
Namun bila ke pasar untuk membeli ikan, kadang kala kita menjadi ragu-ragu dan kurang pasti sama ada ikan yang dijual itu ikan baru atau ikan sejuk beku yang telah cair aisnya. Sekali imbas, kedua-duanya kelihatan seakan sama. Adalah tidak adil untuk membayar harga yang mahal untuk ikan yang kurang segar sedangkan anda berhak untuk mendapat kualiti yang lebih baik dari itu.
Jika anda ada masalah untuk memilih ikan yang segar, ini ada petua ringkas yang boleh membantu anda jadikan panduan. Apa perlu anda lakukan ialah:-
TIP MEMILIH IKAN SEGAR
1. WARNA IKAN
Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.
2. BAU
Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3. TEKSTUR
Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.
4. MATA IKAN
Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.
5. WARNA INSANG
Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.
6. PILIH IKAN BERLENDIR
Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.
7. SISIK & SIRIP KUAT
Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.
8. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.
Macam mana senangkan petua ini? Jadi mulai hari ini bila ke pasar, ingat lapan perkara ini supaya ikan yang dibeli segar dan setanding dengan harga yang anda bayar. Maklumlah, ikan harganya boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika yang bersaiz besar.
Ramai kata tak pandai goreng bihun dengan alasan hasil kejadian tak seperti diharapkan. Bihun yang digoreng hasilnya keras atau lembik, memang potong selera makan. Tapi korang jangan risau akan masalah ini kerana kalau kena gayanya, goreng bihun sangat mudah. Tak percaya korang baca info ini dan cuba buat, harap hasilnya tak mengecawakan.
.
Semasa membeli bihun, pastikan berkualiti dan kondisi bihun itu dalam keadaan baik. Contohnya pastikan bihun dalam keadaan bersih, warnanya jernih dan tidak kusam. Hanya bihun yang berkuaiti dan dalam keadaan baik saja akan jika dimasak ia masak sempurna dan tidak hancur.
.
Rendam bihun dengan air panas dengan alasan cepat lembut, ia adalah salah. Jika rendam bihun terlalu lama, ia boleh sebabkan bihun mudah hancur bila digoreng. Sebaiknya rendamlah dengan air biasa, dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit. Baru bihun yang digoreng cantik kejadiannya.
Semasa menggoreng pastikan anda menggunakan api sederhana, jika hampir masak, kecilkan api. Walaupun ia ambil masa sikit tetapi hasil bihun yang digoreng cantik, tak hancur mahupun keras. Genti mengundang selera bila dihidangkan.
Seperkara lagi, semasa menggoreng bihun, jangan kerap kacau kerana ia boleh sebabkan bihun mudah hancur atau patah. Kacau sekali sekala untuk memastikan bihun sebati rata dengan bahan penumis. Tambahkan sedikit air atau minyak ketika memasak bihun agar bahan tumisan lebih mudah meresap dan sedap semasa dimakan.
Harap info ini dapat membantu korang sukses memasak bihun goreng untuk suami dan anak-anak atau boleh dijadi hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.
Nak beli AIR FRYER tapi tak tahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Santan kotak saiz besar biasanya lebh murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya ada lebihan. Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, jika tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan yang dikongsi oleh saudari Nelisa Sofea ni.
PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN: Santan kotak Plastik aiskrim
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan santan ke dalam plastik aiskrim ikut sukatan untuk sekali pakai bila masak. Santan jenama ini pekat, jadi bungkus sedikit-sedikit pun sudah cukup jika masak dalam kuantiti sedikit.
2. Bila sudah masukkan santan ke dalam plastrik aiskrim, ikat plastik dan terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam peti sejuk beku (freezer). Letak dekat peti bawah sahaja.
3. Bila nak digunakan untuk masak, ambil dan gunakan dalam masakan seperti biasa. 4. Pastikan anda meletakkan label tarikh luput pada plastik santan untuk rujukan jangka hayatnya.
Nak cuba pelbagai jenis masakan yang mudah, lazat dan menambat selera keluarga? Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.
Kenali keunikan asam pedas Melaka Johor yang kaya rasa pedas dan masam. Terokai rahsia kesedapan, bahan utama dan warisan hidangan tradisional Melayu ini.