Sempena cuti sekolah ni, anak-anak ada di rumah jom kita buat kudapan yang disukai mereka. Brownies kedut ni memang sesiapa pun suka mengulang makan. Boleh letak ais krim di atasnya bila nak makan nanti.
BROWNIES KEDUT
Bahan-bahan:
A
400gm cooking chocolate
150gm butter
(Kukus)
B
3 biji telur
150gm brown sugar
Esen vanilla
Ads
C
110gm self rising flour
2 sudu besar serbuk koko
Cara membuat:
1.kukus bahan A.
Ads
2.Satukan bahan B dengan menggunakan whisk, mix kan coklat dan butter yang telah cair.masukkan Masa coklat yang masih panas untuk hasilkan kedut.
3.Kaupkan tepung ke dalam adunan tadi sehingga sebati.
Ads
4.Akhirnya masukkan adunan dalam loyang 10 inci. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 170°c selama 40 minit,tutup suis dan rengangkan pintu oven selama 10 minit. Siap untuk dihidang.
Kek Coklat Kukus ni memang sedap tau. Anda nak cuba? Saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap. Penambahan topping coklat dan juga taburan badam membuatkan rasanya lagi mantap. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar (blender) hingga sebati dan ketepikan. 2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata. 4. Jika nak lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender. 5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi. 6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
BAHAN TOPPING COKLAT: Coklat masakan Sedikit marjerin / mentega – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double-boiler. 2. Bila coklat telah cair sepenuhnya, tuang pada kek.
Sedap nampak Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus versi kukus perkongsian FB Empayar Annur ni. Lebih istimewa lagi resipi ini dimasak tanpa ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Nampak sedap dan gebu kan? Malah resipi Kek Sarang Semut ini juga tak perlukan anda untuk perap adunan. Memang elok bersarang. Yang mana suka makan Kek Sarang Semut / Gula Hangus, boleh cuba resipi mudah ni.
KEK GULA HANGUS KUKUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gulag una api sederhana hingga hangus ( keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.
2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika.
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.
4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.
5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
6. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.
7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati.
8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.
9. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.
10. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaksan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungking berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.
Suka makan Tat Nanas? Biskut ini antara yang paling popular dan menjadi kegemaran ramai bila menjelangnya musim perayaan. Bagi anda yang tercari-cari resipi Tat Nanashomemade yang sedap, mudah dan cair di mulut, resipi perkongsian saudari Nadya Nad ni antara yang boleh dicuba. Siap dengan resipi Jem Nanas homemade lagi. Bolehlah buat untuk perayaan Tahun Baru Cina nanti. Selamat mencuba!
RESIPI TAT NANAS HOMEMADE
BAHAN A:
BAHAN B:
HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, susu pekat manis, minyak sapi dan esen vanilla. Gaul sebati.
2. Masukkan kuning telur dan sedikit pewarna kuning.
3. Tambahkan bahan-bahan A sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
4. Terap doh di atas dulang, sudukan jem nanas dan gulung. Sapu sedikit kuning telur.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 10 minit. Masukkan biskut dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit menggunakan api atas bawah. (Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing)
RESIPI INTI TAT NANAS:
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua baha ke dalam kuali dan masak guna api sederhana hingga air kering dan likat.
2. Sejukkan sebelum digunakan untuk membuat biskut tat nanas.