Seringkali kita membeli bawang dalam kuantiti yang banyak namun tidak tahu cara yang tepat untuk menyimpan bawang. Kadangkala rosak begitu sahaja dan dibuang. Kan membazir. Jom semak langkah ini untuk langkah berjimat.

SIMPAN BAWANG YANG MASIH ELOK DI TEMPAT TERBUKA
Semasa membeli bawang pastikan bawang yang anda beli masih segar kerana jika membelinya keadaan tidak baik, ia tidak bertahan lama. Jangan pula simpan terlalu lama di dalam plastik.
Segera keluarkan bawang dari plastik lalu anda dan simpan dalam bekas yang terbuka.Bawang boleh dijemur.Langkah seperti ini dilakukan untuk membuat kelembaban bawang berkurang, di mana hal itu menjadi penyebab utama bawang menjadi busuk. Apabila bawang sudah kering, sebaiknya simpan bawang di dalam bekas yang memiliki lubang atau jaring-jaring.

Selain itu, boleh juga menyimpannya di dalam bekas buluh sebab ada lubang kecil yang banyak untuk aliran udara. Setelah itu, simpan bawang tersebut pada tempat yang memiliki aliran udara yang baik, tidak lembab dan panas. Elak menyimpan bawang di dalam peti sejuk. Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan membuatnya cepat busuk dan bertunas. Dalam satu tempat sebaiknya jangan letakkan longgokan bawang terlalu banyak. Ia agar aliran udara tetap dalam keadaan baik.

BAWANG DAN SAYURAN YANG LAINNYA PERLU LETAK BERJAUHAN
Setiap sayuran akan mengeluarkan gasnya masing-masing, begitupun dengan bawang. Ketika menyimpan bawang, sebaiknya jangan menggabungkannya dengan sayuran yang lainnya. Simpan bawang terpisah dengan sayuran lainnya supaya kesan penguapan gas berkurang yang dapat membuat bawang menjadi lebih mudah busuk.

IKLAN
BAWANG YANG SUDAH DIKUPAS
Mudah memasak bila bawang-bawang sudah berkupas. Anda boleh meletakkan bawang yang sudah dikupas di dalam peti sejuk. Dengan keadaan seperti ini, bawang yang sudah dikupas akan bertahan cukup lama sekitar dua hingga tiga minggu. Untuk bawang bombay yang penggunaannya tidak selalu diguna seperti bawang putih dan bawang merah, boleh saja menyimpannya dalam bekas yang kedap udara. Simpan di luar peti sejuk. Ini dilakukan supaya bawang bombay tetap segar, tidak lembek ataupun mengecut.

BAWANG HIRIS ATAU BAWANG TUMBUK
Bawang yang sudah dihaluskan atau bawang yang sudah dihiris biasanya akan lebih tahan lama disimpan sebab tidak akan mudah membusuk. Bawang tumbuk dan bawang hiris juga lebih praktikal ketika digunakan ketika memasak. Simpan bawang hiris dan bawang yang telah dihaluskan dalam tempat yang kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Agar lebih tahan lama lagi, anda boleh menyimpannya dalam freezer. Inilah beberapa cara menyimpan bawang supaya tahan lama. Jadi tak ada masalah untuk menyimpan stok bawang di rumah tanpa takut busuk.

Moga ia memberi manfaat buat anda.

JIKA INGIN MEMBELI PERKAKASAN RUMAH, BOLEH BELI DI SINI.

IKLAN

Cara Semai Capsicum, Walau Baru Mencuba Pun Boleh Tumbuh Subur

Petua Lembutkan Daging, Hanya Gunakan Minyak. Mudah!

IKLAN

9 Petua Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.