Pening fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
1½ cawan beras sushi
2 cawan air
1/3 cawan cuka nasi
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
2 keping seaweed | dihiris halus
1 bij cili merah | dihiris halus
3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
1/2 batang merah | dicincang halus
4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan
Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
Ads
BAHAN-BAHAN:
4 biji roti sosej | belah tengah
100gm daging cincang
4 batang sosej ayam
1 biji bawang holland | dicincang halus
2 ulas bawang merah|dicincang halus
1ulas bawang putih | dicincang halus
4sudu makan sos balognes
1 sudu teh serbuk kari daging
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 biji ubi kentang |saiz besar
200gm daging kisar
1 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih |dicincang
100gm keju mozarela | diparut
2 sudu kecil mayones
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
Ads
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Ads
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Baked milk cheese pudding ni memang berkrim dan sedap rasanya.Nak-nak kalau makan sejuk dikeluarkan dari peti sejuk. Ada ramuan keju, susu dan tepung jagung memang enak berkrim
Jom kita lihat resipi perkongsian Farisha Sofea dalam FBnya. Lima bahan aje tak termasuk kuning telur untuk sapuan.
3 sudu besar gula / pes kurma / madu* – beli online DI SINI
2 keping keju / 1 sudu serbuk keju fawwaz
2 biji kuning telur
Bahan Sapuan :
Kuning telur secukupnya
.
CARA MEMASAK : 1. Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati . *untuk versi baby, empunya resipi gantikan gula dengan pes kurma atau madu dan gantikan kepingan keju dengan serbuk keju fawwaz daripada @An_Babyfood . 2. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk . 3. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan . 4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat . 5. Tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam acuan . 6. Setelah adunan sedikit suam , simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam . 7. Kemudian keluarkan daripada acuan dan letakkan di dalam loyang pembakar . 8. Sapukan permukaan adunan dengan bahan Sapuan . 9. Panaskan oven . 10. bakar pada suhu 230C selama 15 – 20 minit atau sehingga keperangan . 11. Untuk corak garis garis di atas tu boleh sapukan lagi kuning telur apabila adunan hampir masak .
Sempena tahun baru 2023 ini, jom kita cuba 20 menu masakan sayur yang boleh mengimbau memori tentang zaman dulu-dulu.
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk-pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri.
Lauk tradisional tidak pernah menghampakan. Nak masuk lauk sayur ni modal pun sedikit saja, dan yang pasti tak menggemukkan.
Resipi yang ada mudah tapi masih ada yang belum pernah buat, terutama anak remaja. Semuanya mudah, sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom masak!
1.LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | buangkan kulit dan potong lebar 500 ml santan cair 100 ml santan pekat 1 helai daun kunyit | dicarik dan simpul Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 10 gm udang kering
1. Masukkan labu, bahan-bahan yang ditumbuk dan santan cair ke dalam periuk. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mula mendidih, masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam. 4. Renehkan lagi hingga labu empuk. 5. Kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. 6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu pedas sedikit, boleh masukkan 4- 5 biji cili padi ditumbuk pecah, dan dimasukkan sama dengan bahan yang ditumbuk lain.
2.TEMPOYAK PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
5-6 ikat pucuk ubi (direbus dengan air mendidih dan letakkan sedikit garam dan minyak masak) 500 gm tempoyak | lagi banyak lagi sedap 500 gm udang hidup (yang kecil pun boleh) 500 ml santan pekat 5 helai daun kunyit | dihiris halus 8 batang serai | dihiris halus 20 ulas bawang merah | dikisar 5 sm kunyit hidup | dikisar 25 biji cili padi | ikut kepedasan disukai/dikisar Garam secukup rasa Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Pucuk ubi yang direbus dan ditoskan dan perahkan airnya kemudian dipotong halus. 2. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit, serai, udang, bahan-bahan kisar, tempoyak dan santan di dalam kuali yang sudah dinyalakan api. 3. Balik-balikkan dan masak hingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan santan pecah. 5. Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dipadamkan api.
INFO CHEF: Sajian kalori rendah yang mudah dan ringkas disediakan
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda, basuh dan toskan 2 kilo santan Segenggam ikan bilis Segenggam cili api 3 inci kunyit 5 ulas bawang merah |dihiris nipis 5 batang serai | dititik Garam Asam keping
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO CHEF: Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
4. MASAK LODEH
BAHAN A (KISAR):
5 biji bawang merah 3 biji bawang putih 1 inci lengkuas 10 biji cili api hijau 2 biji cili merah 3 sudu besar udang kering
BAHAN B:
250gm udang basah
BAHAN C
2 keping tauhu basah 2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng 1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang ½ biji sengkuang |dipotong 15 batang kacang panjang |dipotong 1 batang lobak merah |dipotong 300gm kubis |dipotong 1kg santan Garam Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar. 2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap 3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika. 4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng. 5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
5. MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI
Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. Melalui perkongsian SuiSan Aliezsha ini memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng.
Gunakan jantung pisang nipah kerana ia tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang Semangkuk air 3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang) Garam secukup rasa Segenggam cili api 2 inci kunyit hidup 1 ½ biji kelapa (diparut dan diperah santannya) Segenggam ikan bilis Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan) 2 keping asam keping untuk memasak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang. 2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini. 3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus. 4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih. 5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut. 6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
Kredit resipi: SuiSan Aliezsha
6. PECAL PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi | dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak 3 sudu besar gula perang atau pasir 1 biji cili merah | dihiris 5 biji cili padi 2 ulas bawang putih | dihiris 2 biji bawang merah | dihiris 1cm halia | dihiris Sedikit belacan Sedikit air asam jawa Garam secukup rasa Air panas secukupnya Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan. 2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan. 3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan. 5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan. 6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya. 7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati. 8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah. 9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
7. GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika 300gram kepah 500 ml santan 1 keping asam gelugor Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 cm kunyit hidup 10 biji cili padi 3 ulas bawang merah
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping. 2. Renehkan di atas api sederhana. 3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi. 4. Diikuti dengan kepah. 5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. 6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
8. KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500 gm rebung madu | cuci bersih 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil 1000ml santan 2 sudu makan air asam Jawa 3 sudu makan rempah kari daging 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan pes cili kering Garam, gula dan perasa secukupnya Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. 3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak. 5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel. 6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit. 7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. 8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
9. PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos 200gm daging bakar | hiris nipis 250ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar Garam dan gula secukup rasa 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah 1 biji cili merah 8 biji cili padi 2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk. 2. Masukkan bersamanya bahan hirisan. 3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis. 4. Gaul rata, kemudian masukkan santan. 5. Gaul lagi sehingga cukup rasa. Segera dihidangkan.
10. PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU & TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu 1 paket kecil tempe | potong dadu 1 liter santan 1 sudu makan ikan bilis 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | hiris 2cm halia muda | hiris Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe. 2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak. 3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi. 4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa. 5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
11. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi 100 gm isi udang 2 sudu makan tempoyak 6 pucuk daun kesum 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3-4cm. Ketepikan. 2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu. 3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi. 4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya. 5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata. 6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang. 7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
12. BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | parut atau cincang isinya. 250ml santan Garam dan gula secukup rasa 1 batang serai Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup 8-10 biji cili padi Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi. 3. Apabila betik layu, masukkan santan, 4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
13. GULAI MASAM JERANTUT
Menu ni sangat mudah buat. Menggunakan sayuran seperti keledek, ubi kayu, terung dan pucuk ubi kayu. Bila dicampur dengan tempoyak, pergh memang kecur liur dibuatnya.
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek oren saiz kecil 1 biji ubi kayu saiz kecil sedikit pucuk ubi kayu (direbus dahulu) 3 biji terung hijau kecil 1 kuntum bunga kantan 1 tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
3 ulas cili api (ikut kepedasan) seinci kunyit hidup 2 sudu besar tempoyak garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk sehingga mendidih 2.Kemudian masukkan semua bahan sayuran tadi sehingga betul-betul masak. 3. Isi bahan perasa. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Zaqyah Saneey
14. TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air untuk hilangkan getahnya 1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap 4 biji cili akar 2 biji cili hidup * ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh 1 biji bawang merah besar 2 biji bawang putih 1 keping asam keping Serbuk pati ikan bilis @ perasa 2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi. 2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata. 3. Masukkan terung. 4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki. Akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis. (terung separuh masak pun boleh)
Kredit resipi: Nurul Hawa Nadila Sari
15. SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
250gm terung pipit | buang tangkai 150gm hirisan daging rebus 1 sudu makan air asam jawa 3 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering. 4. Kacau rata hingga pecah minyak. 5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi. 6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
16. TUMIS TERUNG CILI PADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung panjang | buang sedikit kulit, belah dan potong dua Garam dan gula secukup rasa ½ sudu makan air asam jawa Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Segenggam ikan bilis 2 biji cili merah 8 biji cili padi
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi. 4, Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula. 5. Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. 6. Tutup api dan terung sedia dihidangkan.
17. TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji peria | buang biji dan hiris nipis 1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan. 2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 3. Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. 5. Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api. Tumis peria sedia dihidangkan.
18. MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN:
2 batang serai | dititik 2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris 10 ekor udang sederhana besar 2 keping asam keping Garam secukup rasa 1 mangkuk santan 1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA MEMASAK:
1. Bahan kisar dikisar halus dan masukkan dalam periuk. 2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum. 3. Masukkan udang. 4. Tambahkan air jika kuah kering. 5. Masukkan asam keping dan garam. 6. Masukkan santan 7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku. 8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Kredit resipi: Telegram KakiMakan
19. GULAI BATANG PISANG
Gulai Batang Pisang antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai makan. Menu ni tidaklah susah sangat nak memasaknya.
Cuma untuk mendapatkan batang pisang agak susah jika di pasar raya yang ada mungkin di pasar tani dan kedai-kedai runcit kampung. Kalau yang duduk kampung mudah la dapat. Belakang rumah je. Masakannya mudah sahaja, cuma masaknya kena lama, biar batang pisang tu betul betul lembut. Baru la sedap!
BAHAN-BAHAN:
Batang pisang *Ambil dari pokok yang sedang-sedang saja. Ambil teras dia yang lembut, masukkan serbuk kunyit waktu nak buang getah dia. 1/2- 1kg daging lembu atau tulang lembu (dalam resepi ini, saya guna daging tetel, potong kecil-kecil).
BAHAN UNTUK MENUMIS:
Sedikit minyak Kulit kayu manis Bunga lawang Buah pelaga 3 tangkai daun kari
BAHAN LAIN:
8 ulas bawang merah | dikisar 1 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | dikisar 2 cawan santan pekat 7 sudu makan serbuk kari daging 1 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Kerisik (optional)
CARA MEMASAK:
1. Potong serong batang pisang tu kecil-kecil. Lepas tu masukkan dalam bekas. Masukkan air dan serbuk kunyit. Gaulkan. 2. Gunakan lidi sate atau chopstik untuk buangkan getah dia yang bertali-tali tu. Boleh tengok DI SINI untuk caranya. 3. Rupa yang sepatutnya ada pada gulai yang dah siap. Kalau batang pisang tu masih putih dan nampak pucat, maknanya kena rebus lagi. Kena ada sikit warna tanned ye. 4. Sementara itu di dalam bekas lain, gaulkan daging dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Gaulkan dengan sedikit hingga sebati. Ketepikan. 5. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis tiga sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis) dan daun kari sehingga naik bau. 6. Masukkan daging. Kacau-kacau sehingga semuanya sekata. Tutup periuk. Biarkan ia mereneh hingga daging empuk. 7. Setelah empuk, buka penutup periuk. Masukkan air, santan, asam jawa dan kerisik. Gaulkan. 8. Kemudian, masukkan batang pisang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan. Apabila sudah masak, tutup api.
Kredit resipi: Suhanna Zakaria
20. ASAM TEMPOYAK KELADI KEMAHANG DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
3-4 pokok keladi kemahang muda 3 sudu makan tempoyak 6 pucuk daun kesum 1 kuntum bunga kantan Air secukupnya Garam dan gula secukupnya 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu. 2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata. 3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana. 4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam. 5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Telur Bungkus ala Kedai Tomyam, menu simple yang menjadi kegemaran ramai. Kalau buat sendiri kat rumah lagi puas hati, boleh letak isi ayam dan sayur banyak-banyak.
Kadang ada ketika buntu nak masak apa, menu telur bungkus ni antara masakan ringkas dan senang untuk dibuat.
Kalau tak cerewet cukup satu lauk ni sahaja, tak perlu masak banyak lauk. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, memang tak pandang kiri kanan dah. Berbaloi untuk dicuba.
Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holand – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit lobak merah – potong dadu
3 ulas bawang putih – cincang
Ayam cincang
Daun bawang – hiris
Gula
Garam
Serbuk perasa
Sos ikan
Sos cili
Sos tiram
Cili kisar
3 biji telur
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam, masak seketika.
Masukkan cili kisar, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masak sehingga agak kering.
Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga agak lembut. Masukkan bawang holand dan tomato.
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum masukkan daun bawang. Kacau rata dan ketepikan.
Untuk telur, panaskan minyak dan masak telur dadar. Pastikan telur dadar agak nipis.