Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi korang yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah… Tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni dulu…
PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
500ml santan pekat
50gm ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
Ads
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500 ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
Gulai nanas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Gulai daging salai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada yang nak mencuba masakan kari istimewa ni. Dikongsikan resipi oleh Aslyna Nor Hassan. Menurut pemilik, resipi ini dipelajarinya daripada abang ipar yang berasal dari Nepal. “Dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya.Nama masakan itu ialah Kukkra Curry atau kari ayam.Memang sedap sebab kari ini lain dari yang lain dan tak pakai santan.Kari ni bukan makan dengan nasi saja sedap,makan dengan roti arab pun sedap.
KUKKRA CURRY
Bahan-bahan:
Ayam seekor
*5 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(kisar bahan yang bertanda*)
4 biji tomato (potong dadu)
Ubi kentang (terpulang)
1 pokok daun ketumbar (letak lebih lagi sedap)
5 sudu yogurt ori (yang tak ada perisa)
6 sudu penuh serbuk kari
Cara membuat:
1.*Tumis semua bahan blend,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan kentang.
3.Masukkan sedikit air.Biarkan mendidih hingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan yogurt.
5.Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-dipotong.
Cuaca hari ini tidak panas sangat, redup saja. Minum air kopi tanpa hidangan kuih muih pastinya tidak lengkap minum petang anda.Bolehlah rancang nak masak kuih yang mudah dan tak jemu nikmati. Kuih lapis yang dikongsi oleh tokmi ni pun enak, lembut dan lemak-lemak manis. Bila dilapis dengan berhati-hati pasti cantik kejadiannya.
KUIH LAPIS PANDAN GEDIK Bahan-bahan: 1 cawan tepung beras* ( tokmi guna cap teratai)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar tepung gandum *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar tepung jagung *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan santan pekat * 1 cawan air * 1/2 (setengah) cawan gula pasir * Secubit garam * 2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air 1/2 cawan air***
Cara membuat: 1. Campurkan yang bertanda *.Kacau sebati dan tapis ( tokmi blend je)
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian hendaklah dimasukkan air daun pandan,kacau sebati.Satu bahagian lagi hendaklah ditambah dengan 1/2 cawan air yang bertanda ***,kacau sebati.Maknanya jumlah bancuhan adalah 250 ml adunan pandan dan 250 ml adunan asal. 3. Panaskan air kukusan.Tutup tudung pengukus dengan kain bersih.Oleskan acuan saiz kecil ( sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar. 4. Masukkan setengah cawan atau satu senduk adunan pandan. Kukus 5 minit kemudian masukkan adunan warna asal. Kukus lagi lima minit. 5. Ulang proses yang sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yang pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik.Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering. ** Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap satu dan yang terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi.Kalau ikut betul-betul bancuhan ni, kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak. Kredit: #daridapurtokmi Sarimah Ismail
Cantiknya Agar-Agar Marble perkongsian saudari Mut Tam ni. Menurut beliau, manisan yang diringkan resipinya mengikut cara sendiri ini mempunyai rasa yang tidak manis dan teksturnya juga lembut. Memang sangat sedap. Ha…Apa lagi? Peminat Agar-Agar Marble boleh cuba resipi ni.
RESIPI AGAR-AGAR MARBLE YANG SEDAP & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar tali 20gm (beli online disini)
1 cawan gula kastor (beli online disini)
5 cawan air
1 tin susu cair (beli online disini)
1 sudu makan esen vanilla (beli online disini)
2 biji telur
2 sudu serbuk koko (beli online disini)
Pewarna merah secukupnya – boleh gantikan dengan sirap (beli online disini)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan agar-agar dan gula. Didih lagi sampai semua bahan larut. Kecilkan api. 2. Pecahkan telur di dalam bekas dan campurkan dengan susu cair. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi. 3.Masukkan esen vanilla. Kacau sebati sehingga mendidih. Tutup api. Alihkan campuran agar-agar dalam bekas atau loyang. 4. Dalam bekas lain, ambil 1 senduk adunan dan masukkan serbuk coklat atau milo. (empunya resipi letak lebih serbuk koko kerana suka rasa sedikit pahit) 5. Ulang langkah yang sama bagi pewarna merah/sirap. (empunya resipi suka guna sirap kerana bagi efek seakan bandung pada agar-agar & rasa lebih sedap) 6. Sudu adunan berwarna ke dalam adunan agar-agar secara berselang-seli (kok dan merah). Lorek.
7. Lorek corak pada agar-agar dan sejukkan. 8. Bila sudah mengeras, Agar-Agar Marble sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Untuk sukatan cawan, empunya resipi guna cawan plastik Ikea.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.