Asam Laksa Cina, memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Sedap! Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair. Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH: 3 liter air 1 kg ikan sardin/kembung/selayang 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini 5 senduk cili kisar – beli online disini 3 sudu makan asam jawa – beli online disini 8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini 5 tangkai daun kesum 3 batang bunga kantan 2 tangkai daun pudina Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini Garam dan serbuk perasa P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
Ads
BAHAN KISAR: 100gm bawang merah besar India – beli online disini 25gm belacan – beli online disini 13 tangkai cili padi hijau 1 batang serai saiz sederhana 300gm nanas 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS): Daun salad Bawang merah besar India Asam limau kasturi Telur rebus Timun Cili Padi Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing. 3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang. 4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih. 5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. 6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. 8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Biskut Bangkit Kelapa ni memang sedap buat kudapan petang sambil menikmati secawan kopi. Rasa rangup yang mencair di mulut kekal disukai dari zaman dahulu hinggalah ke generasi sekarang.
Jom semak perkongsian resipi dari Shanasz Aisy. Ringkas aje reipinya. Langkah memasak pun mudah sangat. Bila digigit teringat kenangan menikmatinya di kampung halaman, masa kecil kecil dahulu kan
BISKUT BANGKIT KELAPA
.
BAHAN-BAHAN :
2 1/2 Cawan Tepung ubi 1 1/2 Cawan tepung gandum cap ROS 1 biji telurr 1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250gm 1 Cawan gula 1 penutup esen Vanila 2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, gula, esen vanila dan telur. 2. Pukul hingga kembang dan sebati, guna senduk kayu pun boleh, masukkan tepung sedikit demi sedikit, perlahan-lahan.
3. Masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan.
4. Terap, bakar selama 20 minit atau keperangan. Panaskan lebih dahulu oven dengan suhu 160 darjah Celcius.
5. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara.
.
Honey lemon chicken ini kalau buat memang anak-anak akan suka. Tak pedas, rasa masam manis yang sedap. Boleh dijadikan lauk tapi paling best diratah. Jadi pastikan buat banyak. Cara membuat pun mudah, goreng dalam airfryer saja. 20 minit siap!
Resipi honey lemon chicken
Bahan-bahan
Ayam bahagian drummet
Bawang putih -dihiris
Perencah New Orleans
Hirisan lemon
Madu
Cara memasak
1. Bersihkan ayam dan campur dengan hirisan bawang putih.
2. Tabur perencah New Orleans dan sedikit gula jika suka.
3. Perap ayam selama sejam.
4. Susun hirisan lemon dalam airfryer, kemudian susun ayam di atas lemon tadi satu demi satu.
5. Setkan suhu 180 darjah dan masa 10 minit.
6. Selepas 10 minit sapu madu di atas ayam dan tambah lagi 10 minit.
Kadangkala bosan asyik masak nasi dan lauk pauk. Sesekali nak juga ubah selera supaya tidak bosan. Masak sesuatu yang mudah dan buka selera anda. Hidangan mi antara yang mudah dan mempunyai kepelbagaian jenis. Anda boleh cuba sresipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
MI KUAH
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato |hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
2 biji limau kasturi |belah dua (untuk diperah)
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B ( KUAH):
1kg tulang lembu |rebus empuk
2 biji ubi keledek (sederhana) | rebus dan kisar halus
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia | kisar
1 liter air rebusan tulang/daging
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak. Masukkan sos tomato, air rebusan daging/tulang dan tulang yang telah direbus lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang; letakkan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah berserta tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas.
Info chef: Boleh hidangkan bersama cili jeruk atau potongan cili.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa manis tulang yang memberi rasa manis pada kuah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25
MI ROJAK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN A:
150gm mi kuning | celur dan toskan
50gm tauge | celur separuh masak
1 biji timun | hiris nipis
2 keping tauhu | goreng dan potong dadu
2 biji ubi kentang | rebus dan potong dadu
2 biji telur | rebus dan belah empat
3-4 cucur tepung @ cucur udang |potong kecil
2 jejari ketam | goreng dan potong kecil
3-4 biji bebola ikan |goreng & potong kecil
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
200gm kacang tanah
150gm udang kering | rendam & kisar lumat
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2-3 biji ubi keledek | rebus dan kisar lumat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah; goreng kacang tanah, cili kering, bawang putih dan bawang besar. Kisar semua bahan hingga halus.
Campurkan bahan-bahan kisar bersama ubi keledek kisar, udang kering kisar dan air asam jawa ke dalam periuk. Tambah 2-3 cawan air lalu didihkan hingga kuah menjadi likat dan agak gelap.
Tambah garam dan gula merah secukup rasa. Didihkan lagi kuah untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tutup api.
Untuk menghidang; Isikan bahan-bahan A ke dalam pinggan menghidang dan tuang kuah ke atasnya.
Info chef: Jika suka boleh taburkan bawang goreng.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuahnya yang pekat dan lemak
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Rebus, goreng dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25
MI SIPUT/SANGGUL GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi siput/sanggul kering | rendam dan toskan
200gm udang segar | bersihkan
100gm tauge |buang ekor
50gm udang kering | rendam tumbuk lumat
2 batang sawi | potong kecil
3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
Masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan udang. Tumis beberapa minit lagi hingga cili masak.
Masukkan mi siput/sanggul, sawi dan tauge. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Hidangkan dengan taburan cincangan daun bawang dan bawang goreng.
Info chef: Enak dimakan ketika panas.
Saiz Hidangan: 3-4orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Mi yang lebih halus dan kenyal dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15- RM25
MI SIZZLING
BAHAN-BAHAN:
2-3 gulung yee mee kering
5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur
Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi. Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah. Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar. Hidangkan.
Info chef: Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Pelbagai sos yang sedap dan cendawan Shiitake yang kenyal bila dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15-RM25
MI UDANG
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
2 biji tomato |hiris nipis
2 biji telur rebus |belah empat
50gram tauge | celur sedikit
2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
8-10 ekor udang sederhana besar
2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100gm udang kering | rendam sekejap
3cm belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
Sediakan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.
Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa manis udang meresap ke dalam kuah
Jenis Penyediaan: Kudapan
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM25
MI WANTAN SUP
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi wantan | celur dan toskan
2 ketul dada ayam
3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
4 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan ayam
8-10 biji wantan*
8-10 biji bebola ikan
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
8-10 keping kulit wantan
50gram cincangan isi ayam
½ batang lobak merah | cincang dadu halus
2 batang daun bawang |cincang halus
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti. Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.
Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa sup yang ringan yang enak dinikmati
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga:RM15-RM25
Resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang Selangor
Rendang asam atau ikan masak asam perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini merupakan lauk kegemaran keluarganya. Hidangan ini katanya boleh menggunakan apa jua jenis...