Semua orang sukakan hidangan Sizzling tidak kiralah bersama mi atau nasi. Kalau nak makan, biasanya Sizzling ni dijual di food court dan merupakan satu sajian yang sangat mengenyangkan. Tetapi jenuh juga kalau kesana semata-mata nak makan hidangan ini semata kan? Ditambah pula dengan keadaan semasa yang tidak berapa sesuai untuk kita berada diluar terlalu lama. Jadi, apa kata anda cuba hasilkan sendiri sajian Sizzling Yee Mee ni di rumah. Sekali masak, satu keluarga boleh makan. Jimat! Saudari Lyzza Lyzza ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kering.
2. Bila bahan telah wangi, masukkan ayam. Kacau-kacau hingga ayam masak.
3. Tambah air untuk kuah sizzling. Jumlahnya terpulang. Jika buat dalam kuantiti banyak, lebihkan airnya. ( empunya resipi letak 4 gelas untuk 4 orang makan)
4. Seterusnya masukkan cendawan, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
5. Tambah sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi hingga rata.
6. Ambil tepung jagung secukupnya dan bancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sizzling.
7. Biarkan kuah mendidih seketika. Padamkan api. 8. Panaskan plate sizzling (beli online disini). Tambah sedikit minyak untuk menggoreng telur terlebih dahulu dan juga untuk elakkan telur melekat.
9. Masukkan yee mee yang sudah direbus.
10. Tambahkan kuah sizzling yang telah siap dimasak tadi.
11. Sedikit sayur untuk melengkap hidangan.
Ads
12. Mushroom Sizzling Yee Mee sedia untuk dinikmati.
Sebut je puding memang ramai yang tak pernah jemu makan, kadang tengok je dah kecur air liur, macam tarasa-rasa sedapnya kat tekak. Lebih sedap bila ia dihidangkan sejuk-sejuk, memang menyelerakan. Tapi kalau nak makan yang sedap-sedap kenalah buat sendiri. Takda resipi, cuba je empat jenis puding yang RASA kongsikan ini.
PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN :
8gm serbuk agar-agar
100gm gula
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
PUDING TEH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk gelatin
2 sudu makan air sejuk
300gm susu segar
50gm gula
1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
Sedia dinikmati.
RESIPI PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
Sedia dinikmati ketika sejuk.
PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
1 1/2 cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
50gm isi buah kundang | potong kasar
50gm isi buah oren | potong kasar
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
foto: intihasilindo.com
Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
foto: http://ichef.bbci.co.uk
RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.
Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali ( perencah guna 1 1/2 je dari 3 paket )
Udang, sotong atau isi ayam | terpulang pada citarasa masing-masing
3 ulas bawang putih | ditumbuk
3 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili masak | ditumbuk halus
5 biji cili padi merah | ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Kubis @ sawi secukupnya
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Tapi jangan sampai kembang ye..
Siramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan. ( supaya maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti. ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata dan pecahkan telur. Tutup telur dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kubis atau sawi. Kacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
Boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah, bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati.