Sambal dan kerabu memang merangsang selera. Kadang-kadang nasi panas dengan dua jenis sajian ringkas ini sahaja sudah cukup menjadikan hidangan cukup menyelerakan.

Tahan lama pulak tu. Buat lebih nanti boleh simpan dalam peti sejuk. Ok jom tengok resipi yang dikongsi dari Hotel Pearl KL dan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Mudah sangat .

1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 biji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji jus limau nipis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.

2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
  • 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu

Bahan dikisar:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji jus lemon
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja

INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.

3. KERABU DIY MANGGA

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji mangga muda /dihiris
  • 1 batang lobak merah /dihiris
  • 1 batang timun /dihiris
  • 10 tangkai cili padi/ hiris halus
  • 1 biji bawang merah /dimayang nipis
  • 1 biji jus limau nipis
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
  • 10 gm suhu /direndam lembut
  • Sedikit udang kering
  • Sedikit kelapa parut

CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Gaul dan di saji mentah
Jenis masakan : Kerabu
Keistimewaan : Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet

INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.

4. KERABU DAGING SEGAR

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm daging/direbus sampai lembut
  • 1 biji bawang besar/dihiris
  • 1 batang serai /dihiris nipis
  • 1 biji tomato /dihiris nipis
  • 5-7 biji cili padi /dihiris nipis
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 biji limau nipis/perah jusnya
  • 3 helai daun limau purut /dihiris halus
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.