Kambing beriani biasanya kita makan waktu kenduri atau musim perayaan sahaja. Paling tidak pun sebulan sekali kita makan di kedai dan restoran. Tetapi apa kata, buat sendiri dan nikmati bersama keluarga di hujung minggu. Kalau sekali buat kurang menjadi, kita cuba lagi. ‘Kata orang practise makes perfect. ‘

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
  • 5 sudu makan rempah beriani
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 4 sudu makan susu cair
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
  • 4 sudu makan minyak sapi (untuk menumis)
  • Setengah cawan tairu (susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis)
  • Sedikit daun pudina
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit daun sup
  • Garam secukup rasa

BAHAN PERAPAN:

IKLAN
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai | dihiris nipis
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1inci halia

BAHAN UNTUK DIGORENG (SEPERTI MEMBUAT BAWANG GORENG):

IKLAN
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit gajus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perapkan daging dengan bahan perapan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
  3. Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
  4. Masukkan susu cair, tomato puri, madu, tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
  5. Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
  6. Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup. Kacau rata.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan:Ala Mamak
Keistimewaan: Rasa dan aroma pelbagai herba Itali yang sedap
Jenis masakan:Lauk pauk
Anggaran kos:RM25

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI