Homemade mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini hanya menggunakan tiga bahan saja. Wow! Mudahnya.
Semakin ramai yang menggunakan mushroom seasoning ini di dalam pelbagai masakan, menggantikan bahan perasa lain. Sedap dimasukkan ke dalam sayur goreng, sup dan sebagainya. Sememangnya ia menambah kesedapan hidangan.
Kalau beli yang sedia terjual di kedai/pasar raya, harganya boleh tahan juga. Jadi, kalau nak jimat buatlah sendiri.
Payah ke? Eh, tak payah pun. Bahan yang diperlukan juga hanya tiga. Senang kan? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Ai Haiza Abdul Jabarini ye.
Mula-mula, cuci dahulu cendawan shiitake. Boleh lap dengan tisu dapur untuk keringkannya. Pastikan ia tak basah ye (kalau perah cendawan tu dan tak keluar air, kira okay dah tu).
Masukkan ke dalam air fryer dan bakar 100C selama kira-kira 20 minit.
Masukkan cendawan ke dalam pengisar. Kemudian tambah garam dan gula.
Ads
Kisar sampai teksturnya halus seperti dalam gambar. Siap! Mudah kan? Boleh simpan dalam botol atau bekas kedap udara.
Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul bersama keluarga memang sesuai.
RESIPI COLEK CILI BOH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
Masukkan 700 ml air kosong dalam periuk.
Jenama cili boh yang diguna.
Tambahkan 5 1/2 senduk cili boh. ( saiz senduk seperti dalam gambar)
Masukkan pula – 2 senduk gula Melaka hancur – 9 senduk gula putih – 1/2 sudu kecil garam * segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. * Sebetulnya kuah colek akan menyerlah rasa manis.
Tambahkan 1 senduk asam jawa. Juga 1 sudu besar cuka.
Seterusnya reneh kuah colek dalam api perlahan. Biarkan sehingga kuah memekat kira-kira 1 jam. * terpulang kepada kepekatan yang diingini
Kuah colek yang siap memekat.
Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur
Stok colek yang disejukkan perlu dimasukkan dalam bekas bertutup rapat. Masukkan dalam peti ais untuk kesegaran yang lebih lama. Selamat mencuba!
Betul-betul kaww!
Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.
Peminat buah-buahan tempatan pasti suka makan buah tersebut bersama colek. Salah satu colek yang sedap adalah serbuk colek versi Thailand. Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Sememangnya sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!
SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
6-7 ulas bawang puteh *
5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
5-8 biji cili padi merah*
1/3 cawan air
3/4 cawan cuka
1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!