Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera dan jiwa si pemakan.. Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Ads
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
Ads
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
TAMBAHAN HIASAN :
Tomato biji
Kacang peas
Ads
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: itisrajjah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ramai teruja membeli petai bila melihat yang segar dan ‘bermata’ besar. Terus beli dalam jumlah banyak untuk dijadikan stok.
Tapi pastikan cara simpan petai ini betul supaya tahan lama dan kekal segar. Jika ikut perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasisi ini, petai yang disimpan tetap segar macam baru kupas walaupun dah lebih sebulan dalam peti. Ini caranya.
Tip simpan petai supaya tahan lama dan kekal segar macam baru kupas
Kupaslah petai satu demi satu. Belas mata petai supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
2. Buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai.
3. Masukkan dalam plastik kecil, bahagikan setiap plastik sekali masak.
5. Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen.
6. Petai akan membeku, kalau tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Gulai lemak pisang muda memang lauk yang enak tapi tak ramai yang tahu menyediakan lauk ini terutama kalangan anak muda.
Bagi yang ingin belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman. Menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang ada beberapa tip dikongsi termasuklah cara memotong pisang.
Resipi gulai lemak pisang muda dengan ikan masin
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
Cara memasak
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
Cara buat kuih kalakatar atau bingka kelapa. Merupakan hidangan tradisi masyarakat Banjar, kuih ini terkenal dengan rasa lemak manis, tekstur lembut dan aroma wangi...