Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
.
Jangan Cuci
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.
.
Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
.
Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Taugeh selalu kita gunakan sebagai bahan pelengkap dalam masakan berasaskan sup atau kuah soto. Sebenarnya korang boleh je tanam sendiri taugeh ni. Senang je. Guna tuala good morning.
Cara membuat
1. Ambil 5 genggam kacang hijau rendam selama 10 jam. Rendam malam. Pagi boleh terus buat.
2. Toskan airnya.
3. Guna periuk pengukus yang lubang-lubang tu, alaskan dengan tuala good morning.
4. Taburkan kacang hijau yang direndam tadi. Kemudian tutupkan dengan lebihan tuala good morning yang sama.
5. Selepas itu baru siram air atas kacang yang ditutup dengan tuala tadi.
6. Last sekali tutup dengan penutup periuk pula. Kemudian simpan.
Tip
1. Jangan lupa siram kacang 3 kali sehari. Jangan sampai kacang kering.
2. Lebihan air siraman di bahagian bawah pengukus tersebut sentiasa dibuang untuk elak taugeh rosak.
3. Simpan di tempat gelap jangan terkena sinaran matahari selama 3 hari.
Pantang Larang
1. Jangan dibelek-belek, cuit-cuit, selak-selak dan tenung-tenung.
2. Lepas setiap siraman terus simpan balik hinggalah masa menuai.
Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.