
Taugeh selalu kita gunakan sebagai bahan pelengkap dalam masakan berasaskan sup atau kuah soto. Sebenarnya korang boleh je tanam sendiri taugeh ni. Senang je. Guna tuala good morning.
TAUGEH HOMEMADE
Cara membuat
1. Ambil 5 genggam kacang hijau rendam selama 10 jam. Rendam malam. Pagi boleh terus buat.
2. Toskan airnya.
3. Guna periuk pengukus yang lubang-lubang tu, alaskan dengan tuala good morning.
4. Taburkan kacang hijau yang direndam tadi. Kemudian tutupkan dengan lebihan tuala good morning yang sama.
5. Selepas itu baru siram air atas kacang yang ditutup dengan tuala tadi.
6. Last sekali tutup dengan penutup periuk pula. Kemudian simpan.
Tip
1. Jangan lupa siram kacang 3 kali sehari. Jangan sampai kacang kering.
2. Lebihan air siraman di bahagian bawah pengukus tersebut sentiasa dibuang untuk elak taugeh rosak.
3. Simpan di tempat gelap jangan terkena sinaran matahari selama 3 hari.
Pantang Larang
1. Jangan dibelek-belek, cuit-cuit, selak-selak dan tenung-tenung.
2. Lepas setiap siraman terus simpan balik hinggalah masa menuai.
Petua oleh Cahaya Byzura dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Makanan Berbau Menusuk Hidung…Tetapi Eh! Amat Disukai Masyarakat Setempat.

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah makanan tu mungkin dianggap busuk oleh orang lain. Menusuk hidung dan dianggap kurang menyenangkan. Tetapi eh! Jangan terkejut yang dianggap busuk tu lah yang dianggap bau yang menarik selera oleh masyarakat negara lain
Benarlah kata orang benar lain orang lain seleranya, begitu juga lain negara berbeza citarasa masyarakat tempatannya. Jika kita mengangap bau makanan itu tidak menyenangkan tetapi bagi masyarakat lain ia menjadi sajian dan aromanya boleh membuatkan mereka terliur.
Contohnya di negara kita sendiri durian, budu, dan pekasam mungkin menyebabkan masyarakat luar negara terutamanya barat tak tahan dengan baunya yang dianggap busuk. Tetapi bagi kita sedap aje bau dan rasanya. Jom tengok apa makanan berbau ‘busuk’ yang ada kat dunia ini.
1. TAUHU BERBAU (STINKY TOFU)

Sepadan dengan namanya ‘stinky’ sajian ini adalah tahu yang sangat berbau. Tetapi inilah hidangan yang sangat terkenal dijual di gerai dan pasar malam di negara China. Ia adalah tauhu segar yang mengandungi air garam, susu yang ditapai, daging dan sayuran. Air garam yang dituangkan menyebabkan ia menjadi berbau. Eh ! jangan hairan sebab makin kuat bau ia makin disukai oleh masyarakat di China.
2. SUSTROMMING

Melihat rupanya sahaja sudah menghilangkan selera kita, tetapi ikan hering yang diawetkan ini adalah makanan kegemaran rakyat Sweeden utara. Mereka membuat penapaian pada ikan herring selama beberapa bulan. Ia biasanya ditinkan, dan apabila dibuka baunya seperti aroma telur busuk, cuka dan mentega tengik. Namun makanan ini sangat disukai sehinggakan ada muzium yang dibina khusus untuk sajian sustromming ini.
3. KIMCHI

Rakyat Korea amat menyukai makanan yang satu ini. Tidak lengkap sajian Korea tanpa Kimchi. Tetapi dek popularnya k-pop dan k-drama ia makin digemari di rantau Asia termasuklah negara kita. Kimchi adalah kubis yang melalui proses penapaian dan diperap dengan rencah. Baunya agak menyengat juga.
4. HAKARL

Daging ikan jerung yang ditapai ini adalah sajian lazat kesukaan masyarakat Iceland. Disebabkan sungguh sukar mendapati ikan ini maka ia diawetkan. Baunya memang ‘hancing; buat kita yang tak biasa dengannya. Iya, bau hancing tu datangnya dari air kencing ikan jerung yang menyalutinya hinggakan ia menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
5. KEJU EPOISSES DE BOURGOGNE

Inilah antara keju yang memiliki aroma yang busuk bagi setengah orang. Malah ia boleh membuatkan orang lain rasa mual dan pening kepala. Dek kerana baunya ini ia telah dilarang dari dibawa ke dalam pengangkuktan awam di Perancis. Keju ini mendapat gelaran Raja Keju.
6. RAKFISK

Tengok dari rupanya macam roti gulung atau sandwic. Nampak macam sedap tetapi sangat berbau. Rafisk adalah hidangan kegemaran warga Norwegia. Dibuat daripada ikan segara yang ditapai selama dua hingga tiga bulan. Malah semasa proses penapaian , ikan akan mengeluarkan cairan bau busuk.
7. TELUR MILENIUM (CENTURY EGG)

Telur ini pelik rupanya. Jika anda ingin cuba menikmatinya bersiap sedialah dengan baunya. Century egg adalah telur ayam, itik atau telur burung puyuh yang diawetkan. Telur ini dilumur dengan air teh, tanah liat, kapur , abu dan garam (menyamai telur masin). Kemudian telur ini akan disimpan selama tiga tahun. Hasilnya adalah telur berwarna kehijauan dan hitam yang boleh membuatkan kita merasa loya.
8. NATTO

Natto adalah sajian Jepun yang berupa kacang soya yang ditapai dan keadaanya berlendir. Ia biasa dimakan untuk sarapan atau diletak atas nasi, sushi atau ditambah ke dalam semangkuk mi. Sedikit sos berasaskan kicap dan ‘mustard’ China dimasukkan sebelum kacang soya dicampurkan dan dikacau yang menyebabkan buih timbul jadi berlendir dan ‘bertali’.
9. HONGEO HOE (IKAN PARI KOREA BUSUK)

Hongeo hoe atau disebut juga hongeo sashimi adalah ikan pari yang dah busuk di mana air kencingnya tersimpan di dalam isi ikan dan berubah menjadi ammonia. Sungguh bau ammonia yang tajam dan busuk tu. Walau pun penggemar makanan ini berbangga dengan keunikan rasanya tetapi mereka tetap juga menutupi dengan kimchi, perut khinzir masin dan makkeolli iaitu sejenis arak beras Korea.
Opah Ajar Masak Gulai Kari Tumis Darat, Guna 3 Teknik Jer! Lagi cepat dan Sedap…

‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis. Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.- Hasnita Shaari
CARA MEMASAK:
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Siap.
Kongsi resipi: Hasnita Shaari
Resipi Kari Ayam Pedas Sedap Tanpa Santan, Kuah Pekat Padu

Isi Kandungan
ToggleResipi kari ayam memang ada banyak versi. Tapi yang ini kari ayam tanpa santan. Lebih kurang macam kari mamak.
Agar lagi ‘kick’ kari ini dibuat pedas supaya kena dengan citarasa kita. Bagi yang nak cuba ini resipinya.
Resipi kari ayam pedas tanpa santan
Bahan-bahan
Ayam -dipotong
Daun kari
Rempah 3 sekawan -kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas
Serbuk cili (mengikut citarasa)
4 sudu kecil gula merah
½ sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
2/3 biji kentang -dipotong
1-2 biji cili besar -jika suka
1 biji tomato -jika suka
Bahan kisar
1½ biji bawang besar
1 ½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
12 tangkai cili kering -dibuang biji
Cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 3 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili serta sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.
5. Seterusnya masukkan gula merah, diikuti kentang. Masak hingga kentang empuk.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Ketika ini boleh masukkan cili besar dan tomato jika suka. Masak hingga gulai pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
TIP : Pastikan kari ini tak menggunakan banyak air supaya kuahnya pekat. Barulah rasanya sedap.
Kredit resipi & foto: Nursyazwani Mahmud
Baca Lagi: Resipi Kari Ayam Kentang Sedap Tanpa Guna Bawang Kisar