Greek Butter Cookies merupakan salah satu biskut yang boleh dihidangkan kepada para tetamu Hari Raya nanti. Menggunakan badam yang dicincang kasar dan dibakar serta taburan gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.
Rahsia biskut yang sedap tentuanya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.
Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu biskut yang popular adalah Biskut Samprit ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SAMPRIT CHIP
BAHAN-BAHAN:
1 buku mentega – kalau margerin 1 kilo tu bahagikan sahaja kepada 4 bahagian. Maknanya 1 bahagian tu 250gm
1 cawan gula ising – ayak
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dengan gula ising. Gaul guna spatula sampai sebati.
Satukan ketiga-tiga jenis tepung kemudian ayak ke dalam bekas berisi mentega tadi. Gaul sekali lagi hingga sekata.
Terap adunan menggunakan acuan semperit. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga biskut masak. ( waktu memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar)
Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas.
Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun. Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.
Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.
1.DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
50 gm tepung ubi | diayak
20 gm serbuk coklat | diayak
300 gm tepung jagung | diayak
50 gm tepung kastad | diayak
1 sudu teh perisa coklat
1 biji telur
Bahan hiasan : Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur, pukul rata. 3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh. 4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega. 5. Susun manik sebiji di atasnya. 6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
1 biji telur
350 gm tepung gandum | diayak
30 gm serbuk coklat | diayak
10 gm serbuk penaik | diayak
50 gm corn flakes | diramas
30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan : Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.. 3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut 4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar. 5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan. 6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
3.DYRA RAISIN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
200 gm mentega
100 gm gula perang
1biji telur
50 gm serbuk coklat | diayak
300 tepung gandum | diayak
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan : Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum. 4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis. 5. Adun menjadi doh lembut 6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar. 7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit. 8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
4. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
200 gm mentega
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
100 gm perang
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm coklat cip
1biji telur
Bahan hiasan :
Cip coklat secukupnya
Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK : 1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur. 2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata. 3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai. 4. Hiaskan dengan cip coklat. 5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit. 6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit
Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula perang. 2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum, 3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko. 4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh. 5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang 6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit 7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
INFO : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.
Tekak terasa pula nak makan kek. Kalau beli ada saja yang tidak kena rasanya. Boleh saja cuba resipi kek marjerin hanya gunakan lima bahan mudah ini. Dijamin terasa puas tatkala menikmatinya panas-panas. Lihat resipi yang dikongsi oleh Siti Sobri.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat manis
3 biji telur
*tambahan coklat cip
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.
4. Bakar oven 170 selama 40 minit.
5. Keluarkan dari acuan, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...