Sedapnya Bihun Sup perkongsian Cikgu Afy Al Habibini. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah. Bagi anda yang tercari-cari resipi bihun sup mudah, sedap dan mengenyangkan, resipi ni antara yang boleh dicuba. Rupanya ada petua untuk menikmati semangkuk bihun sup yang enak. Selain penggunaan bahan-bahan yang berkualiti, ada penambah rasa sampingan yang perlu anda tambah. Pastikan ada sambal kicap. Ha..Barulah lebih nikmat. Resipinya juga ada di bawah ya. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan sup, masukkan isi, kaki dan leher ayam ke dalam periuk. 2. Penuhkan air dan masukkan sup bunjut. Biar kuah mendidih perlahan. 3. Perasakan dengan kiub pati ayam serta garam secukupnya. 4. Bila kuah sudah berperisa dan masak sempurna, keluarkan isi ayam dan sup bunjut.
Ads
5. Panaskan minyak dan goreng isi ayam yang dikeluarkan tadi hingga kekuningan. Carik-carikkan isinya. Ketepikan.
6. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur bebola ikan. Angkat dan ketepikan. 7. Seterusnya, celur sawi seketika. Angkat dan rendam dalam air sejuk bagi mengekalkan warna serta kerangupannya. Toskan.
8. Kemudian celur bihun dalam air yang ditambah sedikit serbuk kunyit. Bila lembut, tapis airnya dan lalukan di bawah air. Toskan.
9. Untuk menikmati Bihun Sup, masukkan bihun, kuah dan lengkapkan dengan isi ayam, fishball serta sayur. Tabur dan sup serta bawang goreng. 10. Untuk rasa lebih sedap, nikmati Bihun Sup bersama Sambal Kicap dan perahan jus limau.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi hijau dan bawang putih seketika. Masukkan ke dalam bekas pengisar. 2. Tambahkan kicap lemak manis hingga menutupi paras cili padi dan bawang. 3. Masukkan juga sedikit kicap cair, kicap pekat, sedikit gula dan secubit garam. Kisar lumat. 4. Tuang dalam mangkuk dan nikmati bersama Bihun Sup.
Ni puding sagu lembut yang mudah dibuat. Resipi dari Fatin Damia atau Kakak Cantik ni memang cantik dipandang dan sedap dimakan. Simpan peti sejuk baru nyaman menikmatinya.
.
Enak berkrim dengan pengguna susu penuh krim, nak guna susu isian penuh pun sedap jugak.
CARA MEMASAKNYA : 1. Basuh dan rendam sagu lebih kurang 10 minit. Selepas 10 minit angkat dan rebus sagu sampai hilang putih. 2. Setelah sagu masak, toskan dan basuh sagu guna air yang mengalir untuk mengelakkan sagu bergumpal dan melekat. 3. Dalam periuk yang lain, masukkan susu, gula, agar agar dan garam. Masak sampai mendidih kemudian masukkan sagu tadi. 4. Masak lagi lebih kurang 2 minit kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur sedikit air. 5. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit, kemudian tutup api. 6. Tuang dalam loyang dan sejukkan sebelum dihidangkan.
Ini satu lagi resipi yang memang win dan kalau dimasak pasti makan bertambah-tambah. Tetapi kalau buat sambal ni, pastikan cili padi betul-betul masak supaya sambal tahan lebih lama. Anda boleh buat lebih dan gunakan sambal ini untuk resipi lain.
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan talapia sederhana besar } digoreng bersama garam dan kunyit. Ketepikan
20 biji cili api
10 batang cili hijau
2 biji bawang besar
2cm belacan
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, cili hijau, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan yang telah dikisar hingga garing dan masukkan bersama asam keping.
3. Tumis hingga bahan kisar garing dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Apabila sudah masak, tuang sambal berkenaan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
Sedapnya Ayam Goreng Belengas, resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan bila balik kerja atau dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah. Bak kata empunya resipi, makan kering-kering dengan petai dan sambal belacan, lagilah buka selera. Jadi bagi anda yang teringin nak makan Daging Goreng Belengas viral tu tapi tak boleh makan daging, cubalah resipi ni. Sama sedapnya. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
5 batang kacang panjang
1 biji bawang holland
1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong tadi. Kemudian gaul ayam dengan kunyit dan garam seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng ayam hingga garing.
3. Ketepikan ayam di pinggir kuali kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili yang siap dimayang. Biar layu sekejap.
5. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang.
7.Gaul-gaul sekejap. Jika suka rasa rangup Kacang Panjang, gaul sekejap sahaja kemudian tutup api.
8. Siap. Ayam Goreng Belengas sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.