Tahun Baru Cina Bakal menjelang tiba. Bagi yang meraikan apa menu yang anda ingin sediakan. Selain menu utama disediakan, menu dari sayuran jadi kemestian. Boleh buat menu ini, golden mushroom dengan brokoli pasti sekeluarga menyukainya.

Golden Mushroom Dengan Brokoli

Bahan-bahan:

1 brokoli, potong-potong dan bersihkan dengan rendam dalam air dengan sedikit garam dan kukuskan atau rebuskan dengan air dan sedikit minyak. Kemudian siramkan dengan air tapi untuk sejukkan supaya tak terlebih masak.

Cendawan cina yang hitam-rendam dan rebuskan dengan air sehingga lembut.

Cendawan bulat dalam tin( tak guna pun tak apa)

IKLAN

Sedikit bawang putih- cincang halus
Sedikit bawang merah- cincang halus

Sos
Stok air udang yang saya prepare sendiri, bila kopek udang, rebuskan kulit udang dan tapiskan untuk dapatkan air rebusannya.

2 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar sos tiram cendawan
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada sulah
Secubit gula (menggantikan ajinomoto)
Garam secukup rasa
Sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuahnya

Cara memasak:
1. Susunkan brokoli dalam pinggan.
2. Tumiskan bawang-bawang tadi.
3. Masukkan stok air rebusan udang yang cukup untuk buat kuahnya.
4. Masukkan bahan-bahan sos tadi dan gaul rata.
5. Masukkan cendawan dan masakkan lebih kurang 5 minit dan tuangkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Pastikan kuah cukup unutk tuangkan ke atas sayur brokoli juga. Dah siap.
6. Angkat cendawan terlebih dahulu dan susunkan di tengah-tengah brokoli, ambilkan kuah tadi dan siramkan ke atas sayur brokoli dan cendawan.

IKLAN

Kredit: Mary Teo Lee Na

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba

Memang Sedap. Resipi Popia Lapis Rangup Best Untuk Minum Petang

IKLAN

Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi

Resipi Kek Coklat Kukus. Ringkas, Lembut & Sangat Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=GlUGjFe3bIU

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI