Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
Ads
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
.
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
.
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan
.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Masakan Thai sering menjadi pilihan tatkala menjamu selera di restoran mahupun kafe. Sebenarnya, hidangan restoran ni tidak susah untuk dimasak. Malah anda sendiri boleh sediakan secara homemade untuk dinikmati oleh ahli keluarga. Jom cuba.
UDANG MENTEGA THAI
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz XL | bersih dan toskan
100gm mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
200gm susu cair
1 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan udang goreng, gaulkan udang dengan sedikit tepung dan garam.
Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga garing. Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pula daun kari, diikuti susu cair dan tepung jagung. Kacau hingga mendidih.
Perasakan dengan garam.
Tutup api dan tuangkan di atas udang goreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sotong juga enak dimasak dengan resipi ini.
Tak lengkap kalau tak ada sambal dalan hidangan masakan tengahari. Tengok Chef Adzha berkongsi resipinya buat sambal durian goreng ala Sarawak. Kalau ada lebihan durian bolehlah cuba resipi ni mesti sedap dan berbau harum! Cubalah…
RESIPI SAMBAL DURIAN GORENG
Bahan-Bahan:
10 biji cili api
2 biji bawang besar
6 ulas durian
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menumis)
Cara Membuat:
Panaskan minyak, masukkan bawang & cili yang di potong,
Setelah bawang hampir garing(warna kekuningan) masukkan isi durian,
Masukkan gula serta garam secukup rasa kemudian goreng durian sehingga durian tampak garing. Bolehlah dihidang.