Nak masak Garlic Chili Oil tidak sukar. Tak sampai 10 minit dah siap. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar.
Sedap untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah dengan dumpling. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Garlic Chili Oil Homemade
Bahan-bahan:
2 sudu besar chili flakes (Chili flakes yang diguna ini, chili flakes korea (Gochugaru).Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan
Ads
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Cara membuat:
1.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2.Masukkan dahulu 4 sekawan.
3.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.
4.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
5.Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Ads
6.Siap.
7.Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes.
8.Chili oil makan dengan bubur kosong memang sedap.
Buat peminat sambal, pasti gembira dengan koleksi lima resipi sambal yang dikongsi cikgu Afy AL Habibi ini.
Cukup lengkap dengan rasa, pedas pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur dengan lima menu sambal ini.
Tapi jangan tak tahu, sambal pun kena simpan dengan cara yang betul juga agar dapat bertahan lama. Silap haribulan, boleh rosak pula.
Jom kita tengok resipi sambal yang ada. Ada lima sambal kesemuanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah + hijau – beli online di sini 3 sudu besar cuka – beli online di sini 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar gula Secubit dua ajinomoto Sedikit air masak *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong) *1/4 bawang Holland – beli online di sini *1 biji tomato saiz kecil *1 ulas bawang putih – beli online di sini *2 inci belacan – beli online di sini (bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
CARA-CARA:
1.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. 2. Kemudian, tambahkan cuka, garam, gula, ajinomoto dan sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat) * kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri* 3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap! Betul-betul sedap!
IBU SAMBAL KICAP MABELESS
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau 8 ulas bawang putih 1/2 genggam kismis 3 sudu besar bawang goreng – beli online di sini Kicap (boleh guna apa jenama tapi saya guna Jalen lemak manis)
CARA-CARA:
1. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama; goreng seketika cili padi dan bawang putih di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. 2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. 3. Tambahkan kicap. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 4. Saya tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, saya tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa. 6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu. 7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama: *masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.* *kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
BAHAN-BAHAN:
20 batang cili merah – beli online di sini 1 genggam cili padi merah + hijau 1/2 biji bawang holland 2 biji bawang merah saiz bola pingpong 4 ulas bawang putih 2 biji tomato kecil 2 genggam kecil ikan bilis – beli online di sini 1 sudu kecil udang kering – beli online di sini 1/2 inci belacan
CARA-CARA:
1. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain. 2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. *simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini* 3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing. 4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan. 5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. 6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya. *Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer. *Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti. *Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu* Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*. Nak makan baru letak.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong 1 biji bawang besar Holland 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 1 inci belacan *Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. – beli online di sini *Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan; 5 biji limau kasturi – beli online di sini 2 biji limau nipis – beli online di sini *Perah jusnya. Asingkan biji 5 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili padi merah 1 1/2 gelas air asam jawa (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini* 1 sudu besar garam bukit – beli online di sini 1/2 sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar. 2. Tambahkan sekali air asam jawa, garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya. 3. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti. 6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan; ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah 2 sudu besar gula 3/4 sudu kecil garam (atau masukkan sikit-sikit) Kuantiti rasa boleh ditambah @ dikurangkan mengikut citarasa sendiri. 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender *boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
CARA-CARA:
1.Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. 2. Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat.
Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!
Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak! Cer cuba buat sendiri. Pasti anda kagum. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy, betul x?) kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.
2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni? Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih.
4.Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atu apa sahaja bahan yang kita mahu.
TIPS :
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.
Nota:
Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah di cincang, sedikit gaam dan parsley flake.
Apabila makan di restoran yang menyediakan menu ayam penyet, selain ayam goreng yang sedap tu, sambalnya turut menarik perhatian. Nak tahu macam mana buat sambal ayam penyet tu? Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
Bahan-bahan
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
Info
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...