Roti leper ini dikatakan berasal dari Italy. Ada pelbagai resipi focaccia ni, yang paling menonjol ialah Rosemary Focaccia. Bahagian atas roti ni boleh ditambah pelbagai bahan seperti hirisan buah zaitun, cincangan bawang putih, daun parsley/rosemary/thyme dan lain-lain. Hari ini Chef Sue kongsi cara buat dua jenis focaccia bread. Satu jenis yang agak gebu dan satu jenis lagi yang leper dan garing. Tapi dohnya adalah dari resipi yang sama. Roti ni sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Kalau tekak melayu, makanlah cicah kuah kari ke, sambal tumis ke atau cicah dalam kopi O panas .
FOCACCIA BREAD Bahan-bahan: 3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 1/3 cawan air suam (lukewarm) 1 cawan minyak zaitun 11grams yis kering-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan madu asli-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh garam halus
Cadangan bahan-bahan lain: Cincangan bawang putih Daun parsley kering/segar Daun Rosemary Minyak zaitun Hirisan buah zaitun hitam/hijau Flaky sea salt (jika suka)
Cara membuat: 1. Tuang air suam dalam mangkuk pengadun. Tabur yis kering dan kacau rata. Biarkan 5-10 minit hingga yis kembang/berbuih. 2. Masukkan minyak zaitun, madu asli, garam dan tepung gandum yang dah diayak ke dalam mangkuk pengadun berisi yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk. (8-10 minit medium speed). 3. Bulatkan doh, letak dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Rehatkan doh 45-60 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 4. Keluarkan doh dari mangkuk dan tumbuk-tumbuk untuk buang lebihan angin yang terperangkap.
IKLAN
5. Canaikan doh menjadi empat segi (bulat pun boleh) pada ketebalan yang diingini. Saya buat 2 jenis, satu tebal sedikit (lebih kurang 1 inci) & satu lagi sedikit leper (1/2 inci). Letakkan doh ke dalam dulang yang dah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.
6. Gunakan hujung jari dan tekan doh (tapi jangan tekan sampai berlubang) pada beberapa tempat dan rehatkan doh 15-20 minit.
7. Sapu permukaan doh dengan minyak zaitun secukupnya. Susun daun Rosemary dalam lubang-lubang tadi. Tabur daun parsley dan flaky sea salt. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti dalam cadangan). 8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga roti keperang-perangan. Potong roti dan hidangkan panas
Kalau anda pernah ke Terengganu dan merasai keenakan ikan goreng tepung di sana. Memang sedap, tiada tandingan! Sekarang, anda boleh buat sendiri di rumah kerana resipinya amat mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan asas dapur, anda pasti puas hati dengan hasilnya. Resipi ini dikongsi oleh Khaisar Azman menerusi akaun Facebook miliknya.
RESIPI IKAN GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto (optional)
Sebiji telur
Air
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan tepung beras, air kapur, kunyit, garam, ajinomoto, telur dan air ke dalam mangkuk. Gaulkan semua hingga sebati.
2. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Tambahkan air atau tepung jika perlu.
3. Salutkan ikan yang telah dicuci bersih ke dalam adunan tepung sehingga seluruh ikan telah disaluti.
4. Masukkan ikan yang telah bersalut tepung ke dalam kuali berisi minyak panas.
5. Gorengkan ikan sehingga kuning keemasan dan garing di luar.
6. Angkat ikan daripada kuali. Siap! Ikan goreng tepung sedia untuk dihidang.
Jika anda sedang mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, klik DISINI.
Selepas makan malam teringin pula yang manis-manis. Sekali makan pot cheese tart ni memang puas rasa.Pasti tak cukup sebiji. Boleh ikut resipi ni kalau nak mencuba.
Pot Cheese Tart
Bahan-bahan cream:
300g cream cheese
20g gula aising
20g telur
Cara membuat:
1.Pukul cream cheese yang baru keluar dari peti guna padle sauh.Dah hancur dan agak pecah-pecah, ganti mata mixer sanggul masukkan gula.Pukul sebati.
2.Masukkan telur (kaup balik sahaja) * kalau nak tambah perahan lemon sikit ke dalam pun boleh.
3.Masuk piping beg yang dah letak nozel,paipkan dalam pot tadi.Susun dalam tray
Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freezer ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
½ bahagian mi *mi telur kerinting
3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan susu cair
1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Serbuk perasa stok cendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
2. Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
3. Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
4. Masukkan mi dan kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
6. Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan
Kredit : FB :Resep Makanan
OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan minyak sayur
1 ulas bawang putih | dicincang
30gm bawang Bombay | dicincang
200gm daging lembu | dicincang
100gm terung ungu | dipotong
1 biji tomato | dibelah-belah
1 sudu teh daun parsli | dicincang
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur | dipukul hingga berbuih
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.
FB : kumpulan resep masakan
OMELET TELUR TAUHU
BAHAN-BAHAN :
4 keping tahu | dihancurkan
5 biji telur, ukuran besar | dipukul
1/3 cendawan telinga kera (hitam)
5 biji cendawan butang | dihiris
2 tangkai daun bawang | dicincang
3 biji cili merah besar | dihiris
3 biji cili hijau besar | dicincang
4 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK :
Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.