Buat roti bakar, itu dah biasa. Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap, iaitu roti butut bakar mok ‘rare’!
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.
Malah resipi ini mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.
ROTI BUTUT BAKAR MOK ‘RARE’
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti butut/roti benggali Marjerin (saya guna Seri Pelangi sebab bau roti akan wangi berganda) – beli online di sini 2 biji telur Seri kaya/jem/susu pekat untuk sapuan (saya guna susu pekat sebab rasa lagi sedap) – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. Betul, saya dah cuba. Potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.
2. Sapu marjerin tu di kedua-dua belah roti ya. 3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau-kacau. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.
Menu apa yang ‘mari’ petang begini? Buat rotipun best juga ni. Tapi kalau buat roti kosong macam bosan, apa kata kita tambah perisa dengan buat roti garlic. Roti ni bila dah letak mozzarella, makan panas-panas dengan keju yang boleh tarik panjang, memang sempurna rasa.
ROTI GARLIC Untuk doh: Bancuh bahan di bawah dalam satu bekas. 80ml susu cair BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur 1 sudu teh bread softener (kalau tak ada abaikan)-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu teh gula 1 sudu teh yis mauripan BELI ONLINE DI SINI Kacau hingga gula larut dan tutup sekejap supaya yis membuih
Dalam mangkuk, masukkan 210gm tepung high protein ½ sudu teh garam Aduk sekejap.Masukkan bahan yis.Tuang sedikit demi sedikit dan uli. Campur sedikit air suam dan uli lagi. Bila doh dah terkumpul semua,masukkan 25g margerin dan terus uli hingga jadi doh yang tak lembut Perap sekejap-10 minit Keluarkan dari mangkuk ,ambil papan canai dan canaikan Bentuk bulat. Tutup dan diamkan dalam 15minit lagi. Bila doh dah naik tekan sikit dengan jari. Kemudian potongkan berbentuk 4 segi
Untuk bahan sapuan atas doh: 20gm margerin 2 biji bawang putih- tumbuk halus 1 biji kuning telur 1 sudu besar daun sup-potong halus 1 sudu besar madu
1.Gaul semua hingga sebati dan sapu atas doh hingga rata. 2.Potong mozzarella nipis-nipis Selit dekat celah-celah bahagian doh. 3.Tabur parsli kemudian terus masuk oven. 4.Panaskan oven 180 selama 25minit. 5.Siap untuk dihidang.
Siapa kata buat roti susah, lagi-lagi kalau ada mesin pembuat roti. Yang penting ada resipi dan bahan-bahan boleh buat sendiri . Nak pedas atau manis, apa kata korang cuba resipi mudah yang RASA kongsikan ini. Roti Inti Kari Ayam Kentang, rasa sedap dan rotinya gebu.
ROTI INTI KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga menjadi doh sekata. Untuk memastikan doh cukup uli, ambil sedikit doh dan pastikan ia boleh direngangkan sehingga menghasilkan lapisan nipis.Keluarkan doh dan bahagikan kepada 60gm setiap satu.
Bulat-bulatkan dalam gengaman longgar, kemudia rehatkan lima minit supaya permukaan doh menjadi licin.
Canaikan doh ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan lapisan bujur.
Masukkan inti menggunakan sudu ke atas doh.
Perlahan-lahan cantumkan bahagian tepi doh dan klimkannya supaya inti tidak terkeluar.
Letakkan doh yang telah siap berinti dalam ring daun pandan yang telah disediakan awal.Tekan doh supaya mengikut bentuk ring pandan. Biarkan doh kembang tiga kali ganda.
Spray dengan air doh yang telah kembang, kemudian taburkan bijan di atas permukaan.
warna perang keemasan.
Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI OVEN ATAU KETUHAR UNTUK MEMBAKAR ROTI, JOM LAYARI DI SINI.
Asam Rebus Daging yang masam pedas menyengat dengan aroma daun kesum memang padu dimakan bersama nasi panas. Resepi kampung simple tetapi cukup membuka selera.