Hari ni anak-anak request nak makan fish & chip. Jadi tak perlu nak order foodpanda atau makan di luar. Kalau nak puas makan lebih baik masak sendiri. Lengkap dengan sosnya sekali.
Fish n chip with cheezy black pepper sauce Bahan-bahan: Isi ikan dory Tepung beras- BELI ONLINE DI SINI Tepung gandum Garam Gula Serbuk cili Serbuk rempah daging-BELI ONLINE DI SINI Serbuk roti (bread crumb)-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Bancuhkan kesemua bahan di atas kecuali serbuk roti.
2.Celup isi ikan dalam adunan tersebut.
Ads
3.Kemudian salutkan dengan serbuk roti. 4.Goreng sampai masak.
Ads
Bahan sos cheezy: 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 3 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar lada hitam 1 kiub pati ayam Air secukupnya Garam 1 sudu kecil Mix herb 2 keping keju cedar Sedikit pewarna kuning makanan.just nak bagi cantik jer . Cara buat sos: 1.(Tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing) 2.Masukkan tepung gandum. 3.Goreng sampai nampak garing 4.Masukkan air. 5.Tambahkan lada hitam 6.Kemudian masukkan keju cedar. 7.Masukkan kiub pati ayam. 8.Perasakan dengan garam. 9.Tambahkan 1 sudu kecil mix herb 10.Masak sampai agak pekat. 11.Kalau terlalu pekat boleh tambah air. 12.Setelah masak,masukkan dalam blender dan kisar sos tadi. Siap untuk dihidang. Sos ini sesuai makan dengan jejari kentang @ mash potato@wedges.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air,
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Sebut saja Daging Masak Hitam orang Sarawak, memang sedap sesangat, tambah pulak dengan Rendang Jering ala Perak. Memang boleh makan berpinggan-pinggan.Walaupun perlu sedikit masa memasaknya tapi hasilnya sangat menguja selera , tambah dengan Udang Berlado, tiga menu ini Bersatu untuk menu kenduri memang sedap, tetamu mesti puas sangat ye.
daging hitam.
DAGING MASAK HITAM GULA APONG BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
3. Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
4. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
5. Kacau rata hingga air daging kering.
6. Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
7. Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
8 Daging masak hitam sedia dihidangkan.
Rendang jering.
RENDANG JERING BAHAN-BAHAN:
1kg jering | rebus
1/2kg daging | hiris nipis dan kecil
1 litter santan pekat
4 sudu makan kerisik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili serbuk
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
4 batang serai
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panas minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau rata dan biarkan hingga air daging keluar dan kering.
3. Tambahkan serbuk cili, gaul rata dan masukkan santan.
4. Setelah daging empuk masukkan jering yang telah direbus.
5.Kacau lagi dan masukkan kerisik.
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
7. Setelah kuah pekat, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
8. Rendang jering sedia dihidangkan.
udang.
UDANG BERLADO BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam ahalus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga wangi dan pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa dan garing, tutup api dan masukkan udang yang telah digireng tadi.
7. Gaul rata dan undang sedia dihidangkan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!