Mudahnya buat bebola ikan homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Lada Bilis extra pedas perkongsian saudari Sis Siska ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi siam, cili hijau dan tomato ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak serta bilis goreng. Memang nikmat tak terkata. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1.Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan hingga agak hampir garing. Angkat.
2. Kisar kasar bersama ikan bilis yang telah digoreng tadi.
3. Panaskan minyak yang agak banyak, tumis bahan kisar tadi.
4. Tambahkan garam, gula, sedikit sos tiram dan cukup rasa dengan secukupnya. Rasa dan tambah perasa hingga menepati citarasa.
Ada sotong di rumah? Apa kata buat Sotong Kam Heong yang sedap sesangat ni. Resipi ini disediakan oleh usahawan masakan Thailand yang sememangnya pandai memasak dan menggemari masakan negara tersebut.
Jom kita lihat cara memasak Sotong Kam Heong ini.
BAHAN-BAHAN
BAHAN CENCANG HALUS
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih (dalam gambar 6 sebab kecil)
1 labu bawang besar/holand
2 inci halia
(Semua dicincang halus)
BAHAN LAIN
6 tangkai cili padi
2 tangkai daun kari
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit garam dan serbuk perasa
3 ekor sotong
BAHAN PES
2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
Campur semua bahan dalam satu mangkuk.
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak masak anggaran 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicencang halus.
Selepas sudah kekuningan, masukkan daun kari. Kemudian, masukkan cili api.
Selepas naik bau harum, tuangkan bahan pes serbuk kari, sos tiram dan kicap tadi. Kacau selalu.
Masak sampai pecah minyak gini.
Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.
Masuk sotong. Kacau lagi.
Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.
Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera.
Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.
Masakan tomyam memang menjadi pilihan bila pergi makan di restoran. Tapi boleh ke nak buat rasa tomyam sama macam di kedai?
Boleh buat pes tomyam homemade sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsi Myss Deen ini. Senang bila nak masak, terus guna dan masak.
Menurut Myss Deen, pes tomyam homemade ini sesuai untuk digunakan bagi masakan bergoreng lain seperti bihun, sayurm nasi, ikan dan lain-lain.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN (DIKISAR):
½ cawan minyak masak (digunakan untuk menggoreng bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan bahan-bahan bertanda **) – beli online di sini **Cili kering (RM3) | dibelah 2 untuk buang biji, cuci dan toskan – beli online di sini **20 biji cili merah segar – beli online di sini **6 biji bawang merah besar (guna bawang kecil pun boleh tapi letak banyak) – beli online di sini **2 biji besar bawang Holland | belah 8 – beli online di sini ** 5 pokok ketumbar | keratan pangkal batang dan akar ** Halia sebesar ibu jari – beli online di sini **Lengkuas sebesar ibu jari – beli online di sini **2 labu bawang putih – beli online di sini ** 8 batang serai gemuk | hiris kasar – beli online di sini 15 helai daun limau purut (dikira bercantum) | dibuang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit (daun saya lebar-lebar) 1 sudu besar belacan (lebih sikit pun okay) | disangai/bakar – beli online di sini
(KESEMUA bahan di atas dikisar tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng tu je)
1 mangkuk saiz sup ikan bilis kering | dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus – beli online di sini 1 mangkuk saiz sup udang udang kering | dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus – beli online di sini 4-6 sudu besar gula Thai (boleh juga guna gula lain) 1 bekas penuh pes asam jawa – beli online di sini 1 – 1½ cawan sos ikan (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk) – beli online di sini 2 ketul kiub ayam (jika suka) – beli online di sini 2 biji limau nipis (ambil jusnya) – beli online di sini
CARA MASAK:
1. Kesemua bahan di atas dimasak dalam kuali hingga betul-betul naik minyak dan berbau wangi dan warna berubah gelap. Rajin-rajinlah gaul balikkan dengan api sederhana. 2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula thai, sos ikan, kiub ayam dan jus limau nipis.