Bila kita buat donut, mesti kita akan pelembut roti untuk bagi donut lembut dan gebu. Nah, kali ini apa kata kita kongsikan resipi donut susu yang sedap tanpa guna pelembut roti tapi tetap lembut sampai ke petang.
Resipi yang dikongsikan Nurul Ijlah ini, memang mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Boleh juga gunakan resipi untuk jualan secara kecil-kecilan.
DONUT SUSU TANPA PELEMBUT ROTI
BAHAN-BAHAN:
Ads
250g tepung high protein 1 biji kuning telur 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama) 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream 40g gula 30g mentega 2-3g yis
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Dapatkan Ogawa iReflex Foot Massager dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker. 2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
3. 10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh. 4. Dah uli, boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
5. Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan. 6. Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal. Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.
Ads
7. Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Sesekali, tekak tak rasa nak makan nasi. Teringin nak makan pasta. Apa kata kali ni buat fettucini sotong. Letak keju pulak tu. Sedap tak terkata weh. Hidangan ini bolehlah dikatakan sebagai makanan barat yang sedap dan ramai orang tempatan suka. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri. Puas makan.
FETTUCINI CARBONARA SOTONG BERKEJU
BAHAN-BAHAN
Fettucini (rebus, tos dan ketepikan)
1/2 cawan cusu cair
1/2 cawan susu full cream
Krim masakan
3 biji cendawan butang
5 ulas bawang putih
Sedikit keju parmesan
5 tangkai cili padi
5 ekor sotong (potong bulat)
2 sudu besar minyak zaitun
Lada putih
Daun pasley
5 biji tomato ceri
Brokoli
Stok ayam
Gula secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Daun ketumbar
1/2 biji capsicum
CARA MEMBUAT
1. Rebus fettucini, tos dan ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih.
3. Masukkan sotong. Masak seketika.
4. Masukkan susu cair dan susu full cream. Tunggu mendidih.
5. Masukkan krim, garam, gula, cendawan butang, cili padi dan keju parmesan.
6. Masukkan lada putih dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
7. Masukkan stok ayam, capsicum dan daun ketumbar. Biarkan seketika. Matikan api.
8. Letak fettucini dalam pinggan. Tuangkan sos.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.
Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata pedas sebaliknya diimbangi rasa manis serta rempah yang wangi terutama sekali dari daun kari. Boleh hidangkan dengan nasi putih mahupun nasi minyak. Dua-dua sedap.
Resipi sambal ayam daun kari
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil (20 ketul)
Garam & serbuk kunyit secukupnya (untuk perap)
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
25 tangkai cili kering (atau lebih jika suka pedas)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar jintan manisS
Bahan tumis & perasa
2 batang serai – dititik
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat karamel (optional, untuk warna & rasa)
Sedikit air asam jawa
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
2–3 tangkai daun kari
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Cara memasak ayam sambal daun kari
1. Basuh ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga kekuningan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan kisar hingga halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan serai titik, sos cili, sos tiram dan kicap karamel. Kacau sebati.
4. Tambah sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
5. Masukkan daun kari dan ayam goreng tadi. Gaul hingga sebati dan kuah menyerap.
6. Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api. Siap untuk dihidang!
Tip Ekstra
Nak sambal lebih pekat, tambah sedikit lagi cili kering atau masak lama sikit hingga kuah berkilat.
Nak pedas berapi, masukkan 5–10 biji cili padi semasa kisar bahan.
Lebih wangi, gunakan daun kari segar dan tumis hingga garing sedikit sebelum masukkan ayam.
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.