Menonton teasernya sahaja sudah cukup membuat jantung berdegup kencang! Tombiruo: Penunggu Rimba adalah filem yang diadaptasikan menerusi naskah novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid pastinya antara filem wajib tonton tahun ini. Bakal menemui penonton bermula 12 Oktober nanti, filem yang diterajui oleh Zul Ariffin ini pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini.
Disebalik karya yang agung, pastinya ada pengorbanan yang terpaksa ditanggung. Begitulah yang dirasai oleh Zul Ariffin bagi menjiwai watak Tombiruo atau Ejim. Menurut Zul lagi, bukan mudah untuk dirinya untuk menggalas dan menzahirkan watak ini. Walaupun watak Ejim tidak menuntutnya untuk menghafal dialog yang banyak, namun cabarannya adalah dari segi mendapatkan bentuk badan dan tona kulit yang sesuai dengan watak.
Ads
Malah, untuk watak ini juga Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan yang asalnya 90kg kepada 77kg hanya dalam masa lima minggu. Wow! Tapi percayalah, menurunkan berat badan tidak semudah menaikkan berat lebih-lebih lagi jika ia terpaksa dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,” ujar Zul.
Selain terpaksa melakukan diet ekstrim, ada pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelakon ini termasuklah mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri demi menghidupkan watak Tombiruo. Bagi para peminat tegar Ramlee Awang Murshid yang mengikuti cerita ini menerusi novel, inilah saatnya untuk anda rasai letusan adrenalin luar biasa dengan menonton Tombiruo secara ‘live’ di depan mata anda. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan filem Tumbiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober ini di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Lapisan Pâtisserie (Lapisan) membuka cawangan pertamanya di Mid Valley Megamall. Setiap pastri dan kek petit dibuat dengan indah.Dari suapan pertama hingga suapan terakhir, pengunjung akan terpesona dengan tekstur halus, rasa yang seimbang dan rupa yang menarik.
“Kami sangat teruja untuk membawa Lapisan Pâtisserie ke Mid Valley Megamall.Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan lebih daripada sekadar pastri, tetapi pengalaman masakan yang tidak dapat dilupakan yang menggembirakan deria dan emosi,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan di Lapisan Pâtisserie.
Kemunculan pertama Lapisan di Centre Court, Lower Ground Floor of Mid Valley Megamall merupakan peristiwa penting dalam perjalanan Lapisan. Ia merupakan batu loncatan dalam membawa patisserie Perancis bertaraf dunia kepada khalayak Malaysia.
Menu pastri di sini terdiri daripada pelbagai pilihan manis dan berperisa, bermula daripada pastri Perancis klasik kepada ciptaan kreatif yang menggabungkan bahan-bahan tempatan dengan teknik Perancis tradisional.
Wajib cuba jika datang ke sini ialah Honey Toast, roti susu bakar Lapisan yang disalut dengan madu, mentega,gula kasar dan karamel. Warna keemasan,rangup di luar, gebu di dalam, sungguh enak dinikmati.Sebagai alternatif, boleh pilih Strawberry Maritozzo, roti manis yang dibuat dengan mascarpone chantilly dan dihiasi dengan strawberi segar.Sekali makan pasti nak lagi.
Penggemar croissant jangan lepaskan peluang menikmati croissant di Lapisan kerana semuanya dibakar dengan sempurna, setiap gigitan pasti memberi kenikmatan.
Sarawak Pepper Chicken Croissant menjadi kegemaran ramai, dipenuhi dengan ayam lada hitam, bijan hitam dan mayonis lada hitam.
Peach Delight Danish dibuat dengan doh croissant, danish diisi dengan krim badam dan di atasnya dengan pic separuh berair. Kesenian tradisi pastri Perancis digabungkan secara harmoni dengan citarasa Malaysia yang meriah.
Lapisan Pâtisserie mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati seni pastri istimewa ini.Untuk maklumat lanjut, boleh layari instagram Lapisan.
Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawilyang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.
Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.
Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.
Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Biasanya ayam asak kicap akan ada kuahnya, tapi ada juga versi ayam masak kicap yang kering. Dimasak dengan dengan bahan tumisan, kicap serta beberapa rempah menjadikannya ia cukup enak. Satu lauk ini saja pun dah cukup sedap.