Sepanjang musim raya ni mesti korang kerap makan daging dan ayam kan. Jomlah kita hidang menu ikan pulak di musim raya ni. Tapi kalau tidak kena dengan gaya kita akan muak dengan resipi yang sama. Ubah gaya masakan dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan.

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

1. IKAN KERISI MASAK TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kerisi – saiz L
  • 2 sudu besar tauchu
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 biji cili merah – hiris
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 3sm halia – hiris
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan cili merah dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
  5. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.

INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

2. IKAN SIAKAP SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perap:

  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Mixed herbs
  • Daun Rosemary

 

Cara Perap:

  1. Perapkan ikan siakap  dengan bahan perapan.
  2. Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
  3. Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
  4. Letak atas pinggan dan ketepikan.

 

SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji bawang Holland- potong dadu
  • 1sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
  • 200ml susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk mixed herbs

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan  kuali non stick dengan api sederhana.
  2. Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
  3. Masukkan tepung kacau sebati.
  4.  Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
  5. Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
  6. Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.

INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.

IKLAN

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

3. KEPALA IKAN MERAH ASAM PEDAS SRI MERSING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepala ikan merah
  • 1/2ml air asam jawa
  • 3 biji bendi
  • 2 biji buah tomato | dibelah empat
  • 2 tangkai cili merah/hijau |dibelah dua
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai hiris
  • ½ inci belacan
  • 1 inci lengkuas hiris
  • 1inci kunyit hidup hiris

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak  di dalam periuk, tumis semua bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau perlahan hingga garing dan timbul minyak.
  3. Perlahan-lahan masukkan air asam jawa, bila mereneh masukkan kepala ikan dan daun limau purut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan cili merah atau hijau.
  6. Biarkan seketika, tutup api dan hidangan.

 

INFO CHEF: Asam pedas ini tidak menggunakan daun kesum seperti kebanyakan asam pedas.

 

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

IKLAN

4. IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 4  ulas bawang merah
  • 3-4 ulas  bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
  2. Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut  ikan cencaru sehingga penuh.
  3. Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.

 

INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.

 

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

5. IKAN TENGGIRI BAKAR PORTUGIS 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
  • 3 batang bendi | dihiris serong
  • Sedikit minyak bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan jus asam jawa
  • Aluminium foil  secukupnya
  • Sedikit daun pisang untuk mengalas ikan

 

IKLAN

BAHAN KISAR HALUS:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai|  hiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan| dihiris
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 cm hirisan lengkuas

 

CARA MEMASAK:

  1. Ikan tenggiri dicuci bersih dan diperap dengan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daun limau purut serta jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  4. Potong sedikit daun pisang dan letakkan di atas aluminium foil. Letakkan sedikit sambal dan sapu rata di atas daun pisang.
  5. Letakkan sedikit hirisan bunga kantan dan letakkan sekeping ikan di atasnya. Sapu sebelah atas ikan dengan sambal dan ditabur dengan lebihan bunga kantan dan bendi.
  6. Bungkus ikan tadi dengan kemas dan ulang kaedah sama dengan baki ikan sehingga habis.
  7. Bakar di dalam pemanggang ajaib dengan setiap bahagian dimasak selama lebih kurang 10 minit.
  8. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.

INFO CHEF: Untuk menyediakan minyak bawang putih, goreng  5 ulas bawang putih dicincang halus menggunakan ½ cawan minyak masak. Tapis minyak tersebut dan boleh digunakan dalam masakan.

Dah Puas Makan Daging ,Jom Cuba 6 Aneka Resipi Ikan Mudah

6. IKAN PERCIK GAYA KELANTAN 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung bersaiz besar
  • Sedikit serbuk kunyit dan garam
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan tepung jagung |dibancuh dengan air
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 biji bawang besar bersaiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 15 biji cili padi
  • 1 batang serai |dihiris halus
  • Secubit belacan

CARA MEMASAK:

  1. Ikan disiang, dicuci bersih dan di kelar-kelar sedikit. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar halus, asam gelugur dan santan. Kacau rata dan masak hingga berwap. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
  4. Panggang ikan tadi sehingga setengah masak. Kemudian lumur dengan kuah percik dan bakar lagi sehingga ikan masak. Ulang kaedah yang sama pada semua ikan sehingga habis.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan percik, boleh juga menggunakan ikan selar

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Resipi Asam Pedas Sedap Menyengat Untuk Hidangan Hujung Minggu Anda!

http://www.rasa.my/pejam-mata-je-ni-tumis-petai-dengan-ikan-bilis-cili-api-makan-sampai-licin/

Percayalah Bila Makan Asam Rebus Ikan Kunyit & Nenas Nasi Sepinggan Tak Akan Cukup

Buat Dulu Stok Pes Ikan Bakar. Senang Hanya Perlu Pilih Ikan Kegemaran & Bakar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI