Personaliti VIP kali ini adalah wanita dan usahawan butik pakaian Cindai dari Jitra, Kedah. Menariknya Muslimah bertubuh genit ini walaupun anak watan Kedah, namun seleranya cukup serasi dengan lauk pauk negeri Sembilan.
Bagi melazatkan lagi masak lemak cili padi, Datin AidaSuraini Ibrahim akan memasukkan daging atau ikan pekasam ke dalam lauk masakannya.
Dalam kesibukan perniagaannya, Datin Aidasuraini Ibrahim masih punya waktu memasak untuk suaminya Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail dan dua anak bujangnya.
“Bila dah masukkan daging pekasam, Datuk suka juga makan masak lemak cili padi sebab ada rasa masam-masam sedikit dari daging ni. Biasanya saya beli dalam kuantiti yang lebih kerana ia boleh disimpan dan tahan lama dalam peti sejuk.
Lebih istimewa daging pekasam buatan asli Kedah berjenama ‘Tanties’ ini ialah ia lebih lama tempoh menyimpannya rasanya menjadi lebih sedap,” ceritanya kepada RASA.
Nah…ni min kongsikan 2 resipi darinya :
KUAH LEMAK CILI PADI DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm@ sebungkus daging pekasam
4 biji bawang kecil
5 biji cili padi
1 biji kelapa | ambil santannya
1 sm kunyit hidup
15 ekor ikan bilis | ditumbuk *jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bawang kecil, cili padi dan kunyit hidup.
2. Kemudian didihkan adunan bawang ,cili padi dan kunyit tadi dengan sedikit air.
Ads
3. Selepas mendidih, masukkan santan.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa..Angkat selepas kuah mendidih.
5. Kemudian goreng daging pekasam.Selepas itu potong daging pekasam mengikut saiz dikehendaki.
6. Masukkan daging pekasam dalam mangkuk kemudian baru dituangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Mempunyai rasa pedas berlemak dan masam dari daging pekasam
Info :Daging pekasam dipotong selepas digoreng agar daging tidak pecah kala digoreng.Tumbuk 15- 20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lemak dan manis.
Ads
KACANG BOTOL GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
15 biji kacang botol
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah | jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK.
1. Potong kacang botol kecil atau menyerong
2. Tumbuk bawang besar, merah dan putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Tumis bahan bahan itu tadi dengan sedikit minyak.
4. Kemudian masukkan kacang botol dan masukkan garam dan kacau.Usah goreng lama.
5. Tutup api dan sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Ads
Waktu memasak : 5-10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Sayuran ulam
Keistimewaan :Sayur ulaman yang rangup.
Info : Kacang botol bukan sahaja sayur ulaman yang berkhasiat ia juga baik untuk kesihatan dan tinggi serat membantu penghadaman.
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER YANG MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG MAKANAN ,JOM LAYARINYA DI SINI.
JIKA INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG LAIN, BOLEH JUGA LAYARI DI SINI.
Beberapa hari lagi kaum India akan menyambut perayaan Deepavali. Tak salah juga jika kaum lain turut mengambil mood cuti perayaan ini dengan menghidangkan menu kari kambing yang sinonim kaum India untuk santapan sekeluarga.
Caranya dikongsi sendiri oleh Sheena Supramaniam. Bagusnya, beliau turut berkongsi cara yang dipraktikkan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing sebelum dimasak.
Cara buat kari kambing pekat, Indian style
1. Sediakan daging kambing lebih kurang 1kg – 1.5kg. Cara hilangkan bau hamis kambing; cuci dengan serbuk kunyit yang banyak. Cuci sebanyak empat kali.
2. Kisar 10 ulas bawang putih, halia saiz ibu jari 4 – 5 ketul, bawang kecil dalam 6 hingga 10 biji. Tambah cili hijau 2 tangkai waktu kisar.
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama jintan manis.
4. Masukkan daun kari dan tuang sekali bahan yang dikisar.
5. Bila naik bau, masukkan daging kambing.
6. Masukkan serbuk kunyit lebih kurang 1 sudu besar untuk 1kg to 1.5kg kambing.
7. Masukkan air, sukatan agak-agak sampai daging kambing tenggelam separuh. Kalau air dah kering tapi daging belum masak, boleh tambah air lagi kemudian.
8. Bila sudah mendidih masukkan tomato.
9. Alihkan dalam periuk dan tutup. Cara ini klasik dan cepat masak. Guna api sederhana, setiap 15-20 minit buka dan kacau. Selepas daging masak boleh ikut langkah seterusnya.
10. Masukkan serbuk kari ayam/daging dalam 3-5 sudu besar (boleh guna jenama Rajas, Alagappas atau Lingams). Masukkan juga serbuk cili ikut selera masing-masing.
11. Masukkan kentang diikuti dengan garam.
12. Kemudian akhir sekali masukkan lagi tomato. Tomato yang dimasuk awal tadi sudah hancur dan sebati dalam kari. Ia akan pekat dan beri rasa masam-masam dalam kuah. Tomato ini akan nampak bentuknya.
Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan 2.Loyang size 8 inci, sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit. 3.Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit. 4.Kalau ada wap air jatuh. terus lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih. 5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa. 6.Sedia dihidang.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi nasi goreng yang sesuai dimakan oleh golongan yang inginkan berat badan ideal. Lazimnya mereka ini mengawal pengambilan kalori. RASA tampilkan resipi daripada pengguna facebook dengan nama Kak Long Faizah.
Beliau memang mengamalkan diet pemakanan yang agak ketat demi mencapai berat badan ideal. Pengalaman sakit dan berat badan berlebihan membuatkan beliau lebih berhati-hati dengan pengambilan pemakanan. Jom cuba!
NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1 biji telur ayam
Sedikit minyak masak
1 ulas bawang merah
1 keping dada ayam (potong dadu)
1/2 cawan nasi putih
Secubit garam pink (BELI DI SINI)
Serbuk lada hitam (BELI DI SINI)
Serbuk cili (BELI DI SINI)
Sayur pak choy
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali masukkan telur dan masak hancur telur tersebut.
2. Masuk sedikit minyak masak dan tumis bawang bersama telur tadi.
3. Masukkan ayam. Biarkan ayam masak. Masukkan nasi. Kacau.
4. Masukkan garam, lada hitam dan serbuk cili.
4. Akhir sekali, masukkan sayur pakchoy. Kacau sekejap dan angkat.
NASI GORENG AYAM PEDAS CENCANG
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
1 keping dada ayam (kisar)
5 biji tomato ceri (kisar)
2-4 biji cili padi (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar) (BELI DI SINI)
1/2 batang lobak merah (hiris kecil)
1/2 cawan nasi putih
Secubit garam (BELI DI SINI)
Lada hitam (tumbuk) (BELI DI SINI)
4 pokok pak choy
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan dada ayam, tomato ceri, cili padi dan bawang putih. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan lobak merah. Kacau sekata.
2. Masukkan nasi putih, garam, lada hitam dan sayur pak choy. Kacau seketika. Matikan api dan sedia dihidang.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.