Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.

KUIH GETAS

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn air (atau secukupnya)
  • 1 sudu teh garam

Untuk sira gulanya

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air

CARA PENYEDIAAN

Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.

IKLAN

Kuih Getas Lemak Manis

Kuih Getas Lemak Manis

Bentukkan doh sebesar nugget

Kuih Getas Lemak Manis

IKLAN

Goreng dengan api sederhana.

Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.

Kuih Getas Lemak Manis

IKLAN

Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.

Kuih Getas Lemak Manis

Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.

Kredit resipi & foto: Yatteomar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI