Daging adalah satu jenis makanan yang sangat sedap. Namun, cara masaknya kena betul supaya daging lembut dan mudah dikunyah. Sebenarnya cara menghiris daging juga sangat penting supaya daging tidak liat.

RASA berikan resipi untuk membuat daging goreng berkicap yang gerenti sedap dan puas dimakan.

DAGING GORENG BERKICAP

Daging Goreng Berkicap, Confirm Sedap dan Puas Makan

BAHAN-BAHAN
500 gram daging
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
Cili padi secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Hiris daging secara melintang urat. Bukannya selari dengan urat. Basuh dan toskan.
2. Tumbuk bawang putih. Gaul daging dengan bawang putih dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak masak. Goreng daging seketika. Kemudian angkat dan ketepikan.
4. Baki minyak masak tadi, masukkan 1 sudu besar cili boh dan serbuk kari. Kacau seketika.
5. Masukkan bawang putih yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan daging. Kacau rata.
7. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
8. Masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi.
9. Masukkan cili padi. Kacau seketika. Matikan api. Boleh dihidangkan.

Tip: Masakan ini tidak memerlukan kicap manis terlalu banyak sehingga berkuah. Kicap manis cukup sekadar untuk menyaluti daging sahaja.

IKLAN

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI

IKLAN

KUIH KERIA MONTEL
https://www.rasa.my/resipi-kuih-keria-montel-budak-budak-gerenti-suka/

KUIH LIMAS, BUBUR KACANG HIJAU DAN KOKTEL
https://www.rasa.my/3-pencuci-mulut-sedap-untuk-minum-petang-tetap-diminati-sejak-dulu/

IKAN SIAKAP SOS THAI
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI