Ada lebihan nasi, daripada dibiarkan dan membazir, apa kata kita ubah menjadi cucur nasi pedas. Garing di luar, lembut di dalam. Bahan untuk membuatnya pun mudah sahaja.
Sedap dinikmati ketika sarapan atau minum petang. Buat idea menu berbuka puasa pun menarik juga. Menariknya, cucur nasi pedas ini tetap akan lembut walau telah lama digoreng.
Jom ikuti perkongsian Rossita Omar atau dikenali sebagai Tokma untuk menghasilkan Cucur Nasi Pedas yang elok bulatnya serta sedap ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk*
Air panas*
Garam (secukup rasa)*
Bawang merah (dihiris)
Ads
Cili api (dihiris)
Ikan bilis (digunting kecil-kecil)
Tepung gandum
Air
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan bertanda * hingga lumat.
Kemudian, campurkan hirisan bawang merah, cili api dan ikan bilis yang telah digunting kecil.
Gaul rata kesemuanya.
Setelah itu, masukkan tepung gandum secukupnya dan gaul hingga rata.
Adunan perlu pekat sedikit seperti di dalam gambar. Jika kurang tepung, adunan akan berderai ketika digoreng nanti.
Ads
Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Cucur ini akan rasa garing di luar, lembut di dalam. Ianya akan tetap lembut walau dah digoreng lama.
Jika nak tambahkan sayur-sayuran pun boleh untuk lebih sedap. Atau letakkan kiub pati ikan bilis atau pati kiub ayam pun lagi sedap. Boleh dipelbagaikan rasanya.
Untuk menggoreng, kerap basahkan tangan dan jemput adunan dengan jari dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali. Cara ini akan mendapat cucur yang comel saiznya dan bulat bentuknya. Tapi, berhati-hati jangan tercelup jari ke dalam minyak panas pula.
Biji-bijian yang asalnya adalah dari biji benih mempunyai segala khasiat mencukupi untuk ia tumbuh membesar menjadi tumbuh-tumbuhan. Jadi bila dijadikan makanan dan snek ringan memang penuh nutrisi.
Eloknya dipanggang atau disangai aje, jangan pula ditambah gula. Buat sendiri lagi terbaik, beli biji-bijian mentah buat sendiri, Dah tentu tak ada perasa, gula atau garam berlebihan. Barulah kekal khasiatnya.
Foto : nutritiouslife.com
Snek ringan ini memang kaya dengan sumber serat. Ia juga mengandungi asid lemak tak tepu iaitu asid lemak sihat monounsaturated dan lemak polyunsaturated serta banyak kandungan vitamin, mineral dan anti oksidan.
Ia boleh menjadi sebahagian amalan diet sihat terbaik yang dipercayai boleh mengurangkan paras gula darah, kolestrol dan tekanan darah. Jom semak 6 biji-bijian super sihat nih :
*RDI merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi untuk keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1. FLAXSEEDS ( Biji flaks )
Foto :paleobay.in/shop/flaxseed
Flaxseeds adalah sumber serat dan asid lemak omega 3 yang baik terutamanya asid alpha linolenic (ALA). Bagaimanapun asid lemak omega 3 ini hadir dalam kulit luar biji yang sukar dihadam oleh manusia. Cara terbaik eloknya dimakan flaxseed yang sudah dikisar (serbuk).
Flaxseeds juga mengandungi beberapa polyphenols berbeza terutamanya lignan yang bertindak sebagai anti oksidan di dalam tubuh.
Lignan seperti juga serat dan lemak omega 3 kesemuanya membantu mengurangkan kolestrol dan beberapa faktor risiko penyakit jantung. Kajian mendapati flaxseeds boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam badan.
Terdapat kajian yang menunjukkan ia boleh menurunkan tekanan darah jika dimakan setiap hari selama lebih dari 12 minggu. Khasiat lain ia juga dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser.
Lignan di dalam flakseeds juga mengandungi phytoestrogens yang mempunyai persamaan dengan hormon estrogen wanita jadi ia boleh mengurangkan pertumbuhan tumor kanser payu dara. Juga ia diyakini dapat mengurangkan paras gula darah dan mengurangkan risiko diabetis.
2. BIJI CHIA
Foto : thepioneerwoman.com
Pernah dengar biji chia. Anda boleh juga memasukkan dalam minuman. Kaya dengan serat dan omega 3 di samping nutrisi lain.
Seperti flaxseeds ia juga dikatakan mengandungi antioksidan penting polyphenols. Menariknya terdapat kajian yang menyatakan biji chia boleh meningkatkan paras ALA iaitu asid lemak omega 3 yang boleh menurunkan keradangan.
Biji Chia juga dipercayai dapat menurunkan paras gula darah. Biji chia yang sudah dikisar menjadi serbuk boleh dimakan sebaik selepas makan untuk menurunkan gula darah dengan lebih efektif.
Manfaat lain adalah ia boleh mengurangkan selera makan , baik untuk mereka yang berdiet. Dan boleh mengurangkan penyakit jantung.
Lebih mengagumkan biji chia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan akibat bahan kimia yang diambil oleh tubuh.
3. BIJI BIJAN
Foto : hgtv.com
Di negara barat dan Timur Tengah bijan dikenali sebagai tahini.
Setiap 28gm bijan mengandungi nutrisi :
Kalori : 160 Fiber/ serat : 3.3 gm Protein : 5gm Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu) : 5.3gm Omega 6 : 6gm ‘Copper’ : 57% daripada RDI Manganese : 34% daripada RDI Magnesium : 25 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga mengandungi banyak lignans, dan salah satunya disebut sesamin. Sebenarnya bijan adalah sumber terbaik lignans. Sesamin dalam bijan boleh bertukar menjadi sejenis lignan yang lain iaitu enterolactone oleh bakteria baik dalam usus. Ia bertindak seperti hormon seks estrogen yang berkait boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser payu dara.
Ada kajian yang menyatakan wanita pos-menopos yang memakan 50gm serbuk bijan setiap hari selama lima minggu dikatakan mengalami kadar penurunan kolestrol dalam darah dan meningkatkan status hormon seks.
Bijan juga dipercayai menurunkan keradangan dan ketegangan oksidatif termasuk arthritis dan kerosakan otot.
4. BIJI LABU
Foto : mymommystyle.com
Biji labu rasanya lemak manis memang jadi kegemaran. Tapi bukan yang putih tu ya, yang masin betul tu. Tu dah diproses
Ia sumber yang kaya dengan fosforus, lemak monounsaturated dan Omega 6.
Setiap 28gm biji labu mengandungi nutrisi :
Kalori : 151 Fiber : 1.7gm Protein : 7gm Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) : 4gm Lemak Omega 6 : 6gm Manganese : 42% daripada RDI Magnesium : 37% daripada RDI Fosforus : 33% daripada RDI
Biji labu adalah sumber yang baik mengandungi phytosterols yang boleh membantu menurunkan kolestrol darah.
Dikatakan mereka yang mengambil biji labu dan biji bunga matahari menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara. Dan juga mengurangkan risiko batu karang dengan menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing.
Kajian menunjukkan minyak biji labu boleh membantu memperbaiki simpton gangguan prostat dan pundi kencing. Di kalangan wanita post menopos pula baju labu juga dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL kolestrol (baik) dan mengatasi masalah simpon menopos.
5. BIJI BUNGA MATAHARI
Foto : vegetarian.lovetoknow.com
Biji bunga matahari mengandungi jumlah protein, lemak mounounsaturated, dan Vitamin E.
Setiap 28gm biji bunga matahari mengandungi nutrisi :
Kalori : 164 Fiber/serat : 2.4gm Protein : 5.8gm Lemak monounsaturared (lemak tak tepu) : 5.2gm Lemak Omega 6 : 6.4gm Vitamin E : 47% daripada RDI Manganese : 27% daripada RDI Magnesium : 23% daripada RDI
Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan penurunan keradangan di kalangan orang pertengahan usia dan warga emas. Bijian ini dikatakan boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Terdapat kajian yang mendapati memakan biji labu boleh mempengaruhi parass kolestrol darah di kalangan wanita post menopos yang mengalami diabetes tahap 2.
Didapati diet biji bunga matahari mengurangkan triglycerides di dalam darah lebih dari memakan badam. Bagaimana pun, biji bunga matahari juga turun menurunkan paras HDL kolestrol (baik), bermakna ia mengurang kan kedua-dua kolestrol baik dan jahat.
Foto : mydinnertoday.com
Kesemua biji-bijian ini juga boleh ditambah ke dalam salad, yogurt, sajian oat dan ‘smoothies’ selain dijadikan snek ringan.
Sedapnya Pizza Roti Sandwic resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni. Hanya guna roti dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak-anak. Boleh dijadikan menu bekal ke sekolah, sajian sarapan, minum petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Sangat mengenyangkan dan digemari ramai. Jom cuba! Anak anda juga pasti sukakannya.
Resipi jejari dan bebola kentang yang cukup mudah dan ringkas, itu yang paling mak-mak suka kan. Bila musim cuti sekolah ni, anak-anak pasti asyik nak mengunyah je.
Untuk mak-mak yang ada kentang di rumah, buat je kudapan enak ini hasil resipi daripada Shai Anne Ahemed. Walaupun nampak ringkas tapi sangat sedap.
1. Kentang direbus atau kukus terlebih dahulu. Kemudian, toskan.
2. Bila kentang dah sejuk, hancurkan atau lenyek-lenyekkan. 3. Kemudian, masukkan daun bawang/daun ketumbar yang sudah dihiris halus, tepung beras, tepung jagung, serbuk oregano, lada sulah, garam dan gula.
4. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati. Bahagikan kepada 2 iaitu untuk buat bebola dan juga jejari. 5. Untuk buat jejari kentang, alaskan plastik di atas papan pencanai dan letakkan adunan. Tutup dengan plastik dan canai mengikut ketebalan yang diinginkan.
6. Kemudian, potong mengikut ukuran atau saiz jejari yang diinginkan. Manakala untuk bebola pula, ambil sedikit adunan dan letakkan cheese mozarela yang sudah dipotong dadu. 7. Gentelkan sehingga menjadi bentuk bebola.
8. Untuk menggoreng bebola, mula-mula celup tepung jagung atau tepung gandum. Kemudian. Celup telur dan akhir sekali celup bread crumbs (tepung jagung/tepung gandum – telur – bread crumbs).