Dari sebuah lori hijau berusia 45 tahun, diubah suai dengan alas hijau dan kayu menjadi tempat masak. Akhirnya wujudlah sebuah trak yang menjual burger. Kini sudah dua tahun berada di pasaran, Crispy Chicken Burger semakin mendapat sambutan dan sudah ada peminat yang tersendiri.
Dengan tagline The Classic Burger, memang amat bersesuaian kerana burger yang dihidangkan adalah ringkas tetapi menepati cita rasa yang memakan. Apatah lagi burger ini dijual menggunakan trak lama yang sifatnya klasik.
“Walaupun pada asalnya bisnes burger ini dibuat untuk mendapatkan wang sampingan, tapi tak sangka sambutan terlalu tinggi. Akhirnya saya dan suami serius untuk berniaga burger. Lapipun burger adalah snek yang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Maan sambil santai,” ujar Ruby La Ressa sebagai pemilik perniagaan ini.
RESIPI UNIK
Menurut Ruby, burger ini istimewa kerana isi ayam diproses sendiri. Menggunakan paha ayam sahaja dan segala rempah diadun dan diperap sendiri. Malah harganya juga berbaloi iaitu RM4 (Original), RM5 (cheese) dan RM7 (Double Crispy).
Ads
“Pelanggan pun tak perlu menunggu lama untuk dapatkan burger yang dipesan. Antara 3 minit hingga 5 minit, pelanggan dah boleh dapat. Ini kerana kami masak menggunakan deep fryer. Jadi ayam boleh dimasak dalam kuantiti yang banyak. Sebelum ini kami ada jual Cripsy Beef Burger tapi disebabkan permintaan Crispy Chicken Burger terlalu tinggi, jadi kami fokus pada ayam saja,” tambah Ruby.
SERONOK BISNES JALANAN
Ingin mencabar kemampuan diri, Ruby tekad untuk berniaga burger di jalanan. Walaupun lazimnya peniaga burger adalah lelaki, namun dia buktikan sebagai seorang wanita, tiada halangan pun dia berbuat demikian.
Ads
“Memang saya nak rasa macam mana jadi peniaga di jalanan. Bila dah cuba, rasanya taklah susah untuk orang perempuan berniaga burger. Suami pun beri sokongan padu termasuklah ketika saya berniaga dalam keadaan hamil,” katanya lagi.
Menurut Ruby, dia memilih untuk berniaga burger menggunakan trak berbanding gerai kerana lebih mudah. Lagipun trak tidak mengganggu ruang kali lima untuk berniaga. Barang-barang pun senang untuk disusun malah lebih teratur dalam trak.
“Paling best, pelanggan mudah cam food truck classic kami kerana warnanya hijau. Jadi lebih mudah mereka ingat itulah trak Crispy Chicken Burger,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Siapa sangka, sebuah balai polis lama kini menjadi satu daya tarikan pelancongan. Itulah dia Balai Kota di Kota Tinggi, Johor.
Pada tahun 1920, kerajaan British ketika itu telah membina sebuah balai polis. Kini balai polis tersebut telah dinaik taraf menjadi Tourism Information Centre (TIC) atau pusat Informasi Pelancongan terletak di JKR 102 , Jalan Omar, Kota Tinggi.
Terkini, bangunan bekas balai polis ini telah dimajukan dan dijenamakan semula sebagai Balai Kota 1528 oleh kerajaan sebagai tarikan baharu pelancongan daerah ini. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini termasuklah pada waktu malam dengan lampu hiasan yang cantik.
Sejarah.Ada skrin tayangan video perihal sejarah Kota Tinggi, Johor.Sejarah asal usul Kota Tinggi.Kaunter informasi.Antara aktiviti yang ada di sini.
Wanita yang dikenali sebagai Emy Othman bersama sahabat-sahabatnya telah mengunjungi lokasi tersebut dan menikmati suasana menyeronokkan di Balai Cafe. Menariknya, mereka menikmati mi segera di sana dengan cara pembuatan yang boleh dikatakan tersendiri.
Di hadapan Balai Cafe.
“Terdapat papan tanda yang memberikan arahan kepada pembeli. Ada empat langkah semuanya dan pembeli perlu membaca dan meneliti supaya tidak tersalah. Arahan diberikan termasuklah menulis nama pada mangkuk kertas yang disediakan. Ada pen marker disediakan di situ,” ujar Emy Othman.
Jom kita lihat gambar yang dikongsikan oleh wanita ini.
Laluan ke Balai Cafe.Menu mi segera yang ditambah dengan pelbagai pilihan hidangan sampingan.Pelbagai pilihan mi segera di atas rak.Langkah 1 dan Langkah 2.Langkah 3 dan Langkah 4.Masukkan mi segera dan kertas bertulis makanan tambahan yang anda mahu dalam mangkuk kertas. Tulis nama anda pada mangkuk kertas.Pen marker ada disediakan untuk menulis nama.Kaunter.Mi segera tidak berkuah.Mi segera berkuah.Emy (kanan) dan sahabatnya dengan mi segera masing-masing.Kata mereka, “Kami pasti datang lagi!”
Dengan cubaan memasak tanpa kenal erti jemu, akhirnya impian membuka kedai makan terlaksana dengan jayanya. Mohamad Roslan bin Ismail, hanya berpandukan daripada resipi melalui cariannya di website Google. Kini kedai makannya yang dinamakan Warung Jeliro Kudat mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk Sabah.
Menurut lelaki berasal dari Machang, Kelantan ini, dia mencari resipi dari Google dan kemudian cuba masak. Olahan demi olahan dibuat sehingga akhirnya dia mendapat cita rasa makanan tradisi Kelantan yang diinginkan.
“Saya graduan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Saya dah lama menetap di sini sejak dari zaman belajar. Saya memang tak pernah berniaga makanan sebelum ni. Cuma saya ada pengalaman kerja di kedai makan sebagai tukang buat air. Pengalaman itu saya gunakan sebaik mungkin untuk tahu selok-belok meniaga kedai makan,” ceritanya membuka bicara.
Di warung ini, Roslan menjual nasi kukus ayam goreng berempah, nasi kerabu ayam goreng berempah, nasi berlauk gulai ikan tongkol. Turut ada nasi dagang, nasi lemak dan laksam yang dibuat kalau ada tempahan.
Nasi kerabu.
“Walaupun harga makanan yang saya jual agak mahal sikit berbanding harga di Kelantan, tapi alhamdulillah warung saya mendapat perhatian orang ramai. Dulu pelanggan saya ramai dari orang Semenanjung saja. Tapi lama-lama orang Sabah pun suka makan makanan Kelantan,” katanya lagi.
Nasi berlauk gulai ikan tongkol.
Sotong goreng tepung.
Ayam goreng berempah.
Ikan tongkol goreng.
Menurut Roslan, antara keistimewaan hidangan yang dijual di sini adalah kerana cita rasanya adalah cita rasa tradisional original Kelantan. Di Kudat pula, hanya kedai ini saja yang ada menjual hidangan sebegini. Jadi kalau ada orang semenanjung yang merindui makanan Kelantan, wajib singgah di sini.
Happy kastemer.
Info Kedai
Nama Kedai: Warung Jeliro Kudat
Pemilik: Mohamad Roslan bin Ismail
Lokasi: Gerai Makan Esplanad Sidek, Jalan Perpustakaan Kudat, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari jam 10 pagi hingga 4 petang (atau hingga habis jualan)
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kedainya biasa sahaja tapi menyajikan pelbagai menu yang menarik untuk dicuba. Daripada kuih-muih tradisional hinggalah kepada menu hidangan barat, semuanya ada. Lebih menarik, cendol durian pun ada.
Bagi penduduk daerah Kudat, Sabah dan sekitar, bolehlah datang ke sini. Layanan istimewa diberikan kepada semua pelanggan yang datang. Melihat gambar menu yang ditampilkan di facebook, memang sangat menarik. Bolehlah cuba ya!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.