Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Ads
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Jika anda suka mencuba makanan viral dan menu sedap yang ada dijual di 7 Eleven Thailand, anda perlu singgah ke Shamira Dessert di pekan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Terdapat banyak makanan viral yang dijual di sini termasuklah menu dari 7 Eleven Thailand.
Empunya Shamira Dessert, Shamira Ain, menegaskan segala dessert yang dijual di kedainya adalah menu yang telah melalui tapisan cita rasa. Senang cakap, kalau sedap barulah diterima masuk di kedai ini.
“Memang ramai yang jual dessert tapi kami ada menu istimewa yang tak boleh didapatkan di mana-mana kedai runcit. Atas sebab itulah kami bawakan makanan viral 7 Eleven Thailand. Kami ada oyster Thai, pelam naplawan, burger Thailand dan pelbagai lagi makanan viral tempatan yang anda boleh dapatinya di Shamira Dessert,” ujar Shamira memulakan bicara.
Di Parit Sulong, memang banyak kedai yang menjual dessert. Justeru kelainan yang Shamira Empire tampilkan adalah keistimewaan dari segi pilihan menu.
“Kami mengutamakan kualiti makanan yang dijual. Ini termasuklah kebersihan. Paling penting sedap, baru kami ambil dan jual. Maksudnya, kalau sesiapa datang sini untuk beli makanan, sudah pasti akan dapat makanan yang sedap,” katanya lagi.
PELANGGAN DARI JAUH
Memulakan bisnes dessert sejak 1 Oktober lepas, Shamira akui semuanya bermula tanpa perancangan pun. Perniagaan ini diusahakan secara bersama tiga beradik.
“Selepas ayah meninggal, kami terpaksa jual kedai makan yang ayah usahakan bersama ibu. Kemudian, enam tahun lepas, saya buka kedai makan lain namun kurang sambutan. Saya tukar bisnes kepada kedai kosmetik, alhamdulillah nampak peningkatan,” ujarnya.
Selepas digabungan kedai kosmetik dan dessert, sambutan terhadap dessert sangat baik sehingga Shamira turut menerima pelanggan yang sanggup datang dari jauh. Ada yang datang dari Johor Bahru, Melaka dan Selangor untuk menikmati dessert dan makanan viral Thailand yang ada di Shamira Dessert.
“Saya memang tak sangka sambutan amat luar biasa. Pada awalnya kami agak takut dengan bisnes dessert ni sebab makanan tak tahan lama. Tapi sebagai peniaga, kami serahkan 100 peratus urusan rezeki pada Allah. Kami tak sangka pelanggan ada yang perlukan perjalanan selama satu hingga dua jam untuk sampai ke sini. Malah ada yang sanggup menunggu sehingga kami buka kedai,” katanya lagi.
KONSEP VENDOR
Menurut Shamira, dia memilih konsep vendor adalah untuk membantu ramai surirumah yang berniaga dari rumah untuk membuat lebih banyak jualan.
“Kami memilih konsep vendor kerana kami tahu ramai surirumah yang berniaga tapi tidak memiliki kedai. Dengan adanya Shamira Dessert, kami sediakan ruang untuk mereka meletakkan produk di sini dan meraih lebih banyak jualan. Secara tidak langsung, peniaga itu sendiri mampu untuk memperkenalkan produk mereka,” katanya.
Setakat ini Shamira Dessert mempunyai lebih 50 orang vendor dan 90 peratus daripadanya adalah suri rumah.
Berbicara soal perancangan tahun 2023 nanti, Sharima berkata, “Kami ingin besarkan lagi peluang untuk peniaga Melayu termasuklah surirumah. Kami ingin usahakan buka cawangan lain untuk bantu lebih ramai peniaga mampu berniaga dengan lebih sukses.”
NAMA KEDAI: Shamira Dessert 3 Beradik (Shamira Empire)
LOKASI: Pekan Parit Sulong https://maps.app.goo.gl/DY8ef5JhLvkEurwz7
WAKTU OPERASI: 10 pagi hingga 7 malam (cuti Selasa)
Kalau anda teringin menikmati hidangan cheesesteak halal yang sangat sedap, RASA sarankan korang pergilah kat restoran Grease di Seksyen 13 Shah Alam. Mesti korang takkan menyesal sebab memang sangat sedap cheesesteak di situ.
Texas Chili Cheese Steak RM22
Cheesesteak atau steak and cheese adalah sejenis makanan iaitu roti yang diisi dengan hirisan daging (bistik). Ketika RASA berkunjung ke Grease, kami dihidang dengan cheesesteak yang sangat sedap dan kejunya meleleh. Sungguh menyelerakan.
Ada macam-macam cara menyediakan cheesesteak. Hirisan daging ditumis dengan bawang, dibakar dan kemudian disumbat dalam lapisan roti. Kemudian diletakkan keju. Cheesesteak di Grease memang sangat sedap.
Selain cheesesteak, ada juga menu lain yang tak kurang hebatnya. Burger, spageti dan ayam goreng. Memang sangat sedap semuanya. So, kalau korang nak try makanan barat yang dihidang dengan gaya barat namun halal, Grease adalah tempatnya.
Spicy Seafood Aglio RM17
Beef Bacon Burger RM22
Hot Chicken Wing RM20
Jom tengok video RASA makan-makan di Grease Shah Alam. Klik sini
Grease 1-10-1 Presint Alami, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam
Musim percutian bakal menjelang,Starbucks kembali dengan pelbagai tawaran minuman dan koleksi percutian yang menarik untuk dinikmati atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Bermula 5 November 2019, stor Starbucks di Malaysia meraikan semangat percutian ini bersama pelanggan.
Terbaru! Starbucks Holiday French Vanilla Latte.Rasai keenakan secawan French Vanilla Latte penuh krim bersama perisa white chocolate snowman. The Holiday French Vanilla Latte boleh didapati sama ada panas,sejuk ataupun blended. Buat penggemar Starbucks Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks Peppermint Mocha minuman yang disukai ramai itu kembali.
Sempena meraikan musim percutian ini, Starbucks 2020 Planner diperkenalkan dengan tiga variasi warna coklat,biru dan merah jambu.Holiday Starbucks Card Series,Holiday Blend (Espresso Roast dan Blonde Roast) dan Starbucks Holiday Mercandise Collection (Tumbler, Mug dan Snow Globe) juga boleh didapati di stor kini. Maklumat lanjut layari pautan rasmi Starbucks.