Popia SS Ali adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar makanan ringan ini. Mula beroperasi sejak tahun 1973, asalnya hanyalah beroperasi di sebuah gerai kecil dengan menjual popia basah dan popia goreng di pasar malam Ipoh, Perak. Kini perniagaan yang sudah diwarisi selama tiga generasi ini semakin berkembang dengan pembukaan beberapa cawangan di beberapa negeri lain seperti di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Team RASA berpeluang merasa sendiri aneka hidangan popular di Popia SS Ali cawangan Shah Alam. Kulit popia basah yang lembut dan ranggup bila digoreng adalah pilihan wajib untuk dicuba andai berkunjung ke sini. Keenakan inti popianya yang dipenuhi dengan pelbagai sayuran segar seperti lobak merah, sengkuang, udang kering, taugeh dan bawang goreng menjadikan ia tidak puas untuk dinikmati. Di tambah pula dengan sos istimewa yang dicurah atas popia. Pedas, manis! Memang membuka selera.
Selain popia basah dan goreng, ada menu istimewa lain yang anda boleh anda rasa iaitu Nasi Ayam, Mi Rebus dan laksa. Tidak lupa makanan sampingan yang lain seperti rojak dan Karipap Telur Rebus. Pendek kata, memang sesuai untuk bawa keluarga datang menjamu selera.
Rahsia Popia SS Ali tersohor hingga kini adalah terletak pada ramuan serta bahan-bahan yang digunakan. Difahamkan setiap ramuan masakan termasuk kulit popia memang dibuat sendiri. Semua bahan-bahan tersebut disediakan di central kitchen mereka sendiri bagi memastikan kualiti dan rasa bagi setiap cawangan terkawal. Patutlah rasanya kekal dan tak berbeza walaupun dibeli di cawangan yang berbeza.
\
Oleh itu bagi anda yang taktahu nak makan apa tengahari ni, bolehlah berkunjung ke Popia SS Ali. Selamat mencuba!
INFO KEDAI
Popia SS Ali
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
Alamat: Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14 Shah Alam (Berhadapan Plaza Alam Sentral)
Istimewa: Popia basah & Popia Goreng
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasanya kita makan nasi lemak dengan ayam goreng berempah, kan? Pernah tak terfikir nak makan nasi lemak dengan ikan siakap yang digoreng rangup? Siap ada sup tauhu. Haaaa itulah keistimewaan nasi lemak kukus di Restoran Ngeteh Santai.
Ya, memang kedengaran macam pelik tapi setiap hari orang ramai sanggup menunggu meja kosong untuk duduk makan nasi lemak kukus ikan siakap goreng ini. Ini diakui sendiri oleh pemilik stall Dapo Kecik Kubisbunga, Nur Maisarah binti Mat Noh yang mesra dipanggil Sara.
Nasi lemak kukus ikan siakap goreng dimakan dengan sup tauhu.
Terletak di restoran Ngeteh Santai, stall nasi lemak kukus ikan siakap goreng menyediakan pelbagai menu nasi lemak. Namun yang paling mendapat perhatian adalah nasi lemak yang dimakan dengan ikan siakap goreng.
“Keunikan dan keistimewaan nasi lemak kukus di stall kami adalah setiap menu dihidangkan panas-panas. Kami akan kukus dan goreng ikan siakap selepas ianya dipesan. Jadi memang panas dan pasti pelanggan lebih berselera untuk makan,” kata Sara.
Set nasi lemak ayam goreng berempah.
Selain ikan siakap goreng, variasi nasi lemak di sini adalah Nasi Lemak Kukus Rendang Ijo dan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas bersama sup tauhu.
“Rendang ijo di sini juga mendapat permintaan tinggi kerana dimasak dengan cara istimewa. Biasanya rendang ijo ini terdapat di Negeri Sembilan tapi kami bawakan kepada pelanggan di sini iaitu di Batu Pahat, Johor.”
BERMULA SEJAK PKPB
Ayam dan ikan hanya digoreng selepas dipesan. Jadi boleh makan panas-panas.
Stall nasi lemak kukus ini memulakan operasi sejak Jun 2020 yang lalu. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran sudah boleh beroperasi dengan syarat yang tertentu.
“Saya menyewa stall di restoran Ngeteh Santai dan memilih untuk menjual nasi lemak. Nasi Lemak dengan orang Malaysia tak dapat dipisahkan jadi saya pilih menu ni sebab sangat dekat dengan cita rasa orang tempatan tak kira bangsa.
Alhamdulillah sambutan dari hari pertama hingga hari ini amat menggalakkan. Sehingga kami terpaksa tambah meja, tambah kerusi dan juga tambah pekerja. Waktu kemuncak di sini adalah dari jam 8 malam hingga 10 malam. Ada pelanggan sanggup tunggu meja kosong kerana nak makan nasi lemak kukus kami yang berbeza daripada kedai lain.”
Suasana pada waktu malam.
Pelanggan yang datang makan di sini.
Happy customer.
Menurut Sara, dia mengusahakan katering dan servis penghantaran makanan bersama arwah ibunya selama hampir lapan tahun. Selepas ibunya meninggal dunia, Sara meneruskan legasi bisnes ini dengan cara membuka stall di Ngeteh Santai.
“Lagipun di sini lokasinya menarik. Tepi Sungai Batu Pahat. Saya jemput orang ramai sekitar Batu Pahat Johor ini untuk cuba Nasi Lemak Kukus Ikan Siakap Goreng yang dimakan dengan sup tauhu. Sangat sedap! Ngeteh Santai adalah restoran berkonsep stall. Jadi boleh cuba pelbagai jenis makanan di sini.”
BERAPA HARGA?
Boleh rujuk menu ni untuk info harga ya.
NAMA RESTORAN: Ngeteh Santai NAMA STALL: Dapo Kecik Kubisbunga LOKASI: No. 210, Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor (Belakang Klinik Nur) WAJIB CUBA: Nasi lemak kukus ikan siakap goreng
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Jom Layan Gambar
.
.
.
.
.
.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dgn Kedai Buku Banggol.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kini bila melangkah masuk je ke rangkaian kedai myNEWS, selain untuk tujuan mendapatkan barangan keperluan harian, korang juga mempunyai pilihan membeli pelbagai jenis minuman dan makanan yang berkonsepkan Ready To Eat, inspirasi dari makanan Jepun.
.
Kedai serbaneka kini menjual pelbagai makanan dan minuman, satu lagi penyelesaian bila perut lapar tapi nak cepat mendapatkan makanan yang sedap dan sihat. Korang hanya masuk, buat pilihan sama ada sandwich atau onigiri dan terus makan dengan harga berpatutan. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih.Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery. Sangat mudah.
.
Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.
.
Sejak penubuhannya pada Disember 1996, kini myNEWS telah berjaya berkembang dan mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk sedia guna yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS sekarang.