Bagaikan terasa masam, manis dan pedasnya Colek Ayam Mangga Ala Thai ni, tapi selalunya bila teringin kita makan kat restoran Thai je kan. Kali ini apa kata anda cuba sendiri di rumah, kerana Cikgu Afy Al-Habibi sudi berkongsi resipi dan cara membuat menu yang sungguh osem ni secara langkah demi langkah. Mudah, sedap dan jimat kerana tak perlu lagi ke restoran untuk menikmatinya.
COLEK AYAM ALA THAI BAHAN-BAHAN:
2 ketul ayam goreng Daun salad secukupnya 1 cawan parutan mangga muda Sedikit parutan lobak merah 2 pokok daun ketumbar | hiris 5-6 biji tomato ceri 3-4 ulas bawang merah | hiris 2 sudu makan bijan | sangai 5-6 biji cili padi | hiris BAHAN SOS: 5 senduk sos cili Thai 1/2 – 1 sudu makan kicap pekat 1/2 sudu makan tepung jagung +1/3 cawan air 1 cawan air BAHAN KISAR: 2 labu bawang putih jeruk Sedikit air jeruk bawang putih 6-8 biji cili padi merah | boleh taambah dan kurang ikut selera
CARA MEMBUAT:
Masukkan bawang putih jeruk berserta sedikit air dan cili dalam pengisar. Kisar dan ketepikan.
Ads
Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai (goncang dahulu baru tuang).
Masukkan bahan kisar.
Tuangkan secawan air, kemudian perahkan jusnya ke dalam periuk sos.
Ads
Tambahkan 1 sudu makan kicap pekat (tak penuh). Agak-agak supaya kuah tidak gelap sangat.
Akhir sekali masukkan 1/2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan 1/3 cawan air.
Ads
Hidupkan api sederhana, kacau kuah hingga mendidih, tutup api. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Garam gula tidak perlu tambah kerana bahan-bahan sudah manis dan masin.
Masukkan ayam yang telah digoreng dalam pinggan, bersama salad, taburkan di atasnya parutan mangga muda dan lobak merah, hirisan cili dan bawang, tomato ceri serta hirisan daun ketumbar. Akhir sekali taburkan dengan bijan sangai dan lengkapkan dengan pencicah.
INFO: Selain sedap untuk colek ayam, sos ini juga sedap untuk sos nasi ayam dan jemput-jemput.
Kredit resipi & photo: Afy AL Habibi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anak-anak cuti sekolah, ibu pasti dah ada senarai makanan yang mahu dimasak untuk mereka. Hidangan pasta antara yang menjadi kegemaran anak-anak.
Jom buat Pesto Pasta,pasta berwarna hijau yang rasa creamy, cheesy, sedap dan harum baunya sebab gunakan daun basil.Bosan juga asyik repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara dan Aglio Oglio.Sekali buat pasti mereka nak suruh buat lagi.
PESTO PASTA
Bahan-bahan:
Spaghetti
Daun Basil
Bawang putih
Kacang Pistachio
Kacang Gajus
Unsalted butter
Whipping cream
Mozzarella cheese
Olive oil
Serbuk black pepper
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Rebus pasta dan masukkan sikit garam dan olive oil supaya pasta tak melekat.
2.Kisar bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sedikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sedikit olive oil dan masukkan sedikit air rebusan pasta.
Kisar halus jadi begini. Kalau nak warna lebih cantik lebihkan sikit daun basil.
Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran
5.Bila dah separuh masak boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
6.Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Saya guna pasta warna gelap sikit ni dan terkurang letak daun basil.Rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda
Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yang sejuk. Tapi tahukah korang bahawa buah laici ini juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan lauk pauk, terutamanya dalam menu yang ada rasa masam manis dan pedas. Apa yang penting berani mencuba dan kreatif mengolah. Kalau nak cuba ini RASA kongsikan.
AYAM MENTEGA LAICI
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam | potong dadu
6-8 biji laici dalam tin
3 sudu makan mentega
1 cawan susu cair
1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
5 biji cili padi | hiris
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi hingga wangi.
Masukkan isi ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
Perasakan dengan serbuk perasa ayam, garam.
Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.
IKAN BAWALTIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
4 biji laici | hiris kecil
1/2 biji tomato | potong dadu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 pokok akar & batang ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan tadi dengan garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Perasakan dengan sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Terus kacau hingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
Tutup api dan gaul rata.
Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
FILLET IKAN DORI LEMON LAICI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK IKAN DORI
300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam halus
1 mangkuk tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
5 biji laici dalam tin | potong dadu
Sedikit cili banggala kuning dan merah | potong dadu
1 biji lemon | jus sahaja
2 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
1 sudu makan pati sanqick
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung dan letakkan atas kertas tisu.
Sementara itu, panaskan minyak masak dalam kuali.
Goreng fillet ikan hingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
Sediakan pula sos lemon.
Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata dan tutup api.
Tuangkan sos atas fillet ikan yang telah digoreng tadi.
Fillet ikan sedia dihidangkan.
UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
350gm udang saiz XL| bersih dan tos
6 biji laici dalam tin | belah dua
Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda hingga wangi.
Tambahkan dengan sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu makan air.
Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.
KERABU SOTONG NANAS LAICI
BAHAN-BAHAN:
350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
4 biji laici dalam tin | hiris
1 keping nanas dalam tin | hiris halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 biji limau nipis | jus sahaja
1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
1 biji cili merah | cincang halus
5 ulas cili padi | hiris halus
Garam dan garam | pelengkap rasa
CARA MEMASAK:
Sotong yang telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Celur sotong seketika, angkat dan tos.
Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dalam mangkuk salad.
Tuangkan campuran sos ke dalamnya dan gaul rata.
Setelah sekata, kerabu sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apam beras merupakan antara kuih yang tidak lapuk dek zaman. Memang enak jika apam beras digandingkan bersama kelapa parut yang masin-masin berlemak. Resipi apam beras kali ini dikongsi oleh Siti Zainab Mahmud. Jom kita cuba resipi ini.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.