Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.
CHICKEN WRAPS SEMPOI
Ads
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
Ads
Ads
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada peminat ayam goreng Korea? Memang sedap makan ayam style Korea ni. Rasanya menawan selera dan teksturnya pula rangup. Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea. Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah. Puas makan. Nak buat pun senang je.
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Isi ayam antara bahagian yang tak berapa digemari kerana padat dengan daging. Bila dibiar sejuk selepas digoreng biasanya akan jadi keras pula. Sebab itu bahagian ini kurang diminati.
Tapi sebenarnya isi ayam ini boleh jadi lauk yang sedap jika betul kena dengan cara masak. Salah satu lauk menggunakan bahagian ini yang enak adalah ayam goreng cili kering. Gerenti cepat licin, siap menjilat jari lagi selepas makan lauk ini. Cara membuatnya dikongsi oleh Wan Rosliza.
Dada ayam potong dadu (atau bahagian isi)
5-6 sdb tepung jagung
1sdb sos tiram
Sedikit lada sulah
Tepung Bestari
1 gengam cili kering -jangan potong
4 ulas bawang putih -dicincang halus
3 sdb sos cili
2sdb kicap manis
1/2 cawan air
2 batang daun bawang -(potong 1 1/2 inci
Capsicum hijau -dipotong kiub
Bawang besar -dimayang
Serbuk perasa
Garam
1. Satukan bahan perap dalam bekas lalu digaul. Perap 15 minit kemudian boleh terus goreng.
2. Angkat dan tos ayam bila sudah garing. Ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga sedikit kekuningan, masukan cili kering lalu goreng sekejap.
4. Masukkan sos cili, kicap manis, dan air. Renehkan sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Masukkan bawang besar, capsicum hijau, serbuk perasa dan garam. Gaul rata dan akhir sekali tabur daun bawang. Siap.
Bubur ayam antara makanan yang berkhasiat untuk dihidangkan kepada keluarga. Kalau ada yang sakit, bubur menjadi menu wajib untuk bangkitkan kembali selera. Mudah dan sedap, yang tak sakit pun suka menu sebegini.
RASA kumpulkan resipi-resipi berbeza untuk anda cuba sendiri. Semuanya mempunyai rasa tersendiri untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.
Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.
Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan.
Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.
Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.
Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.
Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.
Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.
Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.
Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.
Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.
Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.
Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.
Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.
Kemudian tunggu menggelegak.
Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
1 kiub Pati Ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah dan lada hitam
1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
1.Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub MAGGI®️ Pati Ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
2.Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
3.Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) secukupnya.
4.Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
5.Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
6.Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
BAHAN-BAHAN
1 sudu minyak masak untuk menumis
1 biji Bawang Besar | dihiris & ditumis
Sup Bunjut
Beras | dicuci bersih dan toskan
Air secukupnya
Isi ayam | dipotong kecik
Lobak merah | potong panjang
Kentang | potong dadu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar. Masukkan juga sub bunjut.
2. Masukkan beras. Gaul selama 2 minit supaya sebati.
3. Masukkan air. Gaul sebati.
4. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kentang.
5. Biarkan semuanya masak. Kacau sesekali.
Khasiat labu bukan sekadar baik untuk mata. Ketahui 10 manfaat labu untuk sistem imun, kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta diet harian yang lebih seimbang.