Resipi ayam percik sedap. Buat untuk jualan pun laku keras. Siapa yang gemar ayam percik bolehlah cuba resipi yang ini pula.
Ia telah dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Menurutnya, ini adalah resipi yang dia sendiri buat untuk jual. So, gerenti sedaplah ni. Rugi tak cuba masak.
Untuk memasak ayam; tumis bahan-bahan kisar tanpa minyak dalam kuali. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan ayam biarkan ia masak setengah masak.
Setelah itu, letak ayam di atas stand dan renjis sedikit minyak Zaitun. Tapi guna minyak masak pun boleh.
Ads
Bakar dalam air fryer pada suhu 200C selama 15 minit (brgantung air fryer masing-masing)
Yang penting kena cukup masak. Tak cukup masak, tambah masa). Kalau nak bakar dalam oven, gunakan suhu oven 180C, selama 20 minit.
Untuk kuah; Panaskan kuali atau periuk, masukkan cili kering kisar, bawang putih dan sedikit air. Kacau-kacau sehingga cili masak.
Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jika ada bijan, campur je ke dalam kuah tu. Bila nak makan, tuang je kuah di atas ayam tadi. Selamat mencuba semua!
Anda suka makanan yang pedas-pedas? Seleksi masakan Sunda ni pasti kena dengan selera anda. Rata-rata masakannnya memang pedas tapi sedap. Pasti berpeluh kalau cuba.Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri…
1. NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
500gm beras wangi
3 ulas bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak
1 cawan santan
Air secukupnya
4 helai daun salam
4 helai daun limau purut
1 batang serai | titik
Garam secukupnya
BAHAN AYAM PANGGANG:
1 ekor ayam kampung | belah empat
200ml air
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
2 helai daun salam
3cm lengkuas
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Sambal goreng bawang
Hirisan ikan masin
Hirisan jering goreng
Hirisan tempe goreng
Hirisan tauhu goreng
Ulam-ulaman
CARA MEMASAK:
Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan beras wangi diikuti air dan santan.
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan jering goreng.
INFO CHEF: Nasi Liwet biasanya akan dihidangkan dalam gulungan daun pisang.
2. AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
1000ml sanatan pekat
3 helai daun salam
3cm lengkuas | titik
1 batang serai | titik
1 sudu makan gula merah
1 sudu the serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras | goreng sangai
2cm halia
2cm lengkuas
6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.
INFO CHEF: Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam supaya ayam tidak terlalu garing.
3. IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterus sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.
4. CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya 2 sudu makan kicap pekat manis 1 sudu teh gula perang 1 sudu teh perasa ayam 1 helai daun salam Garam secukup rasa 2cm lengkuas | ketuk BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 tangkai cili merah 2cm kunyit hidup 3 biji buah keras 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya
Khas buat anda, RASA kongsikan dua menu casserole yang mudah dan enak. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi ini memberikan idea untuk anda menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba. Jika nak sediakan masa hari raya nanti pun sesuai.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
Basuh beras, kemudian ketepikan.
Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.
2. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
100gm kentang | dipotong dadu
100gm sosej |dihiris
50gm bawang Holland |dihiris
30gm tepung gandum
60gm whipping cream / krim putar
30gm mentega
50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
Secubit serbuk paprika
Garam ikut keperluan
Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
Campurkan tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.