Jika ada masa, macam-macam snek serta kudapan ringan yang boleh disediakan untuk ahli keluarga. Makanan-makanan homemade ini ternyata lebih enak malah lebih diyakini dari segi kebersihan, halal serta kandungan yang digunakan dalam penghasilannya. Bagi anda yang gemar menyediakan kudapan untuk anak-anak, ini salah satu yang perlu anda cuba. Penuh dengan rasa keju. Memang terbaik!
CHEWY CHEESE SPINACH
BAHAN-BAHAN:
250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
250gm krim keju
1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur | dipukul
1 cawan serbuk roti oren
Nota: ** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh. ** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh. ** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya. ** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus. ** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
Ads
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
Ads
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Sebut saja kacang pool, pastinya tidak asing bagi orang Johor. Kacang pool ni biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau.Masak kacang pool ni mudah saja,tak perlu bahan yang banyak sangat. Kacang pool ni enak dicicah dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.
KACANG POOL
Bahan-bahan:
4 Jenis kacang saya guna(macam dalam gambar), kalau sekadar nak makan sendiri cukup kacang foul satu tin. (buang air dan semua kacang ni kisar)
Daging kisar (saya guna ramly).
Bawang Merah-kisar
Halia-kisar
Bawang putih -kisar
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam/daging(semua ni saya guna jenama babas)
Minyak sapi-sedikit
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, Masak daging dulu,kacau sampai hancur elok.
2.Daging dah masak, masukkan bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia tadi)
3.Agak tiga hingga empat minit, masukkan semua serbuk rempah tadi.
4.Kemudian masukkan sedikit minyak sapi.
5.Masukkan semua kacang-kacang yang dah kisar halus tadi.
6.Masukkan garam sedikit dan biarkan mereneh hingga menggelegak.
7.Siap untuk dihidang.Nak hidang jangan guna cili api pula, guna cili hijau besar.
Bau pandan dan rasa lemak pandan kaya menambahkan lagi enak bila makan dengan roti bakar.
HOMEMADE PANDAN KAYA
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula pasir
1 cawan air
3 biji telur #
1 cawan gula pasir #
1 cawan santan pekat,#
2 sudu tepung jagung #
1 sudu kecil pandan paste (untuk warna hijau, tapi kalau hendak biarkan warna coklat cukup masukkan daun pandan)#
CARA MEMASAK:
Masukkan gula dan air ke dalam periuk atau pan. Masak hingga jadi gula hangus atau karamel. (jangan hangus sangat nant pahit). Sudah masak biarkan sejuk.
Semua bahan-bahan bertanda # dikisar.
Campurkan kedalam air gula hangus yang telah sejuk.
Kacau diatas dapur dengan api yang kecil hingga pekat.
Siap untuk dihidangkan bersama roti.
INFO: Sejukkan dulu baru beru disimpan dalam bekas kedap udara.
Sambil tengok TV, memang sedap kalau ada kudap-kudapan kan? Jom kita cuba buat keropok bayam brazil yang nampak begitu menyelerakan dan mudah untuk dibuat. Resipi ini telah dikongsi oleh Dania Danisha. Bolehlah buat hujung minggu ni.
RESIPI KEROPOK BAYAM BRAZIL
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bayam brazil
Tepung kentucky
CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam dalam air yang banyak sebab nak tanggalkan pasir yang banyak melekat bawah-bawah daun. Bilas sampai bersih tau.
2. Gaul dengan telur. Untuk sebesen ni, Sha taruh 3 biji telur baru nanti tepung elok melekat.
3. Gaul dengan Tepung Kentucky atau tepung goreng ayam ala-ala KFC tu.. Yang ni Sha guna Tepung Kentucky Jenama Nona Hot & spicy. Gaul Tepung sampai rasa elok melekat pada bayam Brazil tu.
4. Sha takde sukatan berapa banyak tepung. Ejas sendiri jer sampai rasa puas hati.
5. Gaul sampai macam ni. Agak kurang boleh tambah tepung lagi. Nak tau hasilnya ok ke tidok try goreng setangkai dua. Kalau ok, tak payah tambah tepung. Kalau tak ok tambah laa tepung sampai nampak ok.
6. Goreng sampai garing. Jangan sampai hangit ye. Nanti pahit pula.
7. Tadaaaa. Dah siap. Boleh layan depan TV sambil layan movie.
Selamat mencuba!
Jika anda mencari KUALI yang berkualiti pada harga yang murah, klik DISINI.