Sekali sekala tekak mesti teringin nak makan kudapan barat. Keju dan kentang adalah dua gandingan serasi yang cukup menyelerakan. Tapi jangan selalu sangat, maklumlah berlemak dan berkrim. Nanti naik berat badan pula. Sajian ini sungguh mengenyangkan malah boleh sahaja dinikmati sebagai sarapan atau makan malam. Sesuai juga dijadikan brunch. Bahan-bahan untuk hasilkan hidangan ini pun ringkas sahaja. Jom kita cuba buat sendiri Cheesy Potato Bake. Anda pasti suka.
CHEESY POTATO BAKE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
60gm mentega
1/4 cawan tepung gandum
21/3 cawan susu segar
2 cawan parutan keju
1.2 kg kentang, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Ambil loyang pembakar segi empat dan griskan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Cairkan mentega dalam periuk saucepan menggunakan api sederhana. Masukkan tepung, masak dan kacau secara kerap selama dua minit atau hingga sebati.
Alihkan periuk dari api @ padamkan api. Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau dengan kerap hingga menjadi campuran yang benar-benar sebati.
Kemudian letak kembali di atas api. Masak dan kacau sehingga sos mendidih.
Masukkan pula 1 1/2 cawan parutan keju dan kacau hingga sebati.
Susun 1/3 hirisan kentang, biarkan ia sedikit bertindan di dalam loyang pembakar, taburkan garam dan lada hitam.
Sudukan satu pertiga daripada sos keju tadi sehingga menutupi lapisan kentang. Ulang sebanyak dua kali. Jadikan dua lapisan. Taburkan lebihan parutan keju di permukaan.
Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga kentang empuk dan perang keemasan.
Jika permukaan keju menjadi terlalu perang sebelum sampai waktunya, tutup dengan kertas aluminium foil bagi mengelakkan lapisan keju menjadi terlalu hangus.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: taste.com.au
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, ni ha..resipi Oden homemade perkongsian saudari Ain Aziz ni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 paket kecil perencah pes asam pedas
4 sudu makan perencah Tomyam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya
Bahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)
CARA MEMASAK:
Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
Tambah sedikit perasa jika perlu.
Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Jika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.
Kredit resipi & foto: IG @cookby_ain / FB Ain Aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selepas makan sering nak mengunyah, dapat snek yang simple pun boleh layan. Kalau dapat kerepek lagi lah layan, sebalang pun boleh hadap.
Kerepek Ketam
Bahan-Bahan:
Stick crabs
5 tangkai daun kari
1 1/2 tepung jagung
1 sudu makan serbuk kari
serbuk perasa secukupnya
Cara memasak:
1. Nyah bekukan dahulu stick crabs dan sejatkan dahulu supaya kering
2. Setiap batang stick crabs dipotong 8 (halus-halus)
3. Masukkan daun kari,tepung jagung,serbuk kari dan bahan perasa kemudian kacau rata
4. Masukkan stick crab yang telah dipotong tadi ke dalam bahan yang telah dikacau rata. Gaul perlahan-lahan hingga sebati supaya tidak putus.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan toskan
6. Sejukkan dan simpan ke dalam bekas kedap udara.
Nota: saya tambah 1 sudu makan knoor pasti sedap. Perap sekejap dalam 1 jam bagi semua rasa sebati. Baru goreng.
Donut peha ayam, jangan terkejut pulak. Rupanya aje yang macam peha ayam, tepi ia masih lagi kuih donut sebenarnya. Siap ada pemegang, memudahkan untuk dimakan.
Paling best resipi ini disalut pula coklat rice memang sedaplah. Kegebuan dan kelembutannya tetap ‘terpelihara’ walaupun rupanya nampak lain.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan gula
6gm yis
( Biarkan selama 1 jam sampai yis mengembang)
BAHAN B:
500gm tepung gandum
2 biji kuning telur
30gm margerin
30gm shortening
5gm ovalette
1 biji ubi kentang kecil | rebus & lecek
1/2 sudu teh garam
BAHAN C ( KRIM):
250gm shortening
50gm margerin
1 sudu makan gula
Sedikit garam
( satukan semua bahan dan pukul)
Coklat rice secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur bahan A bersama tepung. Uli seketika.
Kemudian masukkan ubi kentang, marjerin, shortening dan ovalette. Uli lagi.
Masukkan kuning telur serta garam. Uli hingga sebati dan sempurna. Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam 1 jam.
Bahagiakan doh kepada 10-14 bahagian dan bulatkan. Cucuk doh pada lidi dan bentukkan menjadi seakan bentuk paha ayam. Tabur tepung supaya doh tidak melekat.
Biarkan donut selama 30 minit sebelum digoreng menggunakan api perlahan sehingga masak.
Sejukkan donut dan sapukan krim serta coklat rice dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.