Tak tau nak masak apa untuk makan malam? Jom try resipi yang diolah oleh Chef Sue ni. Resipi asal ada menggunakan beer tapi dia tukar dengan menggunakan air rebusan daging. One pot meal yang lengkap; ada karbohidrat, protein, sayur dan produk tenusu.
CHEESESTEAKS BALLS Bahan-bahan: 8 biji kentang – rebus & lecek, tambah satu sudu makan mentega, garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa. Ketepikan. Hirisan keju mozzarella secukupnya Cincangan daun parsley segar Chili flakes/paprika
Bahan-bahan B: 200grams daging kisar 1 labu bawang besar – cincang dadu kecil 1 biji capsicum – cincang dadu 1 cawan air rebusan daging 1 sudu makan Worcestershire sauce Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa Cara memasak: 1.Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bawang besar dan sedikit daun parsley hingga layu. 2.Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging berubah warna. 3.Tambahkan capsicum dadu, air rebusan daging, Worcestershire sauce, garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna.
4.Sediakan mangkuk yang dialas dengan cling wrap
Ads
5. Sendukkan kentang yang dah dilecek tadi dan buat seperti dalam gambar. 6. Sendukkan pula inti daging tadi secukupnya 7.Bulatkan kentang seperti dalam gambar. 8.Ini yang dah siap. Simpan dalam peti sejuk selama sejam. 9.Salut bebola kentang dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung.
10.Goreng bebola kentang hingga perang. 11. Susun bebola kentang yang dah digoreng ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit mentega. 12. Susun hirisan keju mozzarella di atas bebola kentang goreng tadi. 13.Tabur cincangan parsley dan chili flakes/paprika 14. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-45 minutes atau hingga cheesesteaks balls keperang-perangan.
Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!
RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG ‘SIMPLE’
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan – potong 2
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai – diketuk
4 biji tomato
15 batang bendi
1 senduk cili kering kisar
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
2 biji cili merah
8 ulas bawang putih
2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahankisar dengan serai sehingga masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.
7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
Bagi penggemar sajian kuih tradisional, resipi Kuih Bingka Kelapaatau dalam dialek Kelantan dipanggil Beko Nyor perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ini adalah antara resipi yang anda perlu cuba. Sangat mudah cara penyediaannya malah rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kelapa yang digunakan adalah kelapa mudah yang isinya hampir keras. Memang sangat membuka selera. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA/ BEKO NYOR / BEKO KELAPA
BAHAN-BAHAN: 3 cawan kelapa muda parut 2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan gula – beli online disini 1 biji telur 1 cawan air @ secukupnya Secubit garam Sedikit minyak masak – untuk sapuan pada acuan
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam bekas bersesuaian. 2. Kacau hingga semua bahan sebati. Air perlu dituang sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau hinggalah mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama oleskan minyak ke dalam acuan muffin. 4. Sudukan adunan Kuih Bingka Kelapa dengan secukupnya.
5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuih masak dan sedikit keperangan. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Jeruk bawang putih bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Kalau makan dengan nasi panas pun dah berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya.
RESIPI JERUK BAWANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, garam,gula dan garam ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.
Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!